Cara Pindah Duit Tabung Haji Ke Maybank

Selama ini saya kentalkan hati tak nak tahu cara pindah duit Tabung Haji ke Maybank2u. Akhirnya terpaksa juga mengalah dan ambil tahu cara transfer duit yang betul disebabkan nak pakai duit.

Sebelum itu, saya pernah ke Tabung Haji untuk aktifkan akaun tijahari (tabung haji online) dan sudahpun ke mesin ATM untuk aktifkan akaun Tabung Haji di Maybank2u.

Cara aktifkan akaun Tabung Haji di mesin ATM. Kredit foto : Tabung Haji

Kena Aktifkan Tabung Haji Online Di Maybank2u

Benda atas ini kena buat dulu, baru duit tu boleh transfer Tabung Haji ke Maybank secara online. Kalau tak buat tak dapatlah nak teruskan transaksi online tu.

Nanti bila dah aktif, dari akaun Maybank2u yang baru kita boleh;

  • nampak jumlah simpanan di Tabung Haji.
  • boleh juga buat pindahan wang dari akaun Maybank2u baru ke Tabung Haji yang didaftarkan di Tijahari.
  • transfer duit dari Tabung Haji ke Maybank2u baru.

Baca juga : Simpan RM5, cabaran menabung dengan gaji kecil

Cara Pindah Duit Tabung Haji Ke Maybank2u Baru

Gunakan Maybank2u Baru

  • Kena guna Maybank2u yang baru ya untuk membolehkan anda membuat pemindahan.
  • Login macam biasa.
  1. Klik pay & transfer
  2. Tekan Tabung Haji
  3. Klik transfer from – Tabung Haji account
  4. Transfer to – Own account

Maksimum RM1000 Setiap Pemindahan Ke Maybank

duit-tabung-haji
  • Klik dekat akaun kita nanti keluar macam dekat atas ni. Pastikan akaun number tu betul.
  • Masukkan jumlah amaun yang nak dipindahkan. Maksimum RM1000 untuk setiap kali transaksi.

Note : Jika anda mahu buat pemindahan sebanyak RM3000, anda perlu melakukan pemindahan RM1000 sebanyak 3 kali pindahan. (akan ada charge di sini)

nettyahhiyer.com

Masukkan No. TAC SMS Yang Betul

  • Reference tu boleh isi apa-apa ; contoh : keluar TH
  • Selepas klik, transfer anda perlu apply sms TAC. Tunggu TAC yang akan dihantar pada telefon yang telah anda daftarkan.
  • Akan ada dot dot dot pada kotak TAC di maybank2u tu. Sila padamkan. Dan masukkan nombor TAC dari telefon anda.
  • Selesai.

Sebaik pemindahan dilakukan, paparan amaun terkini akan tertera pada maybank2u anda. Haa.. bolehlah keluarkan duit macam biasa di mesin ATM.

Baca juga : Cara buat simpanan emas, sikit-sikit bertambah gram

Tip Simpan Duit Sikit-sikit Lama-lama Jadi Bukit

Setiap bulan bila dapat gaji atau ada lebihan duit, usahakanlah simpan dalam Tabung Haji. Kalau dengan Maybank2u yang baru ini boleh transfer siap-siap dari akaun Maybank kita sendiri.

Saya guna cara ini untuk buat simpanan duit Tabung Haji melalui Maybank2u yang baru.

Jadikan sebagai dana kecemasan pun bagus juga. Jadi, bila tiba-tiba sesak boleh guna. Syaratnya, hati kena betul-betul kental. Jangan rasa nak cepat-cepat keluarkan.

Pejam dan simpan. Kalau terdesak nak keluar pun, buatlah kira-kira anda sendiri. Jika nilai pengeluaran itu cuma 5 peratus saja dari simpanan, masih boleh anda maafkan diri sendiri. Cuma jangan biasakan.

Sekali lagi, pejam dan simpan.

Ini panduan : Cara transfer duit guna DuitNow Maybank

3 thoughts on “Cara Pindah Duit Tabung Haji Ke Maybank”

  1. abam kie pernah juga transfert duit TH ke akaun maybank bila terdesak nak pakai duit. tambahan pula musim PKP ni x rela beratur panjang di pej TH. Ya ampun! Jika buleh buat on9 mmg buat d laptop je.

    Reply

Leave a Comment