Doa 10 malam terakhir Ramadan bertemu Lailatul Qadar | Dalam bulan Ramadan ini, ada satu malam yang dipanggil Lailatul Qadar.
Bila berlakunya malam Lailatul Qadar, tidak pula diketahui tarikh dan masa nya yang spesifik.
Kecuali, disebut dalam riwayat hadis agar umat Islam mencarinya pada malam ganjil dalam sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.
Diam tak diam kita dah pun berada di 10 malam terakhir tu.
Apakah Itu Malam Lailatul Qadar
Ia disebut sebagai malam yang lebih baik daripada 1000 bulan sebagaimana firman ALLAH SWT :
“Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 3)
Ada surah pendek iaitu Surah al-Qadar yang menjelaskan mengenainya.
Malam yang terpilih ini juga dipanggil malam keberkatan. Dan inilah hadiah Allah kepada hambaNya yang beramal dengan khusyuk dan ikhlas kala berdoa.
Surah Al-Qadr Dan Terjemahannya
Terjemahan Surah Al-Qadr (Kemuliaan)
Makkiyah
Surah ke-97 : 5 ayat
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang
- Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar)
- Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
- Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.
- Pada malam itu turun para malaikat dan roh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.
- Sejahteralah (malam itu) sehingga terbit fajar.
Baca : Ganti puasa walau berbuka awal kerana azan radio
Ini Doa 10 Malam Terakhir Ramadan, Semoga Bertemu Lailatul Qadar
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memaafkan kesalahan, maka maafkanlah aku”.
[HR At-Tirmidzi No. 3513 – At-Tirmidzi menyatakan hadis ini hasan sahih, al-hafiz Abu tohir menyatakan hadis ini sahih]
Doa 10 Malam Terakhir Ramadhan Rumi
Allhumma innaka ‘aafuuwun tuhibbul ‘aafwa fa’fu ‘aanni
Baca : Doa lindungi dari wabak, mak pesan hafalkan
Pecutan 10 Malam Terakhir Ramadhan
Hidupkan malam-malam akhir dengan memperbanyakkan ibadah. Sebagaimana yang dikongsikan Ustazah Asma’ Harun agar kita melakukan persediaan untuk pecutan 10 hari terakhir Ramadan.
Disamping kerap membaca doa bertemu lailatul qadar.
Antara yang ustazah sarankan adalah :
- Solat di awal waktu dan mengqada solat yang telah ditinggalkan.
- Berusaha mencari Lailatul Qadar.
- Memperbanyakkan solat sunat iaitu solat sunat Qabliah (sebelum) subuh, solat sunat dhuha, solat sunat tarawih, solat sunat rawatib
- Memohon keampunan kepada Allah SWT (beristighfarlah dan bacalah doa malam lailatul qadar ini sebanyak-banyaknya)
- Perbanyakkan selawat.
- Memperbanyakkan membaca doa.
- Berbuat baik dan memperbanyakkan khidmat bakti.
- Hindari sifat riak, ‘ujub, sum’ah dan takabbur dengan amalan yang dilakukan.
- Memaafkan orang lain.
- Meninggalkan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala berpuasa.
Jika tak boleh lakukan semua perkara kebaikan ini, janganlah pula ditinggalkan kesemuanya. Buatlah walaupun satu.
Baca : Raya Isnin atau Selasa ikutlah negara mana anda duduk
Maksud Riak, ‘Ujub, Sum’ah Dan Takabbur
Riak bermaksud melakukan ibadah dengan niat supaya dipuji manusia dan tidak niatkan ibadah yang dilakukan kerana Allah SWT.
‘Ujub pula ialah seseorang yang menganggap bahawa amal soleh yang dilakukannya adalah kerana diri sendiri atau sesuatu perkara, bukan kerana Allah SWT yang mengizinkannya.
Sum’ah ialah menghebahkan perbuatan baik yang dilakukannya agar diketahui orang lain dengan berharap akan dipuji, diberi penilaian yang baik, penghargaan, dan lain-lain.
Takabbur pula bermaksud sombong dengan merasa dirinya lebih baik daripada orang lain dari segi kesempurnaan. Apabila seseorang merasakan dirinya lebih hebat, dia akan menghina orang lain yang tidak setaraf dengannya sama ada melalui kata-kata, pandangan atau bicara hati.
Bacalah Doa 10 Malam Terakhir Ramdhan 2022 & Ini Malam Ganjil Di Akhir Bulan Ramadan 1443H (2022)
Malam ke ;
- 21 – Jumaat (22 April 2022)
- 23 – Ahad (24 April 2022)
- 25 – Selasa (26 April 2022)
- 27 – Khamis (28 April 2022)
- 29 – Sabtu (30 April 2022)
“Carilah Lailatulqadar pada malam ganjil dalam sepuluh terakhir di bulan Ramadan.” HR. Bukhari
Perbaiki amalan fardhu dan perbanyakkan amalan-amalan sunat khusus pada penghujung akhir Ramadan.
Baca : Ustaz Kazim kongsi doa memudahkan sakaratul maut
Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar
Menurut Ustaz Bakhtiar Fitri, Perunding Utama Nadi Ilmu Training Management tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadar ada juga disebut dalam hadis.
Antaranya :
- Bulan terbit seperti potongan bekas simpanan air.
- Suasana sangat tenang, nyaman dan tenteram, tidak panas dan tidak sejuk.
- Keesokan selepas Lailatul Qadar matahari terbit dengan sinaran yang tidak terlalu silau atau terlalu panas terik.
Pun begitu, hanya Allah SWT yang lebih mengetahui secara tepat bila berlakunya Lailatul Qadar.
Sebab apa, hikmahnya manusia akan berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh beribadah setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan.
Bila ditakdirkan bertemu (InsyaAllah) kita akan lebih menghargai pertemuan malam tu. Sebab ianya, sesuatu yang sukar nak diperoleh.
Kita jadi lebih menghargai.
Mohonlah ampun kepadaNya sebanyak-banyaknya. Astaghfirullahalazim..
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
Terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat Netty. InshaAllah moga kita dapat bertemu dengan Lailatul Qadar ramadan kali ni, amin YRA.
InsyaAllah.. amin..
Terima kasih diatas perkongsian, semoga puasa kita kali ini diberkati dan diterima olehnye
Alhamdulillah kak nett. Perkongsian yang baik. Terima kasih. Moga berpanjangan pahala buat kak Nett
Semuanya berlumba2 nantikan malam istimewa ni. Macam tak nak tidur takut terlepas. Hanya Allah yg tahu
terima kasih atas perkongsian.. semoga Ramadan kita semua d’terima Allah.. rasa mcm bru ja kita Ramadan.. sedih..