cara-menaikkan-trafik-blog

Cubaan 5 Cara Menaikkan Trafik Blog Menjadi

Kiranya percubaan mempraktikkan 5 cara menaikkan trafik blog menjadi. Nak-nak untuk blog yang baru berusia setahun dua ini.

Sebelum-sebelum ini, saya cuma tahu menulis artikel di blog saja. Tak pernah terfikirkan pun untuk meningkatkan trafik blog wordpress. Atau bahasa mudahnya pengunjung blog. Disebut juga visitor blog.

Traffic pengunjung adalah jumlah individu yang melawat blog saya ini.

Jumlah pelawat ini akan dikira oleh Google Analytics (GA) sebagai user view (UV) dan juga page view (PV). Jika dia sekadar lalu, dinamakan userview. Jika dia membaca satu atau dua atau lebih artikel saya tulis itulah yang dinamakan pageviews.

Bagi seorang blogger yang menjadikan laman blognya sumber pengiklanan dan hebahan perkongsian, meningkatkan PV ini amat bermakna sekali.

Sebab itulah, blogger baru mahupun lama amat mementingkan trafik yang tinggi di dalam blog mereka. Macam-macam tekniklah saya baca dalam mencari cara menaikkan trafik blog saya ini.

Memandangkan saya pun bukan siapa-siapa. Visitor blog saya ini tidaklah mencecah sehingga 300PV pun sehari. Kalau dapat 200 pengunjung blog sehari pun saya dah lompat bintang sebenarnya.

Beza dengan waktu saya bermula cuma dua tiga kerat saja pengunjung blog yang masuk ke laman blog saya ini. Sebagai beginner, saya mahu berkongsi juga setiap pencapaian blog saya ini.

Nak kata boleh dibanggakan sangat pun tidaklah. Cuma saya harap, sharing ini nanti boleh menjadi panduan untuk saya lihat progress blog saya dari awal sampai ke akhirnya.

Guna 5 Cara Menaikkan Trafik Blog Untuk Beginner

Ini yang saya guna untuk menaikkan traffic website saya ini. Lain orang mungkin lain cara untuk naikkan trafik blog masing-masing.

Konsisten Menulis Di Blog

Sebab ini adalah blog baru. Dan bukannya blog yang stabil dengan kunjungan pelawat yang sudah jadi follower.

Dalam dunia blogger, trafik blog saya jauh ketinggalan. Ada blogger yang sudah ada networking atau connection yang baik dengan blogger yang lain.

Jadi, sesama mereka mampu membantu.

Saya ini kategori ‘bilis’ saja. Oldschool pulak tu. Jadi, kenalah menulis hari-hari. Tapi, ada juga ketikanya saya tidak dapat menulis di blog ini. Nak-nak bila diuji dengan ‘tak sedap badan’.

Maklumlah kita pun bukan muda lagi. Kiranya, saya bermula fokus dengan blog ini ketika usia saya 40 tahun. Namun, tiada yang mustahil ya untuk berblog. Apatah lagi menaikkan trafik blog.

Buat sajalah, kerana ini adalah minat saya sejak dulu-dulu lagi.

Baca juga : Cara betulkan Canonical URL di Wordpress

Menulis itu satu passion. Kalau dah duduk depan PC, macam-macam idea yang mahu disumbangkan. Sejujurnya, untuk menulis satu-satu artikel normal tu saya cuma perlukan 30 minit saja.

Tapi, bila ia berkaitan dengan menulis artikel SEO untuk blog. Masa yang lebih perlu diperuntukkan untuknya. Kerana, menulis SEO bukan sekadar menulis.

Perlu disertakan dengan carian keyword, search intent malah LSI keyword.

Dan penulisan artikel SEO sebegitu akan ambil masa yang panjang. Kena menulis hari-hari pulak tu.

Sebab, yang saya perasan bilamana saya menulis blog hari-hari artikel SEO yang dihasilkan akan lebih cepat diindeks. Mungkin Google merasakan blog saya ini sentiasa di up-date.

Bermakna setiap hari ada perkongsian baru untuk pembaca.

cara-menaikkan-trafik-blog
Kredit foto : Oleksandr-Pidvalnyi via Pexels

Jika konten berada di kedudukan teratas carian Google, mudahlah mendapat pengunjung organik yang melawat konten kita hasilkan.

Sedikit sebanyak, dapatlah membantu menaikkan trafik blog.

Baca juga : Cara buat tanda tangan digital online percuma

Gandakan Internal Link Building Di Blog Sendiri

Ketika menulis artikel mesra SEO saya akan meletakkan internal link building yang bersesuaian. Tujuannya, untuk memudahkan pembaca blog menemui info tambahan yang mereka cari.

Kadang kala ada yang saya letakkan perkataan ‘baca juga..’ dan kadangkala saya terus linkkan saja antara satu artikel dengan artikel lain yang saling berkaitan.

Bila mana, saya berkongsi internal link ini ianya membantu menaikkan Pageview pembaca blog. Jadi, saya kira ini pun antara cara menaikkan trafik blog dengan mudah.

Normalnya saya letakkan antara 5 ke 7 internal link dalam satu-satu artikel. Tetapi, berhati-hati dengan external link yang anda masukkan di dalam blog.

Waktu saya menjadi penulis digital di Mingguan Wanita, saya tidak faham dan sesuka hati memasukkan external link di website. Rupanya, hal itu memberi kesan tidak bagus pada website.

Masukkan external link yang benar-benar perlu sahaja. Terutama apabila ia akan mengukuhkan konten artikel yang sedang anda usahakan.

Fokus Niche Blog

Serius! apabila anda fokus dengan niche blog tertentu mudah sebenarnya nak dapatkan pengunjung trafik blog. Dalam masa sekejap boleh menaikkan trafic blog anda juga.

Cuma, blog saya ini tidaklah ada niche blog. Rojak saja.

Ada ketika saya berkongsi tentang pengalaman peribadi, ada ketika berkongsi bab masak-masak. Dan kalau rajin, saya cerita pengalaman jalan-jalan bersama keluarga.

Saya perasan, ramai yang masuk membaca blog saya ini dari kategori resepi. Gamaknya sebab suka kongsi bab masak kot orang mai datang jenguk. Saya masak biasa-biasa saja. Cumanya suka berkongsi sebab seronok.

Berkongsi Konten Di Media Sosial

Pengalaman bekerja di media dahulu memberikan idea kepada saya untuk menghasilkan konten unik di media sosial. Konten unik ini tak semua orang mahir.

Nak cerita pun tak berapa pandai sebenarnya.

Yang saya boleh kongsi, carilah kelebihan dalam diri sendiri. Setiap orang memang tuhan anugerahkan satu kelebihan dalam dirinya.

Cari, gali dan kuasai kelebihan itu. Semoga anda bertemu dan gunakan anugerah tuhan beri itu dengan sebaik-baiknya.

cara-menaikkan-trafik-blog
Kredit foto : Cottonbro Studio via Pexels

Artikel blog saya ini, saya cuma kongsikan di Fanpage sendiri, instagram dan Pinterest. Adalah juga selit di grup masak. Tapi, boleh kira jumlahnya. Sebab, saya belum berani nak share di group yang terkenal-kenal itu.

Entahlah! Sejenis low profile barangkali. Hahaha.. camane nak jadi blogger ni netty oii.

Blogwalking ’Tip Purba Yang Masih Relevan’

Percaya atau tidak, blogwalking juga membantu menaikkan traffic blog. Kan kita ini bukan siapa-siapa kan.. jadi kenalah mencari kawan-kawan blogger di platform Google ini.

Membacalah pengalaman blogger-blogger lain yang hebat-hebat untuk memberikan idea menulis, menjadikan mereka inspirasi dan tulislah komen pada perkongsian konten blog mereka yang anda suka.

Sebaiknya, jika mahu meninggalkan komen carilah blog yang membolehkan anda meletakkan link URL blog anda di blog mereka. Sebab dengan cara itu juga membolehkan pengunjung lain menemui anda di Google.

Tapi, kalau blogger dah terkenal, kadang mereka tak sediakan link URL untuk orang lain isi. Kalau tiada pun, jika dia blogger idola saya komen juga.

Sebab seronok baca pengalaman menarik blogger-blogger lain ini sebenarnya.

Baca juga : Cara terbaru letak link di story Instagram

Kenapa Blogger Kena Tahu Baca Google Analytics

Apabila membicarakan cara menaikkan trafik blog atau website ini, antara perkara penting yang perlu anda faham adalah memahami cara membaca Google Analytics.

Mula-mula tu pening juga nak fahamkan kan.

Tapi kan, saya ambil yang basic saja.

cara-menaikkan-trafik-blog
Kredit foto : Ivan Samkov via Pexels

Fahamkan apa itu users, sessions, bounce rate, session duration, page views dan seumpamanya. Info ini anda boleh cari di Google saja.

Sebab ramai sebenarnya blogger yang berkongsi tentangnya.

Bila anda tahu caranya, mudahkan untuk anda menganalisis statistik pengunjung halaman web anda.

Data-data yang disediakan akan membantu anda untuk menyediakan jenis artikel yang bagaimana yang disukai oleh pengunjung blog anda.

Sehingga saat ini Google Analytics masih menggunakan Universal Analytics.

Tetapi, pada 1 Julai 2023 nanti Universal Analytics tidak lagi digunakan. Universal Analytics ini akan digantikan dengan Google Analytics 4 property.

Sebagai langkah persediaan, anda dah boleh sebenarnya set GA4 di blog sendiri. Ada info yang saya terbaca; untuk GA4 ni bounce rate bukan lagi jadi satu ukuran sepenting sekarang.

Baca juga : Solusi trafik blog turun selepas tukar theme

Kenapa Gigih Menaikkan Traffic Blog Atau Visitor Blog

Apabila seorang blogger tidak pernah terfikir cara meningkatkan traffic blog nya, lebih baiklah dia berhenti saja dalam dunia blogging. Hahaha..

Kejam kan bunyinya.

Itulah realitinya sekarang betapa pentingnya trafik blog yang tinggi. Ikutkan impian saya mahu ada trafik harian sekitar 1000 pengunjung blog sehari. Doakanlah agar impian itu menjadi nyata ya.

Kerana, dalam setiap blog berpotensi untuk menjana duit baik dari segi :

  • Tapak iklan : buat duit dengan Google Adsense, Innity, MGID, Banner Ads dan banyak lagi.
  • Affiliate link : Lazada, Shoppee, Involve Asia dan banyak lagi.
  • Penulis guest post : untuk menjana wang mahupun bertukar backlink.

Syarat utama untuk mendapatkan kelebihan di atas adalah TRAFIK BLOG YANG TINGGI.

Buat masa ini, saya bersyukur kiranya dapat mencapai 10K Pageviews sebulan. Blogger hebat 10K Pageviews sehari ya. Tak tahulah bila dapat merasanya tu. Takpelah..

Macam saya sebutkan tadi. Konsisten itu penting!

Okay, semoga perkongsian bagaimana cara menaikkan traffic blog ini dapat membantu blogger-blogger beginner yang lainnya ya.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Tags:

6 Comments

  1. abamkie December 31, 2022
    • nettyahhiyer December 31, 2022
  2. SR December 31, 2022
    • nettyahhiyer December 31, 2022
  3. Sii Nurul January 1, 2023
    • nettyahhiyer January 3, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!