pendekkan link url

Pendekkan Link URL Yang Panjang Guna Zass.to Easy Peasy (2024)

Pendekkan link URL yang panjang guna zass.to | Sebelum ini saya selalu berdepan masalah bila perlu memendekkan url yang panjang.

Bukan tak pernah daftar dengan bitly. Tapi ada ketikanya, agak rumit nak gunakan tapak website itu. Maklumlah, orang oldskool macam saya memang banyak tak fahamnya.

Sampailah saya dapat tahu akan satu laman web ini untuk pendekkan url yang panjang panjang itu. Nampaknya lebih mudah untuk dipraktikkan.

Sebab, tak perlu daftar boleh terus guna.

Tapi jika nak dapatkan tracking analytic link tersebut, kenalah anda mendaftar juga.

Cara Pendekkan Link URL Guna Zass.to

  1. Mula-mula masuklah dalam website dia : https://zass.to
  2. Kemudian, boleh copy link yang panjang tu dan pastekan pada kotak yang disediakan.
  3. Paste link url panjang tadi dan klik shorten.
  4. Bila link url pendek dah keluar, bolehlah klik copy.
  5. Selain copy, anda ada pilihan untuk view (nak pastikan link yang dah dipendekkan ni betul atau tidak), preview (tengok link asal yang panjang), share dan open.

Ada juga fitur untuk mengesan trafik yang masuk dari link yang anda kongsikan itu. Kalau nak buat kempen pun boleh. Apa-apa kenalah daftar dulu.

Macam saya tidaklah rajin nak mendaftar, cuma untuk tujuan kerja yang simple-simple saja.

Baca : cara mengecilkan gambar di web, loading pun cepat

pendekkan link url

Senarai Website Pendekkan Link URL

Selain zass.to ada lagi laman web memendekkan url link yang lebih glamour dan dikenali. Antaranya adalah :

Bolehlah masuk ke situ untuk mencuba ya.

pendekkan link url

Kenapa Pendekkan Link

Kadangkala terfikir jugakan, kenapa mesti nak memendekkan link URL atau permalink yang panjang ini. Biar sajalah kan. Hahaha..

Sebenarnya, pendekkan url ini menjadikan link lebih mudah dibaca di pandangan mata. Lagi-lagi jika mahu diselitkan di dalam emel, atas kertas bercetak dan seumpamanya.

Contohnya macam nak pendekkan link shopee, whatsapp, google form, atau pendekkan link google drive. Haa.. ini sekadar contohlah kan.

Bayangkan kalau menggunakan alamat url dari content facebook yang panjang itu. Jenuh nak mengingat. Bila pendekkan mudah menangkap.

Satu lagi, content link kita itu pun akan nampak lebih kemas dilihat. Paling penting, link url itu boleh dikesan trafiknya.

Read More

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!