tanda-tangan-digital

Cara Buat Tanda Tangan Digital Online Percuma

Mudah saja nak buat tanda tangan digital online ini. Hanya menggunakan laman web saja dan ianya ditawarkan secara percuma. Tak rumit pun, saya kongsikan langkah-langkahnya.

Signature online ini saya buat semasa masih ada blogspot lagi. Waktu itu, letakkan di bahagian akhir setiap entri posting.

Bila dah berhenti kerja, signature online ini penting juga untuk tanda tangan dokumen yang melibatkan kerja ataupun invois online. Jangan fikir tanda tangan online ini tak penting ya.

Berguna juga bila tahu caranya.

Saya tunjukkan step bergambar agar anda mudah faham bila nak guna nanti.

Cara Membuat Tanda Tangan Digital Secara Online

tanda-tangan-digital

Masukkan Nama Dalam Kotak Signature

  • Anda perlu memasukkan nama yang akan tertera dalam tanda tangan digital anda nanti.
  • Terpulang sama ada mahu menggunakan nama penuh atau nama ringkas saja.
  • Pastikan cuma perkataan dan ruangan kosong saja dibenarkan. Nombor atau simbol tak boleh masuk ya.
  • Lepas tu tekan button ‘next step‘.
tanda-tangan-digital

Pilih ‘Font’ Yang Diinginkan

  • Ada 9 kumpulan font yang boleh anda pilih.
  • Semasa membuat pilihan, akan terpapar gambaran font yang anda tandakan.
  • Bila dah jumpa font kegemaran, boleh tekan ‘next step’.
tanda-tangan-digital

Pilih Saiz Tanda Tangan Digital Pula

  • Pada langkah ketiga ini pula, anda perlu membuat pilihan saiz tanda tangan digital online.
  • Boleh lihat ‘preview’ untuk anda membuat kepastian dan memilih kesesuaian.
  • Ada pelbagai saiz yang boleh dipilih.
  • Sebaik selesai membuat pilihan, bolehlah anda pergi ke ‘next step’.

Baca : Cara mengecilkan gambar guna handphone dengan aplikasi

tanda-tangan-digital

Cari Sudut Pilihan

  • Kemudian, pilih sudut tanda tangan digital anda.
  • Juga ada banyak pilihan untuk anda.
  • Jika suka yang lebih ekstrim, boleh pilih angle signature yang paling akhir.
  • Tekan ‘next step’ jika sudah selesai memilih sudut tanda tangan digital anda.
tanda-tangan-digital

Pilih Warna Signature Digital

  • Anda boleh membuat pilihan warna pada kotak yang disediakan.
  • Terdapat juga paparan ‘preview’ untuk memudahkan anda melihat hasil warna pilihan.
  • Setelah berpuas hati dengan warna pilihan, anda boleh menekan ‘next step’.

Baca : Cara betulkan Author Page redirect ke homepage

Simpan Tanda Tangan

  • Saya tekan ‘skip for now’ bermakna saya tidak menyimpan tanda tangan digital di laman web signature.
  • Cuma, pilihan saya itu tak memungkinkan saya menyimpan hasil kerja saya ini. Tak mengapalah, saya save signature online dalam komputer.
  • Pastikan anda pun berbuat begitu jika memilih button ‘skip for now’.

Muat Turun Tanda Tangan Digital

  • Bila dah sampai tahap ini, bermakna sudah siap tanda tangan digital anda itu.
  • Bolehlah download signature online yang anda dah buat tadi.
  • Simpan dalam komputer, nanti bila-bila nak guna senanglah nak cari.
  • Kemudian hari, jangan pula cari signature yang anda buat tadi di dalam laman web signature ya. Sebab dia takkan simpan data anda itu.

Okay! Selamat mencuba.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!