trafik-blog-turun

Solusi Trafik Blog Turun Lepas Tukar Theme

Trafik blog turun selepas menukar theme dan ini solusi yang saya buat. Blog Travelog Wartawan ini baru berusia setahun 7 bulan.

Dalam tempoh itu, jumlah trafiknya pernah mencecah 35K sebulan pada bulan April lalu.

Kemudian, bagaikan jatuh ditimpa tangga. Saya pula fokus pada website Mingguan Wanita.

Saya tinggalkan ‘dia’ macam tu je.

Sekitar Mei, Google meng’update’ algoritmanya lagi. Ada beberapa konten evegreen saya yang terkesan.

Tetap saya abaikan saja. Sebab busy sekali waktu itu. Penghujung bulan Jun pula saya menukar template blog saya ini. Sebenarnya ini dah kali ketiga saya menukarnya.

Tiga Kali Tukar Theme Blog

Lupa pula nama theme pertama saya. Homepagenya cantik betul. Saya suka, tetapi menyebabkan speed blog jadi slow loading.

Google tak suka blog yang perlahan. Jadi, selama sebulan saya dok study theme yang ringan dan boleh lajukan blog ini. Sebab apa sebegitu lama ‘study’nya.

Kerana, theme yang saya mahu gunakan nanti percuma saja. Amat sukar sebenarnya nak mencari theme yang percuma, lagi ringan dan ada schema yang baik.

Akhirnya, saya gagahkan diri menukar theme blog lama dengan template percuma yang ringan..

Walaupun homepage dia saya terpaksa guna recent post saja.

Saya bukan pandai sangat nak ejas-ejas homepage tu. Guna yang basic dan mana yang saya tahu sajalah.

Baca : Pendekkan link URL yang panjang guna zass.to

Punca Trafik Blog Turun

Hujung Jun lalu, saya sekali lagi menukar theme blog. Kali ini, saya guna template berbayar yang lebih responsive dan laju.

Disertakan sekali SEO Rank Math.

Bermakna saya perlu mengubah dari plugin SEO Yoast ke Rank Math. Yang mana, plugin SEO Rank Math ini adalah satu perkara yang teramat baru bagi saya.

Menukar Template Baru

Saya perasan trafik blog turun selepas menukar template. Tapi bukanlah theme blog baru menjadi punca utama.

Kerana, sebaik saya menukar theme ini, masalah link 404 saya berkurangan, speedtest blog jadi laju baik di desktop mahupun mobile.

Malah, mobile usability di Google Search Console (GSC) juga semakin baik angkanya.

Sejuk hati tengok ‘hijau’ semua.

trafik-blog-turun

Trafik Organic Search Di Blog Jatuh, Trafik Direct Naik Pula

Walaupun blog dah laju, kenapa pula trafik organic search jatuh macam tiada carian.

Jadi, selama beberapa hari ini saya masih mencari jawapan (dan masih lagi mencari jawapan) kenapa agaknya blog saya mengalami penurunan trafik organic search yang drastik.

Paling menghairankan walaupun trafik Organic Search turun mendadak, trafik Direct saya naik pula. Ini pun boleh jadi punca stress. Hahaha..

Alhamdulillah, masih ada trafik Direct yang naik. Sekurang-kurangnya taklah sedih sangat. Saya terbaca di grup SEO (facebook), ada yang kata kadangkala trafik Direct itu pun dari organic search juga.

Mungkin ada betulnya, sebab bila tengok pada graf di GSC jumlah kliknya masih ada (stabil). Tak macam yang ditunjukkan di Google Analytics.

Baca : Surat pin Adsense tidak sampai, akhirnya guna email

Solusi Trafik Blog Turun Sedikit Demi Sedikit

Bila trafik organic jatuh, saya andaikan artikel SEO saya di SERP juga rankingnya jatuh. Tentunya, kalau ada Adsense ia akan terkesan sama.

Jadi, dalam pada saya mencari solusi trafik blog turun itulah saya menemui punca-punca ini.

Bila Tukar Theme Robot Google Kena Buat Dua Kali Kerja

Katakan sebelum ini artikel saya sudah diindeks di SERP. Dan robot Google dah faham data structure dan schema content tu.

Bila saya tukar theme, robot terpaksa bekerja lagi sekali untuk memahamkan semula content asal yang sudah diindeks.

Dalam masa yang sama, saya dok pulun update, pastu request indeks banyak kali.

Jadinya, janganlah selalu update content yang sama ya Netty.

Bertenang!

Core Web Vital Pulak Jadi 0

Sedihnya Core Web Vital saya dah jadi 0. Last, 30 Jun masih ada lagi angka di situ. Sejak saya tukar theme, tiada data kelihatan.

Bila pergi ke detail, ada URL yang loading lambat mencecah 2.3 second. (walaupun ini untuk tarikh sebelum 30 Jun, tetap saya betulkan contentnya)

Saya fikir mungkin ada kaitan dengan gambar dan teks (samada font atau placing quote tak betul atau preformatted yang tak up to date dengan theme baru).

Jadi saya buat macam ni.

  • Ada gambar-gambar yang saiz besar tu saya compress gambar itu kecilkan.
  • Yang sebelum ini tertinggal, saya detail dan tambahkan alt-text pada gambar.
  • Ada teks yang tenggelam, ejas balik bagi timbul.
  • Betulkan backlink sesama sendiri.
  • Periksa semula hyperlink. Ada yang sebelum ini no follow jadi do follow, ada juga link yang broken. Ejas balik masukkan link url yang sepatutnya.

(Jika theme anda berbeza dari saya tak digalakkan ikut ya)

Ya ampun! renyah betul kerja ni. Rasa macam kembali ke bulan Januari 2021.

Iaitu kali pertama saya mohon bantuan kak Azni (juga pernah hadapi masalah pageview jatuh mendadak) setupkan blog ini.

Bertatih-tatihlah saya untuk membetulkan blog ini.

Sememangnya saya mengambil masa yang lama untuk dapatkan balik rentak sebagaimana trafik sebelumnya.

trafik-blog-turun

Sitelink Search Box Pun Merudum

Dari seratus lebih tinggal 41 URL saja. Saya pun tak faham mulanya sitelink ni pe benda. Rupanya ianya berkaitan dengan carian dekat Google.

Iaitu satu struktur link yang google kumpul berdasarkan content dalam blog kita memudahkan pengguna nak buat carian. Contoh, anda menaip keyword ‘nettyahhiyer’. Sitelink search bagi untuk carian itu adalah ‘about’.

Ini saya bagi contoh blog sendiri. Masalah yang ini, saya tak jumpa lagi solusinya.

Ada sekali saya pasang plugin sitelink di wordpress. Sekejap saja, lepas tu saya deactive. Saya fikir, biarlah dia bergerak secara organic semula nanti.

Lagipun, tak mahulah memberatkan blog dengan plugin.

Banyakkan Lagi Konten, Kembali Konsisten Menulis

Kali ini dengan bantuan SEO dari Rank Math saya kembali menulis artikel SEO secara konsisten. Rank Math ini lebih kurang Yoast saja, cuma dia lebih detail.

Tulislah dengan jiwa untuk setiap konten yang dihasilkan.

nettyahhiyer.com

Saya perasan, hasilnya akan lebih cepat terindeks (mungkin juga sebab score Rank Math ‘hijau’ dan theme yang laju)

Content ini, tak mengambil masa yang lama untuk dindeks dan duduk di ranking yang baik di SERP (Search Engine Result Page).

Sekarang ini, apa usaha lain yang boleh dibuat untuk menaikkan trafik blog adalah menulis content yang memenuhi search intent pengguna Google.

Baca juga : Cubaan 5 cara menaikkan trafik blog menjadi

Trafik Blog Turun Itu Perkara Normal

Selepas berhari-hari saya dalam kepeningan. Mencari solusi di sana sini, tetap saya masih tidak pasti berjaya atau tidak mengatasinya.

Akhirnya, saya temui jawapan ini.

Trafik blog turun di kalangan blogger itu adalah perkara normal. Siapa saja blogger yang tak pernah melaluinya.

Blogger terkenal sekalipun, bila saya baca perkongsian mereka, mereka juga lalui akan hal yang sama.

Jadi, saya tak mahu memberatkan hati dengan penurunan trafik blog mahupun trafik organic search yang merudum. Jalan terus saja hasilkan artikel yang berkualiti untuk pembaca.

InsyaAllah JALAN KELUAR pasti ada.

Semak Kecepatan Loading Blog

Sepanjang saya mencari solusi trafik blog menurun ini saya gunakan laman web Gmetrix untuk buat ‘test’ kelajuan blog.

Dan saya juga merujuk Google Search Console untuk mencari penyelesaian lebih detail.

Doakan trafik blog saya kembali cantik semula ya.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

4 Comments

  1. azni July 6, 2022
    • nettyahhiyer July 6, 2022
  2. wawa azwa July 6, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!