Usaha tangga kejayaan

Dah lama sebenarnya nak belajar photoshop. Bak kata en Yem, cari je dalam internet, semuanya ada dalam tuh. Cakap je nak belajar apa. Menyahut cabaran en Yem yang ajar sikit2 je tuh, akhirnya aku dah jumpa satu laman web best yang memang membantu sangat2 budak baru belajar macam aku nih.

Pelan-pelan kayuh ya Netty… lepas belajar editing gambar nih, aku harap sangat dapat belajar untuk membuat layout pula… nanti akan aku usahakan juga sampai aku menemuinya. Kat bawah nih beberapa contoh gambar2 yang dah aku buat dengan pelbagai teknik menggunakan photoshop.

Efek highlight. Sama macam Rossa kat bawah nih..mungkin resolusi gambar nih tak berapa tinggi so hasilnya gitu2 jer!
Aku buat sebijik macam cikgu online aku ajar..hiks.. terima kasih http://ilmuphotoshop.com
Efek ini ala2 macam wayang konon… tapi aku sengaja tambah gradient overlay… sebab background gambar nih pun biasa2 je..
Efek apa ntah nih..aku main buat. Saja seronok2.. janji cantik dimata aku..
Pix nih waktu aku jenjalan kat Pulau Bali dengan anak2. Gambar nih sebenarnya biasa2 sangat..tapi aku berjaya gak naikkan warnanya… hiks!

Leave a Reply

error: Content is protected !!