call-man

Call Man Di Lebuhraya, Siapa Mereka Sebenarnya

Saya sudah berjanji sebelum ini mahu berkongsi kisah tugasan saya di tepi lebuhraya. Tentang kerjaya ‘Call Man’ yang serba mencabar.

Ada sesuatu yang positif yang perlu dilihat tentang kerjaya ini.

Sebelum itu, anda tahu apa itu ‘Call Man’? Mereka adalah individu yang membantu pemilik kenderaan yang berhadapan dengan musibah.

Baik ketika kemalangan, banjir, kerosakan dan sebagainya.
 
Hari itu saya bersama jurugambar, Nurulniza ke kawasan Hospital Ampang. Tidak jauh dari situ letaknya bangunan pejabat team LDT Rescue yang miliki kira-kira 200 orang Call Man.

Mahu mencari jawapan apakah yang menarik tentang kerjaya call man.
Bagaimana mahu tahu ciri-ciri Call Man yang sebenar?
Apakah nilai di sebalik kerjaya ini?  

Beraksi Dengan Call Man Di Lebuhraya

Memandangkan awan semakin gelap, saya bimbang hujan akan turun dengan lebat. Nanti membantutkan usaha saya mahu merakam aksi pemilik rescue team ini di lebuhraya.

Sungguh mencabar hari itu.

Tiga biji kereta dibawa ke pembahagi jalan di lebuhraya dengan sebiji trak tunda mengepalai tiga kenderaan tadi.

Situasinya sama seperti sudah terjadinya kemalangan di jalanraya.

Tak sampai lima minit, jalan raya mula menjadi sesak.

Bukan disebabkan kemalangan tapi kerana kami merakam senario konon-konon kemalangan itu. Seronok! Kerana ini kali pertama saya merasainya.

Saya pesan pada Cik Non, jangan lupa whatsapp gambar.

Mahu masukkan dalam blog dan berkongsi keseronokan ‘behind the scene’ kisah Call Man ini untuk ruangan Kisah Masyarakat dalam majalah Mingguan Wanita kelak.

Pengalaman ini cukup berharga dan akan saya kenang sampai bila-bila. Tapi jauh di sudut hati saya berdoa tidak mahu terlibat dalam situasi begini dalam realiti sebenar.

Baca : Masih ada harapan mencari MH370

Belajar Banyak Istilah Baru

Untuk berlakon konon-konon tidak mengapa. Seronoknya lain macam.

Cabarannya pun sedikit berbeza dari tugasan saya yang biasa-biasa itu.

Hari itu juga saya banyak belajar tentang banyak istilah. Antaranya, longkai, buka ekor dan terbaru teman jurugambar, Bad ajar saya tentang ‘incong’ yang bermaksud kemalangan.

Itu kod-kod panggilan biasa seorang call man di lebuhraya.

call-man

Mahu jadi wartawan yang baik apatah lagi penulis yang berjiwa perlu masuk ke segenap lapisan masyarakat. Dari pemimpin paling atas sampailah golongan marhaen.

Tanpa siapa pun dapat menebak bahawa insan marhaen ini juga ada sesuatu yang hebat yang tidak ditonjolkan kepada masyarakat tentang kehebatan mereka.

Jangan memilih bulu untuk berkawan. Siapa sahaja boleh menjadi kawan.

Andai tidak dapat bertahan maka senyaplah sahaja. Lama-kelamaan, andai mereka kurang sesuai untuk kita, mereka akan menjauh dengan sendirinya.

Tapi untuk mencipta musuh jangan sesekali detikkan ia dalam sanubari.

Disclaimer : Catatan ini bertarikh 21 Mei 2014

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis


 

Leave a Reply

error: Content is protected !!