sambal-belacan-kencur-santan-sedap

Resepi Sambal Belacan Kencur Bersantan

Sambal belacan kencur santan ini resepi tanpa sengaja termasakkan dia. Asalnya nak buat sambal belacan simple arwah mak.

Resepi asal sambal belacan arwah mak Perak ni cuma cili padi hijau dan belacan saja. Sudahnya saya masukkan cili merah dan kencur langsung jadi sambal masak atas api letak santan.

Haa.. tak pernah dibuat orang tau resepi ini. Apa pun resepi tak sengaja terjadi ini sedap sungguh hasilnya.

Resepi Sambal Belacan Kencur Santan

Bahan-bahan

  • 7 cili padi hijau
  • 3 cili merah besar
  • 2 cili hijau besar
  • 2 ubi kencur
  • 3 helai daun cekur (kencur) – dimayang halus
  • Sedikit belacan – dalam seinci lebih
  • Sedikit asam keping – 1 je tu pun belah kecil.
  • 1/2 tomato
  • Gula
  • Garam
  • Perasa (optional)
  • Sedikit santan kotak – dalam 2 ke 3 sudu besar

Cara Buat Sambal Kencur Santan Gurih (Sedap)

  1. Tumbuk cili padi, cili merah besar, cili hijau sampai hancur. Tak hancur habis pun okay je.
  2. Masukkan kencur dan tumbuk lagi. Masa ini boleh masukkan belacan mentah.
  3. Dan sebati masukkan pula asam keping. Saya tumbuk bagi sekata.
  4. Kemudian masukkan tomato, tumbuk lagi sampai sebati kesemuanya dan masukkan gula secukupnya.
  5. Tumbuk bagi sekata, sebab gula dan cili ini pun antara agen pengawet yang baik dalam makanan.
  6. Lepas tu masukkan garam dan perasa (optional) secukupnya.
  7. Masukkan bahan sambal dalam periuk.
  8. Hidupkan api perlahan, masukkan santan kotak pekat dan daun cekur siap dimayang ke dalam sambal tadi. Kacau sampai dia jadi pekat.
resepi-sambal-belacan-kencur-santan

Sambal Kencur Santan Boleh Tahan Lama

InsyaAllah, sambal kencor santan ini walau sudah masuk hari kedua masih elok kejadiannya. Sebab apa tau, masa proses pembuatan sambal belacan kencur ini dimasak atas api.

Dan ambil masa juga nak bagi air dalam sambal belacan ini nak pekat. Itupun saya tak buat betul-betul kering. Kalau betul-betul pekat tu mahu jadi sambal garing terus.. hahaha.

Dan disebabkan rasanya yang sedap, saya pun sharelah dalam blog saya ini.

Kadang-kadang nak masak lain jadi lain ini pun boleh jadi satu resepi sambal santan yang sedap untuk dinikmati bersama anak-anak dan suami.

Sebenarnya, masakan sambal ini jika betul cara pembuatannya akan menghasilkan sambal yang bertahan hingga berbulan lamanya.

Macam info sambal penyet tahan lama saya catatkan dalam blog saya ini. Menarik cara penyediaannya.

Daun Kencur Dimasak Apa

Daun kencur atau nama Melayunya daun cekur ini memang ngam betul kalau dimasak dengan santan. Nak makan begitu saja pucuk cekur ini pun dah sedap.

gambar-sambal-belacan-kencur-santan

Antara idea masakan daun cekur yang boleh dibuat adalah :

Dalam banyak-banyak resepi atas ini, saya pernah makan ikan keli masak lemak daun kencur dan urap daun kencur. Urap tu kalau Jawa panggil kuluban.

Sedap-sedap rupanya makanan tradisi Jawa ini. Nasi ambeng salah satunya. Kawan saya yang juga pengusaha nasi ambeng Kabin Kuning pun ada buat kuluban dan keli kencur Jawa dekat kedai makannya.

Haa.. kalau rindu nak rasa masakan Jawa, singgahlah ke kedai makan nasi ambeng ngences kak Ola ni.

Baca juga :

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!