resepi telur mata sambal

2 Resepi Telur Mata Sambal Berlada Tersedap

Dua resepi telur mata sambal berlada tersedap ini menu membuka selera pernah saya masak untuk anak-anak dan suami. Mudah penyediaannya.

Cuma perlukan telur, bawang merah dan cili. Bahan masakan sebegini dapat menghasilkan hidangan telur mata enak pantang ditolak. Nak-nak makan dengan nasi panas-panas.

Paling penting dalam resepi telur mata goreng sambal berlada ini adalah sambal berlada yang sedap dan goreng telur mata yang cantik sempurna.

Resepi Telur Mata Sambal Berlada

Telor mata kerbau ini sedap jika dimasak resepi sambal telur mata, mahupun dibuat telur sambal hijau.

Bahan-bahan Resepi Telur Berlada

  • 4 biji telur – basuh bersih terlebih dahulu
  • 1 biji bawang merah besar – hiris sedikit tebal
  • 4 biji cili padi merah
  • 2 biji cili merah besar
  • 1 biji cili hijau besar
  • Garam, perasa (optional)

Cara Masak Resepi Sambal Telur Mata Berlada

  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar, cili padi, cili merah besar dan cili hijau besar.
  2. Goreng sekejap dan angkat.
  3. Tumbuk bawang, semua cili yang digoreng tadi dalam lesung batu. Sebab nak dapatkan tekstur kasar, jadi saya tak guna pengisar. Guna lesung batu itulah juga yang buatkan sambal berlada jadi sedap.
  4. Masukkan balik dalam kuali menggoreng tadi.
  5. Perasakan dengan garam dan perasa (optional). Boleh juga gantikan perasa dengan ikan bilis goreng yang ditumbuk.
  6. Siap sambal telur mata, sedia untuk dihidang.

Nota masakan : Telur goreng berlado ini sedap makan dengan nasi panas. Lauk telur berlada ini je pun cukup dah. Sure tak pandang kiri kanan.

resepi telur mata sambal berlada

Cara Goreng Telur Mata Kerbau Yang Elok

  1. Panaskan kuali, masukkan minyak dan biarkan panas.
  2. Pecahkan telur ayam yang sudah dibasuh tadi ke dalam mangkuk bersih.
  3. Bila minyak dah panas, masukkan telur tadi ke dalam kuali. Gunakan api sederhana saja sepanjang menggoreng telur. Siramkan minyak di atas telur goreng mata lembut anda itu.
  4. Sebaik nampak keliling telur goreng sudah berkerak dan bahagian kuningnya masih bergoyang cair, bolehlah diangkat.

Nota masakan : Jika masih tak berjaya buat goreng telur mata lembu yang meleleh kuning telurnya, boleh ikuti 3 tip yang pernah saya kongsi cara goreng telur mata di entri yang lain ini.

Telur Sambal Hijau

Ini pun salah satu pilihan untuk menyediakan resepi telur berlada hijau.

Bahan-bahan

  • Telur – basuh bersih dan goreng jadikan telur mata
  • 5 biji cili padi hijau
  • 4 biji cili besar hijau
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland

Nota masakan : Telur masak sambal hijau ini untuk masakan portion kecil. Anda boleh tambahkan sukatan bahan ikut kesesuaian hidangan telur sambal berlado ini.

Cara Penyediaan Telur Sambal Hijau Berlado

  1. Goreng cili padi hijau, cili padi merah, bawang putih dan bawang holland sehingga layu dan hilang bau mentahnya. Angkat.
  2. Tumbuk dalam lesung sehingga lumat.
  3. Goreng sekali lagi dalam minyak menggoreng tadi.
  4. Masukkan garam, gula, perasa (optional).
  5. Gaulkan sehingga semua bahan sebati.
  6. Boleh dimakan dengan telur goyang yang anda sediakan.

Dengan menggoreng bahan sambal sehingga dua kali akan membuatkan sambal jadi lebih tahan lama. Ini juga yang saya praktikkan bila mencuba resepi sambal penyet tahan lama.

koleksi resepi telur mata

Pelbagai Jenis Masakan Telur Mata Boleh Dicuba

Macam-macam jenis resepi telur boleh dimasak sebenarnya. Kali ini saya kongsikan masakan berasaskan resepi telur goreng mata kerbau.

Antara yang pernah saya masak adalah :

  • Resepi telur masak kicap viral. Sejenis masakan simple guna telur kicap bawang.
  • Sambal telur mata.
  • Telur mata tabur chili flakes dan potongan bulat bawang holland bakar.
  • Resepi telur goreng dengan butter dengan taburan serbuk lada hitam.
  • Telur mata bersama resepi daging pad kra pao.

Untuk menghasilkan sunnyside egg yang meleleh kuningnya. Telur ayam perlulah disimpan dalam peti sejuk. Jadi, apabila dipecahkan telur ayamnya. Kuningnya masih kekal bulat.

Nak simpan telur ayam bagi tahan lama dalam peti sejuk pun ada cara betulnya.

telur mata
Nak dapatkan masakan telur yang sedap pun kena tahu cara betul simpan telur.

Sambal Balado Minangkabau

Resepi balado atau disebut juga berlada malah berlado ini sejenis masakan yang ditumis dengan cili. Ditambah dengan rempah masakan bawang merah, bawang putih dan limau nipis.

Sambal Minangkabau ini sedap dimakan bersama daging dendeng, ayam goreng, telur malah tempe goreng.

Baca juga : Pasar Payang Terengganu

Tags:

4 Comments

  1. Myzan February 17, 2023
  2. SR February 18, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!