Masak Sambal Udang Petai Kayangan Yang Mudah

Resepi sambal udang petai ini siapa je yang tak suka kan. Nak-nak petai sekarang ini kayangan betul harga dia.

Saya beli sebelum ini, 4 papan itu RM10. Mujurlah isinya cantik dan segar.

Terus minta en Yem belikan udang, sebab nak buat sambal udang petai simple yang mudah nak sedia. Cara saya masak sambal tumis udang petai ini memang sempoi je.

Resepi Sambal Udang Petai Kayangan

Bahan-bahan Masak Sambal Udang Petai :

  • Udang
  • Petai
  • Cili kering * segenggam rendam air panas
  • Sebiji bawang holland *
  • Seulas bawang putih *
  • Sedikit ikan bilis *
  • Hirisan bawang besar
  • Sedikit asam jawa
  • Garam, gula, perasa
  1. Kisar bahan bertanda *
  2. Kalau nak sedap, cili kering kisar asing.

Cara Masak Resepi Sambal Udang Petai Mudah

  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar bawang holland, bawang putih ikan bilis tu dulu.
  • Agak dah naik bau baru masukkan cili kering kisar.
  • Tumis sampai dia pecah minyak.
sambal-udang-petai
  • Bila dah pecah minyak, saya masukkan gula siap-siap.
  • Mak kata, gula masuk awal untuk buang bau pedas cili.
  • Tumis sampai cili betul-betul masak. Lepas itu saya masukkan asam jawa, sikit je sebab tak suka rasa masam.
  • Kacau dan masak sampai sambal naik minyak.

Masukkan udang, kacau kejap. Lepas itu masukkan petai pula.

sambal-udang-petai

Last sekali masukkan bawang, garam dan perasa. Nampak bawang dah layu bolehlah matikan api.

Paling penting, resepi sambal udang petai kayangan ni mudah dimasak dan sedap rasanya.

Tip Masak Sambal

  • Guna cili kering, bukan cili kisar yang siap beli di kedai. Biasanya cili kisar itu rasa masam sebab nak bagi tahan lama di pasaran.
  • Masukkan gula awal, elak bau cili yang kuat (petua mak saya ini)
  • Masak cili sampai betul-betul matang. Bau dan warna cili dah berubah. Memang lama sebenarnya, guna je api sederhana atau kecil.
  • Nak bagi cili tak merecik ke dinding, kecilkan api dan saya gunakan splatter screen. Splatter screen ini saya beli di Mr. DIY. Harga dia dalam RM6++.

Selain, resepi sambal udang ini. Saya ada juga kongsikan sambal sardin tin yang simple. Cuma guna tiga bahan je.

Hahaha.. konsep masakan saya memang simple-simple je.

Sebaiknya Petai Belah Tengah, Baru Masak Sambal Petai Udang

sambal-udang-petai
Belah petai macam ni lebih senang dikopek.

Sebelum ini kalau makan petai, saya tak belah tengah pun. Tapi kakak ipar kata kadang ada ulat hidup kat tengah-tengah biji petai tu.

Memang ada rupanya. First time jumpa tu ngeri juga.

sambal-udang-petai

Jadi sekarang ini, tiap kali makan petai mesti belah tengah. Untuk petai ini saya cuma belah separuh petai je. Sebab saya confident yang buah petai kayangan saya beli ini segar dan lagi cantik isinya.

InsyaAllah.. bebas ulat.

Siang Udang Cara Saya

Sebelum ini, kalau siang udang saya buang ekor dan bersihkan kepala udang saja. Rupanya udang saiz besar ini ada tahi dekat bahagian tengah.

sambal-udang-petai

Sebelum Udang Masak Sambal Petai, Begini Gunting Belakang Udang

Mula-mula gunting, buang tanduk udang tu. Lepas tu, potong bahagian tengahnya dengan gunting.

resepi-sambal-udang-petai

Buang Tahi Udang

Bila dah terbelah gini, tariklah sarung tahi udang tu sampai habis.

Cuci Udang Bawah Laluan Air Paip

Udang dicuci bersih bawah laluan air.

Potong cara macam ini, akan jadi lebih senang nak nikmati udang masak sambal tu nanti. Saya tak buang kulit udang tu, ada sesetengahnya buang dan tinggalkan bahagian ekor.

Sebab kulit udang ini memang agak tinggi kolesterolnya. Ikutlah keperluan keluarga masing-masing nak pilih teknik bersihkan udang macam mana ya.

nettyahhiyer.com

Saya tunjuk ini cara saya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda. Selamat mencuba.

3 thoughts on “Masak Sambal Udang Petai Kayangan Yang Mudah”

  1. hurmm.. iman paling suka udang masak gini tapi dia tak makan petai hahaha… kita orang sukakan. percaya tak, k.azni takpernah masak yang campur petai. Makan je pandai

    Reply

Leave a Comment