sup telur

Resepi Sup Telur Soohoon Simple, Mencuba Comfort Food Yatie Kitchen

Resepi sup telur suhun dari kak Yatie Kitchen ini super sedap, simple saja nak buat. Katanya, resepi comfort food inspired from Tunku Azizah Iskandar. 

Ini kerana, resepi ini pernah popular selepas dikongsikan semula oleh Raja Permaisuri Agong. Saya pun mencuba ikut tip elak telur putih berterabur dari Yatie Kitchen. Alhamdulillah menjadi. Seronoknya, sebab dapat makan telur itu seketul-seketul. Tidaklah berterabur habis telur putihnya.

Selain masak telur dadar, best rupanya bila dapat masak sup telur suhun yang perfect macam ini. Rasa macam style cina pun iya. Sebab bahan sup pun ringkas saja; bawang putih, bawang merah dan tak ada guna rempah sup.

Resepi Sup Telur Suhun Yatie Kitchen

Durasi memasak : 20 minit

sup telur

Bahan-bahan

  • 3 biji bawang kecil – hiris
  • 2 ulas bawang putih – ketuk dan cincang
  • 4 biji telur
  • 1 plastik suhun – rendam sekejap bagi lembut
  • Sedikit bawang goreng
  • Daun sup dan daun bawang
  • Perasa mushroom seasoning (saya gantikan kiub pati ayam Knorr)
  • Garam
  • Minyak masak

Cara Masak Sup Telur

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang purih sampai garing. 
  2. Masukkan air secukupnya untuk menenggelamkan telur itu nanti. Biarkan sampai air mendidih betul.
  3. Tutup api dan pecahkan telur. 
  4. Tunggu dalam 5 minit atau sehingga kesemua telur masak. 
  5. Hidupkan api semula. Sebaik mendidih, tutupkan api lalu masukkan suhun.
  6. Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. 
  7. Perasakan kacau-kacau dah siap.
sup telur

Tip Sup Telur Suhun Sedap Putih Telur Tak Pecah

  • Telur perlu dipecahkan dalam air sup yang mendidih tanpa dihidupkan api gas. Dengan itu, putih telur akan stay dengan induknya. Air yang menggelegak kuat akan memecahkan putih telur semasa proses mengesup. Tip dari Yatie Kitchen ini akan buat telur masak dengan elok jadi seketul-seketul.
  • Resepi asal guna mushroom seasoning. Kalau tiada boleh tambahkan cendawan shitake yang dah dilembutkan untuk mendapatkan rasa cendawan dalam sup.
  • Sup suhun telur ini sedap dimakan dengan nasi panas dan ikan pekasam. 
  • Agar lebih sedap telur kuning jangan terlebih masak, sebab teksturnya akan mengeras nanti.
sup telur
Makin bertambah selera bila dapat makan dengan ikan pekasam Lenggong ini.

Variasi Resepi Sup Telur

Resipi sup telur ini pun sebenarnya ada pelbagai versi. Ada yang mencampurkan dengan sayuran lain seperti lobak merah, tomato malah kentang untuk mendapatkan rasa sayuran dalam sup.

Antaranya;

  • Sup kentang telur
  • Sup telur hancur

Khasiat Telur Yang Luar Biasa

Sup yang dicampur telur ini mengandungi banyak khasiat. Ini kerana, menurut Dr Rizal Abu Bakar, khasiat telur itu sendiri sudah luar biasa. Selain membekalkan tenaga, ianya juga multivitamin semulajadi untuk tubuh.

Hidangan ini sesuai disajikan kepada anak-anak. Begitu juga dengan resepi sup ayam simple pun sesuai dan sedap untuk anak kecil.

Read More

Tags:,

2 Comments

  1. Ammi January 4, 2024
    • nettyahhiyer January 4, 2024

Leave a Reply

error: Content is protected !!