biodata-puteri-khareeza

Siapa Puteri Khareeza Bawakan Watak Dahlia

Nama pelakon Puteri Khareeza mula naik selepas memegang watak Dahlia Rizal dalam drama berepisod Kerana Cinta Itu Ada.

Lakonannya yang berkesan buatkan penonton tertanya-tanya siapa Puteri Khareeza yang berlakon disamping Nabila Razali dan Aedy Ashraf ini.

Menarik juga bila baca biodata Puteri Khareeza ini. Atau nama sebenarnya, Puteri Aszfaryna Khareeza Bt Arif. Sebelum letupan dengan KCIA, si cantik ini pernah membintangi Drama Mimpi Sabrina dalam slot Samarinda TV3.

Siapa Puteri Khareeeza Pelakon Kerana Cinta Itu Ada

Wataknya sebagai Dahlia Rizal adalah watak antagonis. ‘Bersahabat’ dengan Nabila Aulia (watak dibawakan Nabila Razali) dalam Kerana Cinta Itu Ada.

Sehinggakan di episod akhir drama Kerana Cinta Itu Ada, akhirnya watak Dahlia mati kena tembak. Walaupun itulah pengakhiran balasan untuk onar yang dilakukan Dahlia, tetapi tetap mengundang rasa sebak di hati penonton.

Berkesan lakonan Dahlia ini menjadi bualan penonton.

siapa-puteri-khareeza

Rupanya Puteri Khareeza ini pernah menjadi Naib Juara Idola Kecil musim 3. Masa itu menggunakan gelaran Puteri dengan tagline ‘Puteri selalu steady!”.

Dari umur 7 tahun, Puteri dah mula menyanyi. Dan aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008 lagi.

Pernah juga menyanyikan lagu Duka Sebalik Tawa. OST drama bersiri Melur Untuk Firdaus dan mendapat 3.5 juta tontonan Youtube.

Puteri Khareeza juga bergerak secara berkumpulan dengan band Venus yang dikenali dengan lagu popularnya; Sakitnya Hati dan Maafkan Aku. Puteri selaku vokalisnya.

Malah, pernah menggantikan Hafiz Suip dalam Separuh Akhir Muzik Musik (SFMM) ke 37 untuk lagi Takluk Cinta. Dan pernah juga jadi model dalam muzik video usahawan kosmetik viral, Ahmad Iqbal Zulkefli berjudulu hujan.

Puteri Khareeza Peserta Big Stage 2023 Musim Ke-5

Menerusi Program Big Stage 2023 (Musim 5) Puteri Khareeza menunjukkan bakat nyanyiannya dalam pertandingan berprestij itu.

Penyanyi yang juga pelakon pembantu Kerana Cinta Itu Ada pernah membawakan lagu berjudul Doktor Cinta. Lagu tersebut dinyanyikan penyanyi asal Dewi Dewi.

Puteri mendapat 76 peratus markah daripada juri.

Pernah tersenarai tiga peserta terkebelakang pada minggu suku akhir BS2023. 

puteri-khareeza-watak dahlia-rizal

Biodata Puteri Khareeza

Nama penuh : Puteri Aszfaryna Khareeza Bt. Arif
Nama glamour : Puteri Khareeza
Umur : 21 tahun (2019)
Tarikh Lahir : 17 April 1998
Asal : Kuala Lumpur
Bangsa : Melayu
Kerjaya : Pelakon dan Penyanyi
Drama dan Telefilem : Mimpi Sabrina, Kapten Boleh, Diari Ramadhan Rafique Reunion, Anugerah Cinta Aisyah, Alergi Mamat Romantik, Hari Kita Jatuh Cinta, Air Mata Allisya, Cinta Hilang Kata, Kerana Cinta Itu Ada, Bini Aku Dari Neraka, Kampung Arena Panggang, Syurga Tanpa Cinta dan Kalimah Cinta.

Baca juga :

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Tags:

4 Comments

  1. SR February 5, 2023
    • nettyahhiyer February 5, 2023
  2. Nur Syazwani Mehat February 5, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!