Drama Syurga Itu Bukan Mudah merupakan sebuah drama 20 eposod yang dilakonkan Amir Ahnaf dan Anna Jobling sebagai watak utama.
Bersiaran di slot megadrama, tv Astro Ria dari 4 Disember 2023. Drama bersiri ini menggantikan drama My Famous Ex-Boyfriend.
Drama arahan Eyra Rahman baru ditayangkan episod ke-3 di televisyen. Dan mengundang pelbagai kritikan babak kontroversi yang tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat Malaysia.
Pengenalan Drama Syurga Itu Bukan Mudah
Drama Syurga Itu Bukan Mudah terbitan Global Station Sdn Bhd ini bertemakan cinta, kekeluargaan dan konflik dan bersiaran selama 42 minit di televisyen.
Menggunakan lagu runut (OST) berjudul Boneka Tanpa Hati nyanyian Nadeera. Skripnya ditulis oleh Liza Nur dan Chinta Nadeesa.
Waktu siarannya pada jam 10 malam setiap hari Isnin hingga Khamis. Selain ditayangkan di Astro Ria, penonton boleh juga menyaksikan di Astro Go.
Baca juga : Sebaknya telemovie kisah saat hilang cintamu ‘setia suami rela duduk pondok’
Senarai Pelakon Syurga Itu Bukan Mudah Beserta Watak
Pelakon Utama
- Amir Ahnaf membawakan watak Farid (pelakon lelaki utama)
- Anna Jobling membawakan watak Aileen (pelakon wanita utama)
- Dynas Mokhtar sebagai Umira
- alya iman sebagai Farra
Pelakon Pembantu
- Dian P. Ramlee membawakan watah Aminah
- Amir Nafis sebagai Zayn
- Bulan Terry sebagai Natalie
- Steve Yap sebagao Mustapha Chan
- Maliababy sebagai Lily
- Ahmad Syafiq sebagai Engku
Sinopsis Drama Syurga Itu Bukan Mudah : Ujian Kesetiaan Seorang Isteri
Drama Syurga Itu Bukan Mudah berkisar kehidupan Ailee (lakonan Anna Jobling). Sebagai seorang wanita Aileen percaya yang cinta dan kesetiaan kepada seorang suami adalah kunci untuknya sebagai seorang isteri ke syurga.
Aileen kemudiannya disatukan dengan lelaki bernama Farid (lakonan Amir Ahnaf). Farid sebelumnya disifatkan sebagai seorang suami yang sempurna dengan latar agama dan tanggungjawab dalam menjalani kehidupan di dunia.
Identiti Farid yang disembunyikan dengan perwatakannya yang baik akhirnya terdedah jua. Kejahatan yang ditunjukkan Farid mengubah perkahwinan impian Aileen menjadi seperti neraka.
Rintangan demi rintangan dan cabaran kehidupan alam rumah tangga akhirnya merungkai sisi gelap suami Aileen. Farid rupanya terlibat dalam sebuah kumpulan ‘Alpha Male Society’.
Bermulalah rasa pedih hati Aileen apabila dikhianati suami yang cintakan kehidupan mewah dunia.
Baca juga : Tonton drama kerana cinta itu ada di Disney+ Hotstar
Babak Viral Syurga Itu Bukan Mudah Undang Kritikan Dan Penerimaan Drama
Baru episod ketiga ditayangkan di televisyen, terdapat satu babak tular lakonan Amir Ahnaf ini mendapat kritikan hebat daripada pengguna media sosial.
Rata-rata berasa kurang senang dengan babak tersebut yang berupaya mempengaruhi minda kanak-kanak di bawah umur.
Dalam satu adegan itu didakwa mempunyai unsur pornografi ringan yang tidak bersesuaian untuk tontonan umum. Terutama remaja dan kanak-kanak.
Sehinggakan Dr Ahmad Sanusi Azmi yang merupakan Timbalan Pengarah Institusi Sains Islam, Universiti Islam Malaysia (Usim) menegur penggiat seni tanahair agar tidak membiasakan dosa berzina dalam karya mereka yang kemudiannya menjadi tontonan masyarakat umum.
Tulisnya, “jangan normalisasikan dasa berzina kerana adalah menjadi satu kebimbangan apabila unsur perbuatan terkutuk yang dilarang oleh Allah dijadikan lakonan bagi sebuah drama untuk tontonan masyarakat. Lebih menyedihkan lakonan sebegini membabitkan warga Muslim sendiri. Allah secara jelas mengutuk perbuatan itu dan kempen menjauhi zina ini sangat ditegaskan di dalam al-Quran.”
Baca juga : Sinopsis Bukan Sekadar Lafaz, Aliff Satar jadi pak sanggup kerana konspirasi keluarga