pelakon-risik-pada-hati

Pelakon Risik Pada Hati Buat Penonton Geram 

Pelakon Risik Pada Hati drama bersiri di slot Akasia TV3 ini dibintangi pelakon handalan Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya.

Siapa peminat drama Melayu tentu arif dengan kehebatan lakonan bintang-bintang utama ini menjiwai watak.

Pelakon Utama Drama Risik Pada Hati TV3

  • Alif Aziz sebagai Adam
  • Ummi Nazeera sebagai Hayfa
  • Zara Zya sebagai Aisya

Demi mencari cinta sempurna, Hayfa sanggup meminta Adam mengahwini Aisya.

Bukan mudah untuk seorang isteri berdepan dugaan berpoligami. Lagi-lagi apabila melibatkan soal zuriat.

Bak kata Ummi Nazeera, watak Hayfa ini membawa nilai kemanusiaan yang tinggi.

Dia manusia yang cukup baik hati, tapi pada satu tahap, dia tak mampu lagi berbagi kebaikan itu.

“Sehingga dia terpaksa berhenti jadi baik.”

Karakter itu membawa nilai kemanusiaan tinggi. Dia manusia yang cukup baik hati, tapi pada satu tahap, dia tidak mampu lagi berbagi kebaikan itu sehingga terpaksa berhenti jadi baik.

pelakon-risik-pada-hati

Ummi Nazeera ini jarang dah berlakon sekarang ini. Sekali dia berlakon memang kaw kaw sampai ke hati.

Bergandingan pula dengan pelakon Alif. Ternyata drama adaptasi novel Risik Pada Hati karya Hanni Ramsul yang dibawakan ke kaca TV ini berjaya menjentik emosi penonton.

Seperti perkongsian pembaca novel ini, ‘di pasaran tak ramai penulis dapat membawakan mesej hidup bermadu dengan baik sekali.’

Drama bersiri 28 episod ini diarahkan sutradara, Mohd Fazli Yahya yang lebih dikenali dengn nama Pali Yahya.

Siaran Drama Risik Pada Hati

Drama Risik Pada Hati ini sudah episod ke-10. Sampai 28 episod (akhir)

Setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Jam 7 malam.

Di slot Akasia TV3 dan Disney Hotstar.

pelakon-risik-pada-hati

Sinopsis Risik Pada Hati

Drama Risik Pada Hati mengisahkan pengorbanan seorang isteri iaitu Hayfa yang sanggup berbuat apa demi suaminya Adam (Alif). Demi mencari cinta sempurna, Hayfa sanggup menyuruh Adam berkahwin dengan Aisya (Zara) untuk dapatkan zuriat.

Adam akhirnya bersetuju menerima Aisya sebagai isteri keduanya. 

Adam cuba berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. 

Kenapa uji cinta abang macam ni?” – Adam

Syfa tak uji cinta abang. Syfa cuma nak kesempurnaan dalam cinta kita.” – Hayfa

Saya tak tahu kenapa saya setuju bila Kak Hayfa pujuk. Saya tak patut setuju. Kan?” – Aisya.

Kehadiran Umar kemudiannya menguji hati baik seorang Hayfa.

Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau, hanya perpisahan yang akan menjadi penamat sebuah perhubungan?

Baca : Kutipan filem Mat Kilau raih RM11 juta

pelakon-risik-pada-hati

Lagu Tema OST Risik Pada Hati Sedap Didengar

Drama penuh emosi menjadikan lagu Seribu Gundah nyanyian Hariz Fauahet dan Wanie Ooi (Lagu Cinta Kita 3) sebagai OST nya atau lagu tema.

Bila dengar lagu dalam drama sedap pula di halwa telinga.

Memang kena dengan jalan cerita Risik Pada Hati ost yang satu ini.

Pelakon Risik Pada Hati Yang Lainnya

  • Shiqin Kamal sebagai Suhara
  • Izzue Islam sebagai Nazim
  • Ifa Raziah sebagai Mak Ngah Diva
  • Rahim Omar sebagai Haji Kassim
  • Haleeda Mazlein sebagai Hajah Wardah
  • Nasz Sally sebagai Nurhan
  • Trisha Ooi sebagai Erra
  • Ikhwan Lein sebagai Farid
  • Shazia Rozaini sebagai Atilia
  • Meor Mohd sebagai Pn Nita

Baca : Pesona peguam autisme dalam Extraordinary Attorney Woo

Pelakon Undangan

  • Syazuwan Hassan sebagai En.Hairul
  • Rozie Othman sebagai Cik Timah

Nama Pelakon Risik Pada Hati Bagi Kanak-kanak

  • Adik Medina Humaira sebagai Lola
  • Adik Qhaira Imani sebagai Lola (Besar)
  • Adik Aiman Hasrol sebagai Umar (10 Tahun)
  • Adik Mikael Noah sebagai Umar (4 Tahun)
  • Adik Muhammad Nuh sebagai Umar (3 Bulan)
  • Adik Muhammad Faris Rizqi sebagai Hawa (1 Tahun)
  • Baby Nur Zhafira sebagai Hawa (8 Hari)

Asyik layan drama Korea je kan.. sesekali layan pulak drama Melayu.

pelakon-risik-pada-hati
Antara koleksi baju Hayfa watak yang dijayakan Ummi Nazeera./ Kredit foto : Instagram Ummi Nazeera

Cantik-cantik Baju Hayfa Risik Pada Hati

Dalam pada trendingnya drama ini, baju-baju yang dipakai Hayfa jadi perhatian sama. Ramai yang nak tahu baju Hayfa sarungkan sebab nampak sopan bergaya.

Sebab tak mahu menghampakan harapan peminat, Ummi Nazeera kongsikan senarai butik yang menaja baju yang dipakai sepanjang menjayakan watak Hayfa.

“Hi guys.
Sorry baru sempat buat. Too many of you are asking me about Hayfa’s clothes.
These are the brands.
1. Customade
2. @sleepingllamaofficial
3. @musascave
4. @thelabels
5. @xanderkloths
6. @thelabels
7. @musascave
8.Customade
9. @musascave
10. @rahsiaasia
11. @musascave
12. @poplook

Baca juga :

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

2 Comments

  1. azni July 10, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!