lagu raya

Dengar 5 Lagu Raya Lama Popular Yang Evergreen

Masuk penghujung minggu kedua umat Islam berpuasa, lagu raya akan mula dimainkan dicorong radio. Koleksi 5 lagu raya lama popular ini pastinya menjadi pilihan DJ radio tentunya lagu-lagu raya lama yang evergreen.

Yang mana, lagu hari raya lama ini tetap sedap didengar di halwa telinga pendengar di sepanjang zaman. Walaupun sudah memasuki zaman moden, lagu-lagu klasik hari raya ini tetap membangkitkan nostalgia. Nak nak bila menjelangnya 1 Syawal.

Orang kita ini bila sebut je pasal raya, emosi diaorang bukan main-main. Memang sungguh-sungguh bila cerita bab raya, daripada baju, kasut raya perempuan, persiapan sambut raya sampailah ke lagu raya pun jadi penting. Walau ada banyak lagu hari raya moden, tetap tetap dicari juga lagu raya yang membangkit nostalgia. 

Koleksi Lagu Raya Yang Evergreen Sepanjang Zaman

Berikut saya senaraikan 5 lagu Hari Raya klasik yang telah menghiburkan dan memberikan kegembiraan merentasi generasi ke generasi rakyat Malaysia yang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Lagu Raya Lama Dendang Perantau (P.Ramlee)

Dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Liriknya mengisahkan tentang seorang perantau yang merindui orang tersayang malah kedua ibu bapanya di tanah air semasa Hari Raya. Alunan muziknya yang melankolik dan lirinya yang menyentuh hari tak pernah gagal membangkitkan perasaan rindu dan nostalgia kepada pendengar.

Menurut penulisan HAR di fb Repair Gambar Lama lagu ini dicipta oleh P Ramlee sendiri sekitar tahun 1950-an. Liriknya oleh S. Sudarmaji.

Kemudiannya lagu ini dirakam semula pada tahun 1966 dengan diberikan nafas baru. Ada sentuhan Pop Yeh Yeh. Selain Dendang Perantau, P Ramlee juga pernah merakamkan lagu hari raya berjudul Suara Takbir dan Selamat Hari Raya.

Lagu Raya Klasik Selamat Hari Raya Aidilfitri (Sharifah Aini)

Dinyanyikan oleh Biduanita Negara Allahyarham Datuk Hajah Sharifah Aini Syed Jaafar. Lagu ikonik dari ratu penyanyi Melayu ini begitu sinonim setiap kali tibanya Hari Raya. 

Tempo lagunya yang rancak dan lirik yang ceria merakamkan semangat perayaan dengan sempurna, menjadikannya satu kemestian untuk didendangkan setiap kali menjelang Aidilfitri. Lagu Selamat Hari Raya Aidilfitri ini dinyanyikan pada tahun 1973.

lagu raya
Kredit foto : Media Hiburan

Lagu Raya Evergreen Balik Kampung (Sudirman)

Ada sejarah yang menarik tentang lagu Balik Kampung Sudirman ini. Lagu yang diciptakan Sudirman bersama S Atan ini rupanya tentang gambaran seronoknya anak perantauan pulang ke kampung halaman untuk mengundi dalam Pilihan Raya.

Namun, akhirnya lagu dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad yang pernah dimuatkan dalam album ke-11 dengan judulnya Lagu Dari Sebuah Bilik (1984) menjadi lagu Hari Raya yang evergreen sampai hari ini.

Lagu Hari Raya Bersabarlah Sayang (Sanisah Huri)

Bersabarlah sayang dinyanyikan oleh penyanyi pujaan ramai era 60-an hingga 70-an, Sanisah Huri. Lagu ini dicipta pada tahun 1972. Melodi yang lembut, sayu dan lirik yang menyentuh hati membuatkan pendengar menjadi sebak. 

Kiranya inilah lagu raya dalam versi sedih yang digemari ramai. Malah, lagu ini pernah dirakam semula oleh komposer terkenal, Ajai bersama Sanisah. Lalu dimuat naik dalam video TikTok.

lagu raya
Kredit foto : Instagram Siti Nurhaliza Tarudin

Sesuci Lebaran (Siti Nurhaliza)

Lagu raya Siti Nurhaliza ini sudah lebih 20 tahun didendangkan penyanyi No.1 Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin. Lagu ciptaan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) ini mendorong pendengar membersihkan hati dalam meraikan lebaran.

Malah, berdoalah kepada Ilahi selain memohon ampun dan restu ayah bonda. Dalam masa yang sama agar menyucikan harta dengan membantu golongan susah agar dapat sama merasai kegembiraan Hari Raya. Lagu raya lirik Sesuci Lebaran ini sangat bermakna dengan tujuan bermuhasabah diri, saling memaafkan dan kesyukuran.

Baca juga : 10 frekuensi suria fm di Malaysia, awesome mudahkan pendengar

lagu raya
Kredit foto : Pexels by Iskandar Al Imran

Kesimpulan Mengenai Lagu Raya

Lima lagu meraikan hari raya yang dikongsikan ini cumalah sebahagian kecil saja. Ikutkan ada banyak lagi lagu raya lama yang best menggamit nostalgia kesyahduan di pagi Syawal.

Misalnya Bila Takbir Bergema (Allahyarham Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang) malah Seloka Aidilfitri nyanyian Uji Rashid dan Hail Amir.

Namun, lima lagu raya lama nyanyian P Ramlee, Sharifah Aini, Sudirman, Sanisah Huri dan Siti Nurhaliza yang dikongsikan di atas pastinya akan didengar di corong radio mahupun televisyen setiap kali tibanya Hari Raya.

Read More

2 Comments

  1. abe kie January 26, 2024
    • nettyahhiyer January 27, 2024

Leave a Reply

error: Content is protected !!