drama-kerana-cinta-itu-ada

Tonton Drama Kerana Cinta Itu Ada Di Disney+ Hotstar

Kerana Cinta Itu Ada merupakan drama 28 episod yang disiarkan di Slot Akasia TV3. Boleh juga di tonton online di Disney+ Hotstar.

Dari adaptasi novel Kerana Cinta Itu Ada hasil karya Sophilea. Arahan Azri Izhar dari terbitan Global Station ini menjadi trending dengan gandingan pelakon utamanya, Aedy Ashray dan Nabila Razali.

Drama yang membuai-buai perasaan penonton ini mula ditayangkan pada 28 Disember lalu dan masih lagi bersiaran di TV3 dan boleh tonton online di Disney plus Hotstar.

Sinopsis Drama Kerana Cinta Itu Ada

Ku menentang rasa mencinta, tapi tidak bila dengan mu..” mendalamnya kata hati Bella (watak yang dibawakan oleh Nabila Razali.

Sebagaimana kisah Kerana Cinta Itu Ada yang menggambarkan hidup seorang gadis bernama Nabila Aulia (lakonan Nabila Razali). Graduan berkelulusan Pengurusan Perniagaan yang kemudiannya mengusahakan sebuah resort milik keluarganya, Villa Paksina.

Ketika bekerja di resort itulah Nabila Aulia atau Bella ini bertemu dengan Tengku Aisy Mateen (lakonan Aedy Ashray).

Aisy ini anak pemilik hotel terkemuka dekat Kuala Lumpur.

gambar-lakonan-nabila-razali-dan-aedy-ashraf
Kredit foto : instagram Nabila Razali

Pertemuan demi pertemuan romantis yang tak terjangka membibitkan rasa cinta di hati Aisy dan Bella. Bella melihat Aisy sebagai lelaki paling HEBAT yang pernah hadir dalam hidupnya.

Begitu juga dengan Aisy memandang kehadiran Bella bak bidadari yang tuhan kirimkan dari syurga untuknya. Bella bukan gadis biasa di matanya.

Bersaksikan Villa Paksina mereka mengikat rasa cinta yang begitu mendalam.

Sayangnya hubungan cinta terputus di tengah jalan dek fitnah kawan baik sendiri. Dahlia Rizal (lakonan Puteri Khareeza), teman yang mencemburui hidup Bella sejak dari dulu lagi. Haish! ada juga manusia begini ya. (maaf! penulis teremo..hahaha)

Menjelang hari pernikahan, Dahli memfitnah Bella mempunyai hubungan dengan Rayyan (lakonan Alvin Chong). Kerana trauma dengan sejarah kecurangan keluarganya, dan dan tu Aisy menghukum Bella.

Aisy mahu memutuskan pertunangan dengan Bella. Bella merayu Aisy hadir ke majlis pernikahan mereka, demi maruah ibu bapanya. Boleh kata Aisy tapi dengan syarat.

Sebab nak sakitkan hati Bella, Aisy membuat tindakan seolah-olah berpaling kasih pada Dahlia. Alangkah terlukanya hati Bella hingga Bella nekad membawa diri bertahun-tahun lamanya.

Biarpun Bella tiada di depan mata, cinta Aisy tetap untuk Bella. Aisy menjadi seorang pencinta yang setia demi Bella.

Tapi tidak bagi Bella. Hatinya yang terluka itu membuatkan dia membenci Tengku Aisy. Sebaik sekembalinya ke Malaysia tidak terduga oleh Bella. Yang dia masih terikat dalam perhubungan hubungan suami isteri bersama Aisy.

Haa… macam mana tu? Nak tahu kan kesudahannya.

Dapatkah kita tahu nanti adakah hubungan cinta Aisy dan Bella akan terjalin kembali atau macam mana. Atau mereka terpaksa memilih jalan untuk melepaskan rasa cinta yang ada di dalam hati.

Nak tahu, kenalah tonton kesudahannya ya. Sekarang ini dah masuk separuh episod sudah.

Begitulah juga sinopsis novel Kerana Cinta Itu Ada. Kalau nak tahu sama ada apakah cinta itu ada atau pun tiada, kenalah tonton di TV3 dan Disney+ Hotstar Malaysia.

bersanding-dalam-drama-kerana-cinta-itu-ada
Kredit foto : instagram Nabila Razali

Waktu Siaran Drama Kerana Cinta Itu Ada

Siaran TV3 : Setiap hari, Isnin hingga Ahad pada jam 7 malam menerusi Slot Akasia
Boleh strim secara online di aplikasi Disney+ Hotstar (kalau terlepas tengok boleh lah tengok sini)

Jika anda pelanggan Unifi TV Ultimate Pack anda boleh mengakses Disney+ Hotstar secara percuma tanpa bayaran tambahan.

Saya bukan pelanggan Ultimate Pack, tapi dah bertahun melanggan Unifi. Baru ni dapat offer untuk mengikat kontrak selama 2 tahun dengan bayaran bulanan sama seperti sedia ada. Dan boleh menikmati siaran Disney plus Hot Star ini percuma untuk 2 tahun juga.

Okay, selingan kongsi pengalaman.. hahaha.

Barisan Pelakon Kerana Cinta Itu Ada

  • Aedy Ashraf sebagai Aisy (Tengku Aisy Mateen)
  • Nabila Razali sebagai Bella (Nabila Aulia)
  • Puteri Khareeza sebagai Dahlia Rizal
  • Alvin Chong sebagai Rayyan
  • Syazuwan Hassan sebagai Zafran
  • Raden Zaharatul sebagai Dayyan
  • Emelda Rosmila sebagai Puan Lidia
  • Mas Anizan sebagai Puan Alawiyah
  • Shah Rezza sebagai Encik Nazri
  • Safura Ya’cob sebagai Puan Hasni
  • Syaffiq Sahli sebagai Nahfiz
  • Dian P.Ramlee sebagai Puan Arifah
  • Husna Mustaffa sebagai Aina
  • Anas Ridzuan sebagai Mamat
  • Saidah Kamarudin sebagai Yana
  • Nick Neem sebagai Zainin
  • Edika Yusof sebagai Ikmal
  • Azwan Kombos sebagai Mikaeel

Kerana Cinta Itu Ada OST

Lagu OST ini nyanyian Khai Bahar & Nabila Razali. Judul lagu OST Kerana Cinta Itu Ada ialah Selagi Ku Ada. Kesyahduan nyanyian Nabila dan Khai Bahar membuatkan ramai tersentuh hati.

Tersentuh jiwa hingga mengalir air mata. Lirik laginya yang mendalam membuatkan ramai terkesan jiwanya.

Sedap pulak dengar suara Nabila dalam video OST ini.

drama-kerana-cinta-itu-ada-lokasi
Kredit foto : instagram Nabila Razali

Lokasi Vila Paksina Chalet Rupanya Dekat Villa De Fedelia Cherating

Bukan seorang dua yang bertanyakan dalam instagram Nabila Razali lokasi Villa Paksina itu dimana. Nak-nak dengan view resort menghadap laut yang cantik itu.

Kalau anda nak tahu. Penggambaran drama Kerana Cinta Itu Ada lokasi nya di Cherating.

Hasil risikan follower Nabila, Vila Paksina yang juga resort dalam cerita Kerana Cinta Itu Ada ini rupanya ada di Villa de Fedelia Beach Resort Cherating Lama, Kuantan, Pahang.

Haa.. patutlah cantik sungguh.

villa-de-fedelia-lokasi-drama
Kredit foto : web Villa de Fedelia

Dekat Kuantan ini memang banyak hotel dan resort yang cantik-cantik lagi menenangkan untuk kita stay sehari dua di sana. Banyak juga lokasi makan-makan dan jalan-jalan yang best dekat Kuantan.

Kalau tersinggah area Vila Paksina tu, bolehlah imbas scene lakonan Bella dan Aisy ya.

Novel Kerana Cinta Itu Ada Garapan Cinta Silam Nabila

Menariknya cerita Kerana Cinta Itu Ada ini adaptasi daripada novel yang diterbitkan sendiri oleh Nabila Razali Entertainment.

Buku novel kategori bahasa Melayu ini dikarang oleh novelis Sophilea atau nama sebenarnya Mazni Othman. Anak jati Felda Lasah Sungai Siput (U) Perak.

Rupanya kisah disebalik penceritaan novel itu ada kaitan dengan kisah cinta silam Nabila Razali yang tidak kesampaian. Berdasarkan pengalamannya yang ditinggalkan kekasih dan gagal dalam percintaan.

Sampai ke hari ini katanya pengalaman percintaannya itu masih berbekas di hati. Tapi itu kisah sebelum Nabila bergelar artis lagi. Selepas setahun menjalin kasih tiba-tiba bergoncang hubungan cinta disebabkan kehadiran orang ketiga.

Bak kata Nabila, kisah itu pun dah lama berlalu. Dia pun dah ‘move on’ cuma itulah kan, kesannya masih ada. Bagus betul Nabila ini, daripada kisah cinta tidak kesampaian pun boleh digarap jadi drama TV yang mengesankan jiwa penonton.

Novel ini pun masih dijual secara online di rimbunanmall.

Baca juga :

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

10 Comments

  1. Myzan January 20, 2023
    • nettyahhiyer January 20, 2023
  2. abamkie January 20, 2023
  3. Azni January 20, 2023
  4. MAMA REEN January 20, 2023
  5. Nita January 20, 2023
  6. nettyahhiyer February 1, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!