alif satar

Alif Satar : Biodata, Kerjaya Lakonan & Selebriti Contoh 2024

Alif Satar merupakan artis versatil dengan pelbagai bakat sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara. Malah, usahawan berjaya yang gemar dengan aktiviti kecergasan.

Sepanjang lebih 17 tahun dalam industri hiburan, Alif membawa imej dan nama yang baik. Beliau juga antara artis famous yang bebas gosip. Sebaliknya, banyak berkongsi perkara kebaikan kepada para pengikutnya. Sehinggakan ada yang menggelarnya selebriti contoh.

Terbaru, Alif Satar menerusi kempen Geng Subuh Macam Jumaat berjaya membawa kira-kira 3,000 jemaah bersolat subuh secara berjemaah di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara. Kenali lebih lanjut siapa Alif Satar ini.

Biodata Alif Satar

  • Nama sebenar : Muhammad Alif Mohd Satar
  • Nama popular : Alif Satar
  • Tarikh lahir : 19 September 1990
  • Umur : 33 tahun
  • Agama : Islam
  • Asal kelahiran : Kuala Lumpur, Malaysia
  • Warganegara : Malaysia
  • Kerjaya : Penyanyi, pelakon, pengacara, penulis lagu dan ahli perniagaan
alif satar
Kredit foto : Instagram Alif Satar

Latar Belakang Keluarga & Isteri Alif Satar

  • Nama isteri : Shadila Halid (yang juga bekas pengurus Alif sendiri)
  • Bilangan anak : 3 orang 
  • Nama anak-anak : Alisha Anugerah (lahir 2015), Ariana Mecca (lahir 2017) dan Muhammad Ali (lahir 19 September 2019)
  • Bilangan adik-beradik : anak sulung daripada empat beradik
  • Nama ibu : Nur Hafiza Muhammed
  • Nama ayah : Mohd Satar Ramli
  • Tarikh mendirikan rumah tangga : 15 September 2014

Permulaan Awal Dalam Industri Seni

  • Umur 14 tahun : Alif berlakon dalam produksi West End London untuk teater muzikal Peter Pan The Lost Boys
  • 16 tahun : Alif menyertai rancangan realiti One in a Million musim pertama. Penyertaannya mendapat tempat ke-3.

Kerjaya Seni Alif Satar Di Tanah Air

Lagu Alif Satar, Judul Single & Album Ketika Jadi Artis Utama

  • 2006 – Khayal – single tanpa album
  • 2008 – Kau Pergi – album Alif
  • 2009 – Jangan Nakal, Akan Tiba, Cukup Indah – album Nakal
  • 2011  – Lelaki Seperti Aku, Pendusta – album Lelaki Seperti Aku
  • 2013  – Akhiri Penantianku, Bila, Kesempatan Kedua – album Definisi
  • 2014 – Setiap Hari – album Definisi
  • 2016 – Selamanya Cinta (bersama Shila Amzah) – album My Journey, Jangan Menghina (bersama In-Team dan Noctural Voice) – single tanpa album
  • 2017  – Sesungguhnya Aku, Jatuh Cinta – single tanpa album
  • 2018  – Sebenarnya (bersama Siti Nordiana) – single tanpa album
  • 2019 – Sesungguhnya 2019 (bersama Raihan), I Want You To Love Me – single tanpa album
  • 2020 – Damba Cinta Mu (bersama Raihan) – single tanpa album

Judul Single & Album : Alif Satar & The Locos

  • 2021 – Anugerah Terindah, Toxic – album ASTL
  • 2022 – Bismillah, 25 Rasul, Puji-Pujian (bersama Raihan) – album The Sunnah The Better
  • 2022 – Assolatuwassalam, Rayuan Rindu (bersama Raihan) – album The Sunnah The Better, LebihXSempurna (solo atau bersama Diandra Arjunaidi), Isteri, Hey – album ASTL
  • 2023 – Kau Aku Satu – single tanpa album

Antara lagu yang dirakamkan ini juga menjadi OST drama. Antaranya filem Suri Hati Mr. Pilot, Red Velvet, Kau Yang Satu, Klik! Pengantin Musim Salju, Kau Yang Pertama malah OST filem pulau

Karier Lakonan : Filem Dan Watak

  • 2010 – Aku Masih Dara – sebagai dirinya sendiri (merupakan filem pertamanya dan menjadi penampilan khas)
  • 2016 – Usin UFO, Aliff Dalam 7 Dimensi – membawakan watak Naim
  • 2021 – Sa Balik Baju – menjadi Irfan
  • 2022 – Rasuk – sebagai Nazmi, Seratus – menjadi pengguna tandas awam 1 (penampilan khas)
  • 2023 – Pulau – sebagai Ben
  • 2024 – Anak Perjanjian Syaitan 2 – sebagai Ustaz Taha (filem seram arahan Ahmad Idham)

Drama & Watak Alif Satar

  • 2008/2009 – Dendam (TV3) – sebagai Amir
  • 2011 – Suria Di Cordoba (Astro Prima) – sebagai Rudy
  • 2012 – Syukur Allah (TV AlHijrah) – sebagai Fathul Bariq
  • 2015 – Destinasi G4 (TV9)
  • 2016 – Tundukkan Playboy Itu (TV3) – sebagai Farhan Badriz, Dia Semanis Honey (Astro Ria) – sebagai Ahnaf Wafiy, Dia Semanis Honeymoon (Astro RIa) – sebagai Ahnaf Wafiy, Suri Hati Mr. Pilot (Astro Ria) – sebagai Ahnaf Wafiy
  • 2017 – Hikayat Cinta Si Pematah Hati (Astro Ria) – sebagai Rayyan Rayqarl, Ben 10 (Cartoon Network) – sebagai Tim Buktu untuk drama alih suara, Red Velvet (Astro Ria) – sebagai Izzat
  • 2018 – Klik! Pengantin Musim Salju (Astro Ria) – sebagai Adam Putra
  • 2019 – PIA (TV3) – sebagai Zafran
  • 2020 – Family Spy (Astro Ceria) – sebagai Inspektor Daniel
  • 2021 – Penjara Janji (TV3) – sebagai Rizan
  • 2020 – pelakon risik pada hati (TV3) – sebagai Adam bergandingan bersama heroin Ummi Nazira
  • 2023 – Bukan Sekadar Lafaz (TV3) – sebagai Hudzaifah
alif satar
Lakonan Alif dalam Bukan Sekadar Lafaz./ Kredit foto : Instagram Alif Satar

Telefilem & Watak Alif Satar

  • 2011 – Lari Sayang Lari (Astro Ria) – sebagai Hakimi
  • 2014 – Mat Gedebe (TV9) – sebagai Mat Gedebe
  • 2015 – Husin Peninglah (TV9) – sebagai Husin
  • 2016 – Dia Semanis Honet Raya (Astro Ria) – Ahnaf Wafiy
  • 2017 – Memori Pajeri Nanas (Astro First Eksklusif) – sebagai Chef Armand, Inayah (Astro Citra) – sebagai Inspektor Jamal
  • 2018 – The Hantus (Astro First Eksklusif) – sebagai Fahmi
  • 2019 – Geng Big Stage Beraya (Astro Ria) – sebagai Alif, Derita Pia (TV3) – sebagai Zafran, Geng (Astro First Eksklusif) – sebagai Jefri
  • 2020 – Rindu Cinta Zulaika (TV1) sebagai Asraf
  • 2022 – Kerana Binti Abdullah (TV1) sebagai Noah – Alif juga menjadi penerbit bersama.

Drama Web

  • 2021 – AEON : Bagaimana Kalau? (YouTube channel) – sebagai Alif Adnan
  • 2022 – AEON : Sayap Bagimu (saluran YouTube) – sebagai Alif Adnan

Pelakon Teater

  • 2004 – Peter Pan The Lost Boys
  • 2017 – Dia Semanis Honey Muzikal – sebagai Ahnaf Wafiy

Pengacara Televisyen

  • 2007 – Remaja (TV3)
  • 2009-2013 – Idola Kecil (TV9)
  • 2012 – Sini Motor (TVi), Kenangan Mengusik Jiwa (TV1)
  • 2013 – Nak Ke Mana Kita? Musim 2 (TV AlHijrah)
  • 2014 – Idola Kecil Ultra (TV9), Bas Pintar (TV3), Suka Lattew (Astro Maya HD) – mengacara dengan Shahrol Shiro
  • 2015 – MeleTOP Kebaboom (Astro Ria) – bersama Shahrol Shiro
  • 2016 – Clever Girl Malaysia (TV3), AF 2016 (Astro Ria) – mengacara dengan zizan razak
  • 2017 – Rockanova (Astro Maya HD) – bersama Sherry Alhadad, Sembang Sahur (TV3) – menjadi pengacara jemputan bersama Aisya Hasnaa dan Gambit Saifullah, Insta Raya (TV2) – artis jemputan disamping Siti Nordiana, Clever Girl Malaysia Musim 2 (TV3)
  • 2018 – Anugerah Juara Lagu ke-32 (TV3) – berganding dengan Sherry Alhadad, It’s Alif! (ntv7), #Baikpunya (Astro Ria) 
  • 2018-2022 – Big Stage (Astro Ria) – berganding dengan pengacara Sherry Alhadad
  • 2019 – Anugerah Juara Lagu ke-33 (TV3) – mengacara dengan Sherry Alhadad, Bintang Minggu Ini Musim 2 – menjadi artis jemputan untuk episod 27 Januari tahun yang sama, Travel Like Local X Aussie : Alif Satar x Nabila Razali – rancangan ini menjalani pengambaran di Queensland, Australia
  • 2020 – Anugerah MeleTOP Era 2020 – bergandingan mengacara dengan Nabil Ahmad dan Jihan Muse, Geng Big Stage Raya – mengacara bersama Sherry Alhadad
  • 2021-2022 – Muzik Muzik (TV3) – mengacara dengan Sissy Imann
  • 2021 – I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 (TV3) – penyiasat tetap yang menggantikan tempat Seelan Paul (musim 1) dan Yusry Abdul Halim pada Musim 3. Bersama Team Penyiasat Tetap Jihan Muse dan Mark Adam
  • 2022 – Anugerah Juara Lagu ke-35 (TV3) – mengacara bersama Nabila Huda, Star Vs Food Malaysia (PRIMEtime), ABC Hour (TV Okey)
  • 2023 – The Chosen One (Astro Ceria) – pengacara bersama Namie

Muzik Video

  • 2017 – Terus Mencintai – bersama Siti Nordiana
  • 2020 – Malaysia Prihatin – bersama Aina Abdul dan Syamel

Anugerah Alif Satar Peroleh Sepanjang Kerjaya

  • 2006 – One In A Million Musim 1 – tempat ke-3
  • 2017 – Anugerah Telenovela 2017 – Pelakon Lelaki Popular – lakonan Alif dalam Dia Semanis Honey
  • 2018 – BOH Cameronian Arts Awards 2018 – Pelakon Utama Terbaik untuk Dia Semanis Honey The Musical, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 – Artis Versatil Popular
  • 2019 – ERA Digital Muzik Awards 2018 – Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40 – Judul Sesunguhnya Aku
  • 2020 – Anugerah MeleTOP Era 2020 – Hos MeleTOP untuk Big Stage 2, Reader’s Digest’s Trusted Brand Awards 2020 – Penyampai Televisyen Untuk Berita & Hal Ehwal Semasa Paling Dipercayai
  • 2023 – Anugerah Juara Lagu ke-37 – Alif Satar & The Locos memenangi tempat ke-3 untuk lagu Anugerah Terindah
alif satar
Kredit foto : Instagram Alif Satar

Kempen Subuh Macam Jumaat : Alif Satar Selebriti Contoh 2024

Kempen Geng Subuh Macam Jumaat merupakan inisiatif yang digerakkan oleh pelakon versatil Alif Satar pada 1 Januari 2024. Menerusi kempen ini, Alif mengajak orang ramai menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid. Rentetan itu, beliau berjaya mengumpulkan seramai 3000 orang untuk solat subuh berjemaah di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Satu lagi usaha murni yang dilakukan oleh selebriti yang gemar aktiviti sukan ini. Sedangkan sebelumnya, beliau sendiri terlibat dalam kemalangan motosikal. Namun, ujian sebegitu tidak mematahkan semangatnya untuk menyahut kata-kata seorang ustaz ketika dalam kelas pengajian agama yang dihadirinya.

Kempen gerakan Subuh Macam Jumaat itu turut disertai selebriti lain dan influencer terkenal seperti Ahmad Idham dan Ryzal Ibrahim. Malah, pada sebelah paginya acara larian Fun Run sejauh 5km diterusnya. Membolehkan peserta berlari bersama-samanya. 

Biarpun usahanya itu ada juga yang kurang senang, Alif memandangnya dengan positif. Dan sebagai pejuang subuh beliau istiqomah untuk jalan terus.

Bagaimana pun, ramai sebenarnya melihat kempen luar biasanya itu sebagai satu usaha yang sangat bagus. Malah, gelombang Geng Subuh Macam Jumaat khabarnya sudah sampai ke Singapura.

Jadi tidak hairanlah jika ada yang menggelar Alif Satar sebagai selebriti contoh 2024 dan the real influencer.

Alif Satar Pernah Jadi Ikoni PLKN

Ketika berusia 18 tahun, Alif menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) malah pernah menjadi Ikon PLKN. Menurutnya, PLKN mampu untuk memperkasakan diri dan menjadi tempat untuk mengumpul kenalan dari seluruh negara.

Bagi individu yang baru selesai SPM dan hendak mengenal dunia, program sebegini bagus untuk memberi pendedahan kepada mereka. Malah, beliau sendiri ada bertemu dengan rakan baru semasa di PLKN dan masih menjadi kawan sehingga ke hari ini. 

Alif memberi galakan kepada orang ramai agar bersedia saja untuk menyertai PLKN memandangkan besar manfaatnya kepada diri individu terbabit.

Read more

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!