lee-chong-wei

Red Carpet Wedding Datuk Lee Chong Wei

Red carpet wedding Datuk Lee Chong Wei | Selasa malam Rabu, esok dah Rabu? Aduhai, penangan deadline semakin hampir. Khamis adalah hari deadline di meja Mingguan Wanita.

Selalunya hari itu, saya tak kan set temujanji melainkan terpaksa atau yakin kerja dah boleh saip awal-awal.

Cerita deadline di meja wartawan memang takkan pernah habis.

Sama juga dengan tekanan emosi yang menggila bila individu yang hendak ditemuramah tiba-tiba tak dapat ditemui; sama ada sakit secara tiba-tiba atau ditimpa hal yang mereka tak boleh nak elakkan.

Pernah juga saya sendiri yang batalkan temujanji; andai ada meeting tergempar, artikel masih banyak belum ditaip dalam masa yang sama editor dah menjeling tajam atau sendiri yang jatuh sakit.

Semua hal itu berkemungkinan.

Bagaimana kita berhadapan dengan stress itu adalah skill kesabaran dan ketabahan yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Waktu mula-mula jadi wartawan, memanglah amat nazak sekali tahap kestressannya. Terutama jika ia melibatkan artikel ‘cover’ (deal dengan artis dsb), VIP waima dekorasi rumah.

Bukan senang hendak cari pengganti di saat akhir.

Syukur alhamdulillah, sepanjang berkhidmat di meja Mingguan Wanita belum pernah colum itu diisi dengan muka sendiri.. hehe (ini istilah kami kalau ‘bahan’ last minute cancel).

Perlu kreatif dan inovatif serta cekap bertindak untuk mengatasi setiap permasalahan yang berlaku.

Dugaan Di Majlis Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei

Teringat kisah waktu nak menempatkan diri dalam majlis perkahwinan Datuk Lee Chong Wei tidak lama dulu.

Bukan mudah ya, daripada kosong (tiada jemputan pun), sampailah akhirnya penganjur terpaksa mengalah menjemput kami dari meja Mingguan Wanita.

Bantuan ketua wartawan, Kak Maswa membuatkan kerja-kerja menjadi mudah.

Majlis atlet negara yang satu ini bukan dibuat sekali dua.

Bermacam-macam majlisnya. Mula-mula tayang baju kahwinlah, perkenalkan designerlah. Kalau dikira dekat enam majlis yang wedding planner ni jemput reporter sebelum acara majlis perkahwinan besar-besarannya berlangsung.

Waktu kami hadiri salah satu press conferencenya itu, sempatlah kami berbual dengan wartawan akhbar Cina.

Sebenarnya macam-macam cerita keluar dalam akhbar diaorang cuma kita tak faham nak baca je. Sebab tu perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dengan Datin Wong Mew Choo ni tak jadi isu sangat dalam akhbar Melayu.

Tapi dalam banyak-banyak perkahwinan artis yang pernah saya hadiri. Majlis Datuk Lee Chong Wei ini yang paling mencabar.

Mungkin sebab personalitinya itu sendiri seorang atlet sukan.

Baca : Aziz Sattar tak sunyi disapa orang sekeliling

lee-chong-wei

Kek Jatuh Berderai Dalam Asakan Jurugambar

Dia punya cabaran nak dapatkan gambar pun dah macam gaya nak bersukan je. Punyalah payah. Berasak-asak sampai ada kejadian kek pecah berderai sebab dilanggar oleh jurugambar yang berebut-rebut tu.

Tak boleh nak salahkan jurugambar juga.

Mereka menjalankan tanggungjawab kerja sebenarnya. Kalaulah pihak penganjur wedding Datuk Lee Chong Wei berlembut sedikit dan beri ruang kepada jurugambar untuk ambil gambar rasanya kejadian ‘scary movie’ tu takkan berlaku.

Dan paling sedih, kami tak dapat pun masuk ke dalam dewan. Beramai-ramailah jurugambar dan wartawan cuma cover red carpet sahaja.

Dalam pada melayan kesedihan tu, paling saya tak menahan melihat aksi jurugambar kami, Halim Salleh (sekarang selamat dah jadi stringer kat NST) gigih mengejar isteri Datuk, Datin Wong Mew Choo yang berlari-lari pecut sebaik saja keluar dari toilet.

Hehehe.. (Halim, kak net senyum sendiri bila kenang aksi kamu yang terloncat-loncat itew).

Sungguh, itu kenangan yang cukup manis.

Walaupun dari awal cabarannya begitu hebat sekali, namun di akhirnya ianya begitu menyeronokkan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Ramai jugalah jurugambar MW yang buat coverage, antaranya Epol (gambar Epollah yang diguna untuk cover) dan Ayie. 

Baca : Kalau sudah jodoh, Nurfarahin Jamsari ku temui jua

Disclaimer : Ini catatan bertarikh 28 Jun 2013

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Leave a Reply

error: Content is protected !!