syed-ali

Bertemu Syed Ali Di Studio Karangkraf

Bertemu Syed Ali Di Studio Karangkraf | Selepas melalui fasa kesibukan yang teramat pada sebelah pagi, saya menerima pula kedatangan para pelakon teater KOMSAS Gelanggang Tok Wali iaitu Syed Ali, Jack Hafiz (Hero Remaja) dan Aliff AF8.

Menurut abang Joe, cikgu yang gigih memartabatkan pelajaran KOMSAS ke pentas teater ini, teater ini adalah kesinambungan daripada kejayaan teater seumpamanya yang pernah dipentaskan di Istana Budaya beberapa tahun lalu.

Kali ini, mereka akan dibawa ke Terengganu pada bulan Februari ini demi mempersembahkan seni budaya dan warisan Melayu ini kepada khalayak di sana.

Akan ada pencak silat, nyanyian yang bukan sekadar memberi hiburan tetapi diselitkan unsur pendidikan kepada khalayak penonton.

Sebenarnya ini kali kedua saya bertemu pelakon Syed Ali. Sebelum ini saya pernah bertemunya di pelancaran kapal Dredger Inai Kenanga di Pelabuhan Klang.

Waktu itu pelancaran besar-besaran sempena kapal pengorek pasir terbesar di Asia dan ketiga di dunia. Saya sendiri tertanya-tanya, mengapa sampai begitu ramai artis datang ke majlis pelancaran kapal korek?

Sekali Lagi Bertemu Syed Ali Di Studio

Bila melihat latar anak syarikat kapal itu, tahulah saya bahawa pemiliknya adalah Mohd Atlas yang juga penulis lirik lagu kumpulan Sofarz yang pernah diburu satu ketika dulu oleh krew Melodi.

Beliau memiliki beberapa anak syarikat yang terlibat dalam industri hiburan tanahair. Sudah tentu-tentulah ada ramai artis memberi sokongan di situ. Ya tak?

Hari ini saya bertemu lagi Syed Ali. Suasana pertemuan kali ini lebih santai dan relaks. Tak adalah kami bergambar di tengah panas seperti sebelumnya.

Selesai tugasan, saya ambil peluang merakam gambar kenangan dengannya. Ambil kesempatan bila dapat bertemu Syed Ali di studio Karangkraf.

Jarang sebenarnya saya mahu bergambar dengan artis. Tapi artis yang satu ini, lakonannya pernah memberi satu kesan yang mendalam buat saya.

Tapi bila saya berkira-kira sendiri, ia bukan sekadar lakonan.

Sebenarnya aktor yang satu ini (pada saya ya…) dia miliki wajah kasihan. Dan setiap kali memandangnya saya jadi kasihan.

Barangkali wajahnya mengingatkan saya dengan adik kedua saya, Hasnol. Bukan saya kata, adik saya itu rupa pelakon. Nampak sangat kepoyoan saya.

Cuma… itulah, saya jadi kasihan bila memandangnya dan barangkali kalau ada cerita-cerita watak kasihan berikan saja padanya. Pasti dia tak perlu berlakon lebih-lebih kerana pada wajahnya Allah sudah berikan seribu macam cerita duka.

bertemu-syed-ali

Watak Sebagai Polis

Sampai hari ini juga saya masih ingat wataknya sebagai penagih dadah yang mahu insaf tetapi akhirnya kembali menagih disebabkan masyarakat setempat yang tidak mahu menyokong usahanya itu.

Dalam cerita itu, Mawi pun berlakon sama. Wataknya sebagai polis, walaupun sekeras manapun Mawi cuba bertegas karektor humor tetap ada dalam lakonannya.

Sebenarnya, jalan cerita itu cukup dekat dengan saya. Sepanjang bergelar wartawan, sudah beberapa kali saya berpeluang menemuramah bekas penagih dadah. Ada yang sudah insaf sepenuhnya, ada juga yang masih berusaha mahu membuang jauh keinginan terhadap janis dadah.

Ya, bukan mudah untuk seorang penagih melupakan jarum suntikan!

Baca : Kalau sudah jodoh, Nurfarahin Jamsari kutemui jua

Disebabkan Mahu Cepat Kaya

Jiwa mereka begitu sensitif.
Tidak boleh mendengar orang bercakap belakang tentangnya, walaupun ia sekadar satu jelingan.

Respond sebegitu membuatkan mereka patah hati dan mudah kembali ke jalan yang salah. Mereka amat memerlukan sokongan dan harapan positif yang tidak berbelah bagi daripada masyarakat setempat.

Salah seorang penagih tegar yang telah insaf memaklumkan mereka terpaksa bergantung kepada kumpulan sokongan agar kekal dalam aura positif.

Kumpulan sokongan ini juga terdiri daripada penagih yang telah insaf. Andai diselami lagi hati mereka dalam-dalam pasti anda akan tahu apa sebenarnya yang terbuku di lubuk hati mereka.

Keinginan mahu cepat kaya dan tidak sabar berdepan dengan konsep menjemput rezeki membuatkan mereka sanggup melakukan apa saja.

Termasuklah menjual tiub dadah yang pada fikiran mereka mendatangkan pendapatan lumayan.

Ya, lumayan itu memang lumayan, tapi di akhirat kelak siapa yang mahu menjawab ketika ditanya di hadapan Allah.

Sebab itulah, hindari diri dari najis dadah!

Disclaimer : Catatan ini bertarikh 9 Januari 2014

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

2 Comments

  1. Linda January 17, 2014
  2. Netty Ah Hiyer January 20, 2014

Leave a Reply

error: Content is protected !!