Terkini, pusat membeli belah terkemuka negara, AEON Mall Malaysia membawakan satu acara Seloka RAYA Parade AEON Mall bersama Tom and Jerry di 28 lokasi AEON Mall terpilih.
Bertempat di AEON Mall itu sendiri, pusat membeli belah itu dihias dengan dekorasi yang membawa pengunjungnya mengimbas momen zaman keriangan kanak-kanak penuh nostalgia kartun Tom and Jerry terbitan Metro-Goldwyn Mayer Studio.
Tentunya tema julung-julung kali ini lebih istimewa dengan dekorasi interaktif bertemakan Tom and Jerry versi Tempatan. Memandangkan ketika ini bulan Ramadhan. Umat Islam di Malaysia sedang berpuasa dan bakal meraikan sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, tema yang dibawakan ini disesuaikan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang.
Ini Senarai 12 Lokasi Meet & Greet Seloka Raya AEON MALL 2025 Bersama Tom and Jerry
Turut diadakan juga sesi Meet & Greet bersama Tom and Jerry. Jadi, pelanggan yang hadir pada hari tersebut berpeluang untuk bertemu dan bergambar dengan duo legenda ini di lokasi AEON Mall terpilih.
Berikut adalah senarai lokasi dan masa untuk sesi Meet & Greet Seloka RAYA AEON MALL bersama Tom and Jerry.
Tarikh : 8 Mac 2025 (Sabtu)
- AEON Kulai Jaya – 2pm
- AEON Bukit Indah – 5pm
- AEON Tebrau City – 8pm
Tarikh : 9 Mac 2025 (Ahad)
- AEON Bandaraya Melaka – 2pm
- AEON Seremban – 8pm
Tarikh : 15 Mac 2025 (Sabtu)
- AEON Ipoh Station 18 – 1pm
- AEON Taiping – 5pm
Tarikh : 16 Mac 2025
- AEON Bukit Mertajam – 12pm & 5pm
Tarikh : 22 Mac 2025 (Sabtu)
- AEON AU2 Setiawangsa – 3pm
- AEON Cheras Selatan – 8pm
Tarikh : 23 Mac 2025 (Ahad)
- AEON Shah Alam – 2pm
- aeon mall bukit tinggi – 5pm

Ini Senarai 28 Lokasi Seloka Raya Parade AEON MALL Bersama Tom and Jerry
Bagi membolehkan anda menyaksikan dekorasi raya di pusat membeli belah AEON dengan bertemakan Tom and Jerry versi tempatan. Sebelum berkunjung anda boleh membuat semakan tarikh dan lokasi di sini terlebih dahulu.
Lokasi AEON Mall Terpilih & Masa
Tarikh : 8 Mac 2025 (Sabtu)
- AEON Mall Taiping – 12pm
- AEON Mall Bukit Mertajam – 4pm
- AEON Mall Ipoh Klebang – 8pm
Tarikh : 9 Mac 2025 (Ahad)
- AEON Mall Seri Manjung – 2pm
- AEON Mall Ipoh Station 18 – 5pm
- AEON Mall Kinta City – 8.30pm
Tarikh : 15 Mac 2025 (Sabtu)
- AEON Mall Bandar Dato Onn – 2pm
- AEON Mall Kuliajaya – 2pm
- AEON Mall Taman University – 2pm
- AEON Mall Permas Jaya – 5pm
- AEON Mall Bukit Indah – 5pm
- AEON Mall Tebrau City – 8pm
Tarikh : 16 Mac 2025 (Ahad)
- AEON Mall Bandaraya Melaka – 2pm
- AEON Mall Melaka Ayer Keroh
- AEON Mall Seremban 2 – 5pm
- AEON Mall Nilai – 5pm
- AEON Mall Bukit Raja – 8pm
Tarikh : 22 Mac 2025 (Sabtu)
- AEON Mall Shah Alam – 2pm
- AEON Mall Alpha Angle – 5pm
- AOEN Mall Bukit Tinggi – 5pm
- AEON Mall Metro Prima – 8pm
Tarikh : 23 Mac 2025 (Ahad)
- AEON Mall AU2 Setiawangsa – 2pm
- AEON Mall Taman Maluri – 2pm
- AEON Mall Rawang – 5pm
- AEON Mall Taman Equine – 5pm
- AEON Mall Cheras Selatan – 8pm
Seloka RAYA eksklusif ini akan membawa anda kembali ke memori indah zaman kanak-kanak dengan dekorasi interaktif bertemakan Tom and Jerry versi tempatan. Pengunjung boleh menikmati suasana yang dihias indah sambil mencipta detik-detik istimewa bersama duo kartun kegemaran mereka.

Seloka RAYA Parade 2025 Pertama di Malaysia
Buat pertama kalinya di Malaysia, pusat membeli belah AEON MALL membawakan Perarakan Seloka RAYA yang menampilkan maskot kesayangan ramai iaitu Mochi & Orange. Yang mana, keduanya mengenakan tradisional perayaan seperti songkok dan sampin.
Saksikan kemeriahan perarakan ini di 28 lokasi AEON MALL, menceriakan suasana perayaan anda.
Tentunya menarik untuk disaksikan bersama famili. Bawalah anak-anak dan isteri berjalan-jalan di pusat membeli belah AEON Mall. Sambil melihat Seloka Raya Parade bolehlah membeli belah di pasaraya ini.
Sebab ada juga hadiah menarik menanti pengunjung yang bershopping di sini.
Cara Tebus Hadiah Eksklusif Edisi Terhad Tom and Jerry, Sampul Duit Raya & Tracey Micro Bag
Untuk menjadikan perayaan ini lebih bermakna, AEON MALL menawarkan penebusan eksklusif edisi terhad:
AEON MALL x TRACEY Micro Bag – Diperbuat daripada bahan lestari, beg mikro eksklusif ini boleh ditebus dengan perbelanjaan RM1000 (Bukan Ahli) / RM800 (Ahli AEON) dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama.
Mug Edisi Khas Tom and Jerry & sampul duit raya – Tebus koleksi eksklusif ini dengan perbelanjaan berikut:
- Mug: belian sejumlah RM680 (Bukan Ahli) / RM580 (Ahli AEON) dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama.
- Sampul Duit Raya: belian sejumlah RM280 (Bukan Ahli) / RM180 (Ahli AEON) dalam dua resit gabungan pada hari yang sama.
Anda yang mahu mendapatkan maklumat lanjut berkaitan acara bolehlah dapatkan detailnya di : https://aeonretail.com.my/