Setahun sekali boleh raikan anniversary dengan pasangan dekat hotel romantis di Kuala Lumpur ini. Nak berbulan madu pun best.
Baik yang baru mendirikan rumah tangga atau pengantin lama pun boleh bawa pasangan, berdua-duaan layan anniversary retreat atau honeymoon di hotel. Untung-untung makin bertambah erat kasih sayang.
Sambil tu, boleh jalan-jalan di sekitar bandar Kuala Lumpur. Makan-makan tempat menarik di KL, shopping dekat KLCC, Pavilio ke. Rasa macam jadi pelancong di negara sendirilah kejap.
Senarai 5 Hotel Romantis Di Kuala Lumpur
Sebagaimana yang dikongsikan expedia, menyenaraikan antara hotel romantis di Kuala Lumpur adalah Mandarin Oriental Kuala Lumpur, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Hilton Kuala Lumpur, Sunway Resort dan Royale Chulan Kuala Lumpur.
Kesemua hotel menarik untuk honeymoon ini merupakan hotel 5 bintang.
Daripada senarai hotel saya kongsikan ini, ada yang pernah saya jejaki atas urusan kerja semasa masih menjadi wartawan Mingguan Wanita dahulu.
Memang cantik pun misalnya Royale Chulan KL tu ada elemen seni pertukangan kayu dalam hiasan dalaman hotelnya. Jom tengok apa lagi yang menarik tentang 5 hotel romantis di Kuala Lumpur ini.
Mandarin Oriental Kuala Lumpur
Di Hotel Mandarin Oriental ini ada suite dan apartment yang menawarkan pemandangan menghadap bandaraya Kuala Lumpur dan Taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
Istimewanya di hotel romantis ini turut menyediakan perawatan spa dan sauna yang menenangkan. Menerusi Oriental Qi urutan badan dengan patian minyak istimewa mengembalikan tenaga dan kesegaran tubuh anda.
Pakej penginapan extra 1 malam turut disediakan buat pelanggannya yang menempah penginapa untuk tiga malam. Haa.. bukankah menarik itu.
Mandarin Oriental Kuala Lumpur ini juga terkenal dengan hidangan makanannya yang sedap. Sebelumnya Chef Wan pernah bekerja di hotel ini sebelum buka restoran De.Wan 1958 by Chef Wan.
DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
Hotel ini mendapat pengiktirafan perkhimatan hospitaliti mesra muslim dari Pusat Pelancongan Islam Malaysia (ITC). Lokasi hotelnya bersambung dengan pusat membeli belah The Intermark.
Jika mahu ke stesyen LRT Ampang cuma perlu berjalan 5 minit di bawah laluan berbumbung. Dan cuma 10 minit dari lokasi pusat bandar. Berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Taman KLCC.
Haa.. boleh bawa pasangan shopping kan sambil berbulan madu itu.
Hotel ini juga menyediakan kolam air masin untuk para tetamu yang menginap di hotelnya. Boleh mandi kolam dah tu.
Hotel Romantis Di Hilton Kuala Lumpur
Di hotel Hilton Kuala Lumpur ini juga menawarkan bilik King Deluxe dengan pemandangan tasik yang cantik. Tingkapnya pun besar. Puaslah nak layan pemandangan tasik tu.
Dilengkapi dengan kemudahan TV skrin 50 inci, peralatan mandan Crabtree & Evelyn. Katil bersaiz king dengan linen hotel yang mewah. Memang mewah betul siapa dapat dok sini. Sesekali belanja pasangan apa salahnya kan.
Hotel ini juga menyediakan anniversary retreat yang menjanjikan kepuasan kepada para pelanggannya.
Dari hotel ini pun senang kalau nak ke KLIA. Dalam 28 minit saja naik ERL dari KL Sentral.
Sunway Resort Hotel
Sunway Resort Hotel merupakan 5 star hotel yang juga menyediakan family gateaway. Dan juga tawaran penginapan hotel romantis kepada pasangan yang mahu berbulan mahu atau sambuat anniversary perkahwinan.
Dekat sangat nak ke shopping Mall Sunway Pyramid. Boleh jalan kaki saja. Begitu juga kalau nak bermandi manda dengan pasangan di Sunway Lagoon.
Akses ke lokasi taman tema Sunway Lagoon ini pun mudah untuk dilalui.
Hotel ini juga menyajikan masakan tertaraf dunia di Gordon Ramsay bar & Grill. Restoran pertama di Malaysia yang menghidangkan menu dari Chef Tujuh Bintang Michelin, Gordon Ramsay.
Royale Chulan Kuala Lumpur
Menawarkan penginapan mewah bertaraf 5 bintang kepada para pelanggannya. Lokasinya yang terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur terkenal dengan layanan mesra pelanggan yang terbaik.
Jangan lupa untuk belanja pasangan menikmati Royale Signature Dishes di hotel ini; iaitu The Monsoon Tail and Roti Bantal, Nasi Royale Selimut Daging Itam Kai dan Slipper On Burnt Noodle.
Hotel ini juga menawarkan pakej bilik honeymoon deco untuk pasangan dan boleh memanjakan diri di Telaga Bunga Spa.
Ini pun antara hotel terbaik untuk honeymoon. Haa.. dah tahukan nak pilih hotel staycation mana satu. Jadi, bolehlah plan bercuti-cuti dekat hotel romantis di Kuala Lumpur ini dengan pasangan ya.
Baca juga :
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis