Aku masih tertunggu-tunggu. Jadi datang atau tidak? Dah berbelas kali aku dail no yang tertera pada skrin telefon bimbit aku semalam, tapi tak berangkat-angkat! Hm..aku call 103 menggunakan telefon bimbit aku untuk mencari jawapan di manakah ‘orang itu’..orang yang berjanji mahu meng’sms’ no telefon bimbitnya agar aku mudah untuk meng’confirm’kan semula perjanjian semalam. Orang yang berjanji mahu ke rumahku jam 4 petang ini. Oh..aku tersalah dail rupanya. 103 adalah talian untuk mencari nombor-nombor telefon yang diinginkan. Bukannya membuat aduan ya.
Bila aku dapat nombor ini: 1 300 888 123. Tanpa lengah aku hubungi telefonis yang bertugas. Setelah mendapat nama dan nombor telefon genggam ‘orang itu’ segera aku menghubunginya. Mungkinkah dia terlupa atau sengaja melupakan aku? Dari perbualan itu..rasanya dia seakan mahu melupakan aku. Katanya dia masih menunggu ‘jumper’ di rumah aku dihidupkan. Apa tu?..aku tak faham.
Setengah jam kemudian, orang itu sampai di rumah. Tapi aku guna laptop Macbook dan dia tak tahu macam mana nak godek laptop Cap Pekasam (label yang kawan2 MW bagi kat laptop aku nih) aku. En Yem agak nakal hari ni. Dia pesan jangan cakap apa2. Saja nak biarkan ‘orang itu’ kerja lebih sikit. Kerja-kerja pemasangan streamyx di rumah aku akhirnya selesai.
Ketika ‘orang itu’ menghirup minuman yang aku sediakan, sekali lagi dia menerangkan.
“Dekat sini susah sikit kalau nak suruh diaorang hidupkan jumper. Kalau di bandar Klang lain, itu kawasan bandar memang cepat diaorang hidupkan jumper. Dah banyak kali saya terkena. Datang dua tiga kali (ke area rumah aku) dan jumper masih belum di on. Nasib baik hari ini ada orang bekerja boleh minta diaorang hidupkan,”
Hm… adakah aku tinggal jauh di pedalaman sampai begitu lembab ‘penghidup2 jumper’ itu mahu bekerja? Jauhkah Pekan Meru dari Bandar Klang? Adakah kerana aku ‘terpaksa’ menggunakan status Wartawan membuatkan ‘jumper’ dapat di onkan tidak sampai setengah jam?. (Walaupun awalnya kelihatan begitu bermasalah).
Perlukah ada double standar di sini. Maksudnya kalau di kawasan pekan pun ‘orang itu’ mengalami keadaan begini..macam mana pula kalau dia perlu memasang modem di kawasan kampung? Kampung Budiman misalnya…itu kampung asal aku..perlukah ia mengambil masa lebih dari seminggu..tepuk dada tanyalah hati.
Tapi sebelum ‘orang itu’ melangkah pergi aku bekalkan sekali majalah Mingguan Wanita kepadanya. Hidup perlu berbudi bahasa. Walau sekasar mana seseorang, tidak perlu dibalas dengan kekasaran. Kerana setiap makhluk adalah ciptaan Yang Esa. Membenci seseorang bukankah bermakna kita seakan tidak menyukai ciptaan Allah yang penuh keunikan itu.