Rupanya boleh design sampul duit raya sendiri dengan mudah. Cuma gunakan template percuma Canva. Boleh berkreatif sendiri.
Macam-macam idea anda boleh buat dengan sampul raya design sendiri ini. Letak gambar sendiri pun boleh. Dah siap cetak, lipat dan gam sampai jadi bentuk sampul raya tu. Masuklah duit raya dalam tu.
Jom! Tengok betapa mudah sebenarnya nak buat template sampul duit raya canva ini.
Cara Buat Design Sampul Duit Raya Guna Canva
Mudah saja untuk fahamkan cara buat sampul raya guna Canva ini. Perkara pertama tentulah kena ada akaun Canva dulu.
- Masuk sini : https://www.canva.com untuk mendaftar.
- Pada Home, anda boleh search ‘Sampul Raya’
- Akan keluar bermacam contoh Sampul Raya Templates pada Canva. Pilihlah contoh design sampul duit raya mana yang berkenan di hati.
- Jika di design template raya 2023 itu ada logo ‘mahkota’ atau paid RM, bermakna design tersebut adalah berbayar. Cari yang tiada tanda dinyatakan itu.
Pilih Template Sampul Raya Canva
- Klik pada design pilihan. Dan tekan customize this template (button klik warna ungu).
- Anda boleh langsung save atau anda boleh menambah design atau gambar ikut kreativiti masing-masing. Ikutlah, nak letak gambar kartun pun boleh.
- Jika sudah berpuas hati, klik button share, download, tukar file type daripada PNG kepada JPG.
- Tekan download.
- Buat pula layout design untuk bahagian sampul duit raya anda itu. Bila dah selesai jangan lupa download.
Ada macam-macam design sampul raya 2023 yang boleh anda pilih.
Baca juga : Terbukti kasut raya perempuan 2023 Larrie, terpaling selesa
DIY Sampul Duit Raya Gambar Sendiri Paling Simple
Sekarang anda dah ada design sampul duit raya sendiri bahagian depan dan belakang. Kenalah buat layout sampul raya nya pula. Mudah nanti untuk anda menggunting, melipat dan melekatkan dengan gam.
- Pergi ke home Canva.
- Pilih Instagram Post (Square)
- Masukkan kedua-dua bahagian design sampul raya depan dan belakang. Tinggalkan sedikit di bahagian tepi untuk anda jadikan ruang untuk melekatkannya.
- Gunakan Elements – Lines & Shapes untuk anda membuat garisan sebagai penanda. Mudah nanti nak lekat dan gunting.
- Boleh guna icon tambah untuk duplicate garisan.
- Rujuk contoh di atas untuk memudahkan memahaman anda.
- Dah siap bolehlah download. Dan cetak sampul duit raya template custom made anda itu.
Baca juga : Indahnya gelinciran planet Zuhrah dengan bulan, malam 2 Ramadhan
Saiz Sampul Raya Cetak Sendiri
Untuk mendapatkan saiz sampul raya yang betul, ini amat penting sekali. Lagi-lagi bila anda nak cetak di kedai printing. Bayangkan dah buat penat-penat, sekali saiz salah.
Dah nak kena ubah layout sampul duit raya tu semula. Naya pak Karim!
Sebab apa tau saya kata gini. Sebab sebelum saya buat posting ini, saya pun test print di rumah. Dan hasilnya, besar gabak.
Kalau memang nak show off bolehlah kan. Hahaha.. tapi apalah nak ditunjukkan tu.
Untuk guideline saiz sampul raya yang sesuai bila guna canva ini, saya jumpa solusinya begini.
Ikut contoh design saya pilih ini, saiz sampul raya yang dicadangkan Canva adalah
- Lebar : 476 bersamaan 9cm
- Tinggi : 848 bersamaan 16cm
Apabila dicetak, saiznya besar. Jadi, anda boleh mengurangkan saiz lebar dan tinggi design sampul raya Canva anda itu ikut kesesuaian pilihan anda sendiri.
Kalau ada printer berwarna di rumah, jimatlah dapat cetak sendiri. Kalau tiada tu, kenalah print sampul raya di kedai. Kualiti kertas sampul raya tentunya lebih baik lagi.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Thanks for sharing… cuma sy x ada printer kaler… kalau ada pasti comel sampul raya yg sy reka ni..