baca-al-mathurat

Baca Al-Mathurat Sughra Pagi Hati Jadi Tenang

Baca Al-Mathurat Sughra pagi hati jadi tenang | Suatu hari, Sekitar awal Januari tahun 2011, editor kak Nuri minta saya cover satu event tentang perhimpunan al-Mathurat.

Dalam hati saya,’ Alamak! majlis agama, ada solat dhuha pulak, camane ni?’ Pergi pula dengan wartawan I luv Islam…hm, lagilah rasa kerdil.

Macam mana pun pergi sajalah. Dah namanya kerja. Kena lunaskan juga. Sepanjang majlis berlangsung, tak ada pun perkara seram seperti dalam banyangan berlaku.

Tugasan Ke Majlis Ilmu

Pertemuan dengan Ustazah Nor, penganjur program itu menerbitkan satu perasaan yang cukup halus dalam diri saya.

Tak tahu apa, cuma saya rasa sangat sayu. Setiap yang datang ke majlis itu dihadiahkan dengan buku doa Al-Mathurat. (Buku yang mengandungi doa-doa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. yang dihimpunkan oleh Imam Hassan Al-Banna)

Saya pun dapat juga sebuah dan sebuah lagi Ustazah Nor pesan beri pada kak Nuri.

Itulah pertama kali saya tahu tentang Al-Mathurat.

Saya masih ingat Ustazah Nor pernah kongsikan kisah membaca doa-doa Al-Mathurat ini untuk kenalannya yang koma. Dan alhamdulillah, kenalannya sembuh daripada koma.

Bila balik saya serahkan buku warna kuning itu dekat kak Nuri. Kak Nuri kata dia tahu tentang doa Al-Mathurat.

Tapi saya tahu tentangnya selepas memasuki usia 32 tahun.

Doa Dari Editor Mingguan Wanita

Macam biasa, kak Nuri memang suka bercerita tentang pengalaman dirinya. Sebelum saya balik ke meja kerja, kak Nuri sempat berkongsi ilmu.

Katanya, akak tak naklah nampak riak atau apa. Tapi sejak dari dulu amalan ini menjadi pegangan setiap kali lepas solat.

Amalan beristighfar, membaca subhanallah, alhamdulillah, allahuakhbar dan Ya Aziz sebanyak 33 kali menjadi pegangan sampai saat ini.

Alhamdulillah, walau ujian berat macam mana sekalipun, Allah permudahkan ia.

Saya kira, inilah ilmu paling bermakna yang kak Nuri kongsi dengan saya selain kisah ‘aku sebatang pen’.

Baca : Doa lindungi dari wabak, mak pesan hafalkan

baca-al-mathurat
Kredit foto : Berita PAS

Baca Al-Mathurat Sughra Pagi

Dan perlahan-lahan saya membaca al-Mathurat dalam masa yang sama amalan kak Nuri turut menjadi ikutan (cuma taklah sampai ke tahap 33 kali, lebih-lebih lagi bila terkejar-kejar dengan deadline… Moga Allah menerimanya…astagfirullah…amin…).

Setiap kali nak ke tempat kerja, saya yang di sebelah en Yem akan baca Al-Mathurat sughra. En Yem yang memandu, dengar sajalah.

Dapatlah habis satu buku itu, dan sampailah ke tempat kerja. Alhamdulillah, walau bermacam tekanan, kami dapat laluinya bersama dengan tenang.

Sebab dalam doa penutup Al-Mathurat itu iaitu doa rabitah ada makna yang cukup indah untuk menyatukan hati kami suami isteri. Jadi, kalau tegang-tegang urat sekali pun, insyaAllah jadi lembut kembali.

Al-Mathurat ini ada sughra dan kubra. Sughra ini dah diringkaskan. Sesuailah untuk mereka yang tak punya waktu. Kalau ada waktu baca al-mathurat yang kubra.

Dan satu lagi, doa-doanya boleh dibaca pagi dan petang. Baca al-mathurat ini juga berbeza ikut waktu-waktunya.

Walaupun saya masih haru-biru, semoga usaha saya untuk mengubah diri dan mencipta tabiat positif dalam diri ini dapat dicapai kelak.

Masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Namun, apa yang saya perasan, saya lebih tenang dan menikmati, memikir, melihat malah menaakul setiap kejadian atau perkara yang berlaku dalam hidup setiap hari (dengan izinNya)…wallahualam (Allah jua yang Maha Mengetahui setiap sesuatu kejadian)

Manfaat Doa Rabitah Untuk Hubungan Suami Isteri

Antara kelebihan doa rabitah setiap baca al-mathurat ini adalah untuk menyatukan hati umat Islam. Bagi saya sendiri, apabila mengamalkan doa ini niatnya agar hubungan kami suami isteri dapat disatukan.

Tidak bertelingkah melampau-lampau. Lagi-lagi konflik suami isteri itu kan tentu akan terjadi seharian.

InsyaAllah, kalau marah ke bermasam muka sekalipun. Tempohnya tidaklah panjang mana. Berbaik semula lah tu nanti.

Perkongsian ini;
 

  • Tujuannya: untuk dikongsi bersama semoga ia menjadi manfaat yang besar kepada semua.
  • Walau apapun: saya mohon perlindungan dari Allah semoga tidak timbul soal ‘meninggi diri’ dalam penulisan ini. Astagfirullah…

Disclaimer : Catatan ini bertarikh 29 May 2011

Saya cari online dan jumpa doa-doa Al-Mathurat Sughra Kubra ini. Bolehlah anda baca DI SINI.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Tags:

One Response

  1. cek chun June 17, 2011

Leave a Reply

error: Content is protected !!