pekan-kuah-langkawi

Naik Bot Mewah Di Pekan Kuah Langkawi

Pertengahan Februari 2011, aku ditemani Zaiton (rakan wartawan) dan jurugambar, Asmawal berkesempatan menjejak Pekan Kuah, Langkawi.

Sayangnya masa cukup cemburukan kami.

Waktu yang ada amat terhad untuk memungkinkan kami mengenali lebih ‘mesra’ Pulau Langkawi yang cukup terkenal di serata dunia. Terutama dengan kisah lagenda sumpahan Mahsuri itu.

Segalanya tersedia atas tiket tajaan.

Bermula dari pengangkutan feri ke pulau itu sampailah lokasi penginapan kami untuk malam harinya.

Satu-satunya pengusaha feri bumiputera, di Pulau Langkawi, Ku Azhar Ku Abdul Razak sudi menjemput kami dan membawa kami berjalan merata-rata pulau; dari Pekan Kuah sampailah ke Chenang.

Sebelum ini aku pernah menemuramahnya untuk ruangan personaliti lelaki sekitar tahun 2007. Ku merupakan salah seorang penaja peraduan Kumpul dan Menang MW untuk tahun 2010.

Antara hadiah istimewanya adalah tiket pengangkutan dengan My Ferry dan penginapan eksklusif di My Hotel yang diperoleh dengan hanya mengumpulkan keratan cover Mingguan Wanita dari tarikh yang ditetapkan oleh pihak editorial.

Mudah bukan? Yang penting, hadiah bercuti itu percuma sahaja.

Destinasi Percutian Di Pekan Kuah Langkawi

Kata isteri Ku Azhar, Tun Sarimah tak sah kalau tak bawa penulis MW untuk merasai sendiri pengalaman menginap di hotelnya dan menikmati perjalanan ke Pekan Kuah dengan perkhidmatan ferinya itu.

Pelawaannya itu, kami sambut dengan lapang dada.

(Sebab itulah awal tadi aku katakan yang lokasi penginapan dan pengangkutan kami free..hehehe).

Waktu dalam feri kami di bawa ke bahagian kokpit. Seronok, sebab itulah pertama kali aku dapat sampai ke bahagian itu.

Sempatlah merakam sekeping dua gambar di ruangan itu.
(Bergambar saja kerjanya).

Kemudian, kami dibawa ke My Hotel
(milik Ku Azhar dan dikendalikan oleh isterinya, Tun Sarimah).

Jurugambar aku hari itu, Asmawal Arshad. Namanya hampir sama dengan salah seorang penulis MW, Almaswa Haji Che Ros. Baju ungu tu, Zaiton.

Naik Bot Mewah Milik Ku Azhar Di Langkawi

Selesai kerja-kerja menemuramah, langsung kami di bawa menaiki bot mengelilingi sebahagian pulau.

Kata Ku, harga botnya yang comel itu sahaja sudah mencecah jutaan ringgit.

Wah!
Aku terpana.

Kira-kira jam 6 petang, kami dibawa ke Pulau Bagan Nyior.
Di situlah aku bertemu dengan Pak Jaafar atau lebih mesra dengan gelaran Pak Chu Pat.

Kisah Pak Chu ini aku abadikan dalam ruangan Kisah Masyarakat majalah Mingguan Wanita cover Lisdawaty dan anak-anaknya.

Pak Chu usahawan pulau yang gigih.
Menurut Kak Tun, mereka pun dah lama tak menjenguk keluarga Pak Chu kerana kesibukan kerja. Tapi bila keluarga ini datang ke situ, masyarakat kampung di situ menyambut mereka dengan ramah.

Sememangnya Ku yang aku kenali itu dia agak mesra rakyat dan selamba brutal (eh ini bukan bermakna ganas tau).

Tapi sikap prihatinnya itu membuatkan orang kampung sukakan keluarga ini.

Sempatlah kami makan roti canai kuah ketam. Mana nak jumpa kat tempat lain. Sedappp sekali…mesti aku rindu dengan keenakannya kelak.

Langkawi Mewah Dengan Makanan

Malam harinya, kami bergegas pula menemuramah seorang Datin yang aktif dengan kerja kemasyarakatan dan usaha mengajar kraftangan di Pulau Langkawi.

Baik hati dan mesra sekali orangnya.
Sekali lagi kami dijamu dengan makanan.

Hm, orang Langkawi ini memang suka menjamu tetamunya dengan makanan kot. Sepanjang kami di situ kenyang memanjang. Syukur, alhamdulillah.

nettyahhiyer.com

Sebelum balik, esoknya Ku bawa kami ke sebuah gerai menjual hasil laut. Macam2 ada, semuanya fresh dari laut.

Paling aku seronok sangat, aku dapat jumpa ikan bilis hitam yang mak aku suka.

Apa lagi, terus aku rembat sampai sekilo tak termasuk harta rampasan perang yang lainnya.

Berbaloi betul..dahlah dapat harga diskaun harga kak Tun, pastu sampai hari ini ikan bilis hitam itu masih ada lagi.. itupun dah bahagi dua dengan mak.

Itu belum cerita memborong coklat-coklatan lagi. Huhuhu…

Sebenarnya, banyak lagi cerita di Pulau Langkawi yang tak sempat kami jejaki.

Antaranya, kenalan Ku yang mengusahakan import dan eksport ikan, pengusaha ikan bilis dan macam-macam lagi kisah masyarakat yang boleh dijadikan kisah menarik untuk menjadi tatapan dan inspirasi pembaca Mingguan Wanita.

Insyaallah jika ada kesempatan Pekan Kuah itu akan aku jejaki semula. Yang pastinya tahun 2011, merupakan tahun aku jalan-jalan cari pasal opss cari makan.

Disclaimer : Ini catatan bertarikh 14 March 2011

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Leave a Reply

error: Content is protected !!