roti gardenia

Roti Gardenia : 36 Jenis, Harga Dan Cara Beli Borong Untuk Gift

Roti Gardenia ini daripada satu jenama pengeluar roti putih yang terkenal iaitu Gardenia Bakeries. Rupanya ada 36 jenis roti Gardenia yang boleh dinikmati secara harian oleh rakyat Malaysia malah Singapura. 

Antara roti yang popular tentunya roti original classic atau roti putih hirisan yang gebu. Seterusnya, roti wholemeal Gardenia, roti Gardenia coklat, roti jagung malah roti Gardenia pandan kelapa (pernah viral satu ketika dulu). Ada juga roti yang sesuai untuk pesakit kencing manis atau yang sedang berdiet. 

Harga roti Gardenia sebelumnya dalam RM2.00++ sekarang ini dah mencecah RM3.00++. Walaupun harga roti gardenia naik , namun inilah roti yang menjadi satu keperluan makanan seisi rumah. Pengguna tetap membelinya.

Mengapa Gardenia Roti Pilihan Rakyat Malaysia

Roti Gardenia ini daripada mula-mula saya makan, sampailah sekarang ini kualiti kelembutan rotinya sentiasa sama. Malah, bila dimakan ada rasa gebu dan enak. Jika dijadikan makanan olahan, pun rasa rotinya tak lari. 

Tak hairanlah, jika rotinya menjadi sarapan pagi, malah dinikmati ketika makan tengahari mahupun malam. Kiranya bagi sesetengah keluarga, ia menjadi makanan rugi mereka.

Antara ciri-ciri lain yang membuatkan roti Gardenia ini menjadi pilihan di kalangan orang Malaysia adalah:

Tekstur Roti Yang Lembut Dan Gebu

Baik roti putih mahupun jenis roti yang lain seperti jagung, coklat malah wholemeal, setiapnya mempunyai tekstur yang lembut dan gebu. Malah, dibakar setiap hari untuk dihantar di pasaraya mahupun kedai. 

Rasa Rotinya Enak Berlemak 

Walaupun bahagian tepi roti atau kerak roti, rasanya masih sedap. Boleh dimakan begitu saja. Rasanya berlemak nak-nak kalau disapu dengan butter atau marjerin. 

Rasa sedap ini membuatkan anak-anak pun gemar menikmatinya untuk sarapan pagi.

Produk Gardenia Ini Diperkata Dengan Vitamin Dan Mineral

Kandungan rotinya juga diperbuat menggunakan tepung gandung yang berprotein tinggi. Malah, tiada bahan pemutih. Bahan pemutih ini tak begitu bagus untuk tubuh badan kita. Rotinya juga diperkaya dengan vitamin A & E, serta zat besi dan ada juga sumber protein.

Baca juga : 49 cawangan eco shop near me di Selangor yang best

roti gardenia
Kredit foto : Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Harga Roti Gardenia Masih Mampu Milik

Harga untuk sebuku roti original classic adalah RM3, manakala harga untuk original classic saiz jumbo adalah RM4.30. Yang mana, ianya masih dikategorikan harga mampu milik lagi. 

Setiap Hari Diedarkan Kepada Pengguna

Produk roti keluaran Gardenia ini dipasarkan setiap hari kepada pengguna. Iaitu 7 hari seminggu roti akan dikeluarkan dari kilang roti gardenia. Menurut Gardenia sendiri, ianya bagi membolehkan pengguna menikmati produknya yang segar setiap hari.

Anda boleh merujuk kepada warna tag roti gardenia itu sendiri. Ada 7 jenis warna berbeza pada label tag untuk setiap hari isnin hingga ahad. Iaitu:

  • Warna tan – Isnin
  • Warna oren – selasa
  • Warna kuning – rabu
  • Warna biru – khamis
  • Warna hijau – jumaat
  • Warna merah – sabtu
  • Warna putih – ahad

Rotinya Boleh Dipelbagaikan Menjadi Bermacam Resepi Baru

Sebagai contoh, kepingan roti putih ini boleh diolah menjadi menu baru. Misalnya sedap jika dijadikan resepi roti telur, roti telur bersalut sardin tin, malah sedap dibuat puding roti.

Ini 36 Senarai Jenis Roti Gardenia Di Malaysia

Jangan tak tahu, rupanya ada 36 jenis roti di bawah jenama Gardenia ini. Jom semak setiap satu produk keluarannya. 

3 Roti Original Classic (Roti Putih)

Iaitu roti putih hirisan yang gebu dan lembut. Antara roti paling digemari dan banyak terdapat di rak jualan pasaraya, pasaraya borong mahupun kedai runcit. 

  • Gardenia Original Classic : roti putih hirisan dengan berat 400gram. Harganya RM3
  • Original Classic Jumbo : roti putih bersaiz pek jumbo seberat 600gram. Sesuai untuk keluarga besar. Harganya RM4.30
  • Original Classic Roti Frankfurter : Untuk mak-mak yang mahu membuat sandwich, roti sosej mahupun roti John, inilah rotinya. Beratnya 240gram pada harga RM3.

3 Roti Fluffy Buns

Roti fluffy bun ini ada 3 variasi roti berintikan coklat, kacang merah dan jagung. Dalam setiap pek ada 6 ban untuk dinikmati. Paling saya suka roti fluffy bun jagung. Sedap betul, lembut je pes jagungnya. 

Setiap pek ban seberat 280gram pada harga RM4.20

  • Fluffy bun Kacang Merah Adzuki : mengandungi inti kacang merah Adzuki Jepun. 
  • Roti coklat Gardenia Coklat Malta : berintikan adunan coklat malta yang padat dalam ban lembut. Sesuai untuk penggemar coklat. 
  • Kastard Jagung : roti jagung gardenia ini ditambah dengan butiran jagung dalam ban yang lembut. Sesuai untuk orang tua mahupun kanak-kanak yang perlu makan makanan lembut. 
roti gardenia
Kredit foto : Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

3 Roti Breakthru

Roti Gardenia Breakthru ini adalah penjenamaan semula roti gandum penuh (roti wholemeal gardenia) dan roti mil penuh dengan gandum ungu kanada. Yang mana, roti gandum Gardenia ini terdapat 8 kebaikan nutrisi dan berkhasiat. 

Sebab itulah, ini antara roti gardenia untuk kencing manis dan juga boleh menjadi roti diet untuk anda yang mahu menurunkan berat badan. 

Menurut Gardenia Bakeries sendiri, di bawah label roti Gardenia Breakthru Bran & Germa Gandum telah dikemaskini selari dengan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan makanan 1985 (Pindaan) (No. 4) 2020 tanpa perlu memaparkan nilai indeks glisemik (GI).

Jika anda mencari roti dengan indeks glisemik (GI) yang lebih rendah, anda boleh mencuba Gardenia Breakthru Whole Wheat Bread (Gardenia Breakthru Gandum Penuh) yang mempunyai nilai GI sebanyak 58, manakala Gardenia Breakthru Wholemeal Bread with Canadian Purple Wheat (Gardenia Breakthru Roti Mil Penuh Dengan Gandum Ungu Kanada) yang mempunyai nilai GI sebanyak 47.

Setiap buku rotinya mengandungi berat 400 gram dan harganya berbeza mengikut pek warna roti.

  • Gardenia Breakthru Roti Bran & Germa Gandum : merupakan roti Gardenia pertama tinggi kalsium. Peknya berwarna kuning dan harganya RM3.50
  • Gardenia Breakthru Roti Gandum Penuh : bahannya 100 peratus tepung gandum penuh berprotein tinggi. Rendah lemak dan tinggi kandungan protein, zat besi dan Vitamin A & E. Harganya RM4.
  • Gardenia Breakthru Roti Mil Penuh Dengan Gandum Ungu Kanada : roti ini padat dengan bijirin gandum, tinggi Proteion, Zat Besi dan ada Vitamin A & E. Ia juga tiada Lemak Trans dan bebas kolesterol. Yang berdiet sesuailah ambil roti jenis ini. Harganya RM4.60.

2 Roti Squiggles

Roti rol berinti krim yang bersaiz mini. Sesuai untuk anak-anak. Bentuknya yang bujut seakan ban oblong. Hadir dalam 2 jenis perasa yang tentunya disasarkan untuk menjadi kegemaran kanak-kanak.

Setiapnya mempunyai berat 50gram dengan harga RM1.60 seunit.

  • Funky Strawberry : Intinya strawberi dengan salutan coklat. Ada hiasan jaluran strawberi atasnya.
  • Squiggles Choco Malto : satu lagi roti coklat gardenia dan dalam bentuk ban bujur. Berintikan coklat, ada lagi salutan coklat dan hiasan jaluran krim coklat. Mewah betul dengan coklat kan. 

5 Roti Toast’em

Daripada 5 toast’em gardenia ini, roti gardenia pandan iaitu Toast’tem Pandan Kelapa inilah antara terpaling viral. Sampai ada masa susah betul nak jumpa dekat rak pasaraya. Sebab kehabisan stok. 

Di bawah label toast’em ini ada Butterscotch, roti gardenia Coklat Kismis, Raspberi Susu & Kranberi, Mentega Kismis dan Pandan Kelapa. Kepingan roti Delicia dengan gandingan buah mahupun coklat yang enak.

Setiap buku roti seberat 340gram pada harga RM5.50. 

  • Toast’em Butterscoth : ada rasa butterscotch yang enak. Terasalah mentega manis nya tu.
  • Toast’em Coklat Kismis : mewah dengan coklat dan kismis. Cuma saya belum pernah lagi jumpa roti coklat kismis ini apatah lagi merasanya.
  • Toast’em Raspberi Susu & Kranberi : ada buah raspberi dan kranberi dalam roti ini. Sama macam coklat kismis, tak pernah lagi saya jumpa di rak pasaraya dan merasanya.
  • Toast’em Mentega Kismis : diperkaya dengan serat, vitamin dan mineral. Makan macam tu saja pun dah sedap amat. Kalau beli ini memang tak bertahan lama, sebab anak-anak pun suka.
  • Toast’em Pandan Kelapa : Pembungkusannya yang hijau, kadangkala buatkan pengguna terkeliru dengan roti wholemeal gardenia. Pastikan ada gambar kelapa itu, baru ambil ya. Waktu nak menikmati, lebih enak bila dibakar. Roti pandan gardenia ini harum bau pandan. Dan taburan gula Melaka buatkan aroma esen Pandan jadi bertambah mewah.

10 Roti QuickBites

Saiznya yang mini sangat sesuai untuk menu sarapan ‘on-the-go’ rakyat Malaysia. Barangkali disebabkan saiznya yang kecil mudah untuk digigit menjadikan namanya QuickBites.

Rotinya dijual mengikut berat 50gram pada harga RM1.20, 50gram pada harga RM1.50 dan 55gram pada harga RM1.70. Sepuluh roti QuickBites adalah :

  • Roti Krim Vanila : berintikan krim vanilla. Harga RM1.20
  • Roti Krim Jagung : intinya krim jagung yang mencair di mulut.
  • Roti Krim Coklat : Harga RM1.20
  • Roti Krim Butter Sugar : Harga RM1.20
  • Ban Butter Toffee : Harga RM1.50
  • Ban Kacang Merah : Harga RM1.50
  • QuickBites Gold Roti Krim Black Forest : Harga RM1.70
  • QuickBites Gold Roti Krim Karamel Masin : Harga RM1.70
  • QuickBites Gold Roti Krim Coklat Kacang Hazel : Harga RM1.70
  • QuickBites Gold Roti Krim Pandan Gula Melaka : Harga RM1.70

4 Roti Twiggies

Sejenis roti snek dalam bentuk jejari span yang mengandungi inti krim pelbagai perasa. Roti gardenia Twiggies mempunyai berat 76gram dengan harga RM2.10 setiap satu. Produk Twiggies adalah :

  • Gardenia Twiggies Cream Dream : intinya klasik vanila
  • Gardenia Twiggies Choc-A-Lot : snek roti coklat dengan intinya krim coklat
  • Gardenia Twiggies Tiramisu : Berintikan tiramisu
  • Gardenia Twiggies Peanut Butter Bounce : roti jejati span coklat dengan inti krim mentega.
roti gardenia
Kredit foto : Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Bonanza Keluarga

Roti putih dengan berat 500gram pada harga RM2.75. Yang mana, ianya lebih jimat menjadi pilihan untuk keluarga yang ahlinya ramai. Sesuai juga jika mahu dijadikan roti untuk membuat sandwich. 

3 Roti PUAZZ!

Roti ban dengan inti yang savory. Ada yang berinti sambal bilis, sambal mackerel dan kari ayam. Daripada tiga label ini paling saya suka sambal bilis. Memang sejak dari dulu dah jadi kegemaran. Dari harganya cuma sen sen sekarang sudah jadi seringgit lebih. 

  • Roti Sambal Bilis : sambalnya tidaklah pedas mana, ada manis-manis sikit. Digabungkan dengan roti lembut gardenia memang ngam betul rasanya. Beratnya 60gram dijual pada harga RM1.60 sekarang.
  • Roti Sambal Mackerel : berintikan sambal mackerel. Beratnya 90gram dengan harga RM2.60.
  • Kari Ayam : intinya kari ayam dijual pada berat 90gram dengan harga RM2.60.

2 Gardenia Gourmet Selections

Rotinya lebih mewah untuk dinikmati. Diperkaya dengan bijirin dan rasa yang lebih enak.

  • Roti Bonjour Sesawhite : ada biji bunga matahari yang menjadikan rasanya lebih mewah. Seberat 300gram pada harga RM5.
  • Roti Sommerset Cottage : ada 12 bijirin dengan tekstur yang istimewa dan rasa eksklusif. Beratnya 300gram pada harga RM5.50.

Cara Beli Roti Gardenia Borong

Jenama Gardenia ini juga menjual roti gardenia doorgift untuk majlis kenduri kahwin, atau apa-apa majlis keramaian. Cenderahati dalam bentuk Giftbox yang nantinya akan dibawa pulang oleh tetamu untuk menjadi kenang-kenangan.

Anda boleh membeli roti gardenia goodies ini pada belian borong. 

Kandungan doorgift box ini adalah 1 buku roti putih Gardenia Original Classic seberat 400 gram yang dibungkus dalam kotak bercorak cantik. Harga setiap box ini adalah RM3.20.

Terdapat 4 variasi corak pada kotak doorgift roti gardenia ini. Iaitu Corak Batik, Corak Mawar, Corak Jasmin dan Corak Sakura. 

Bagaimanapun, untuk mendapatkan harga belian roti borong ini anda perlu membuat tempahan minima sebanyak 50 kotak. Penghantarannya adalah percuma ke Semenanjung Malaysia. 

Selain roti, Gardenia juga membuat giftbox untuk Numee. 

Tempahan anda itu bolehlah dibuat di talian 03-5161 3228.

Read More

Tags:

3 Comments

  1. MAMA REEN February 19, 2024
  2. Nita February 19, 2024
  3. azni February 20, 2024

Leave a Reply

error: Content is protected !!