dr-sheikh-muszaphar

Ramadhan Bersama Dr Sheikh Muszaphar

Seperti yang dijanjikan inilah kisah saya bersama keluarga angkasawan negara. Sebenarnya tidak susah hendak menetapkan temujanji dengan Datuk Dr Sheikh Muszaphar ini.

Walhal saat saya bertanyakan tarikh untuk pengambaran, tempohnya agak suntuk. Alhamdulillah, barangkali rezeki saya dan laluannya lebih mudah.

Pengalaman bekerja dengan beliau ternyata memberi pengalaman yang cukup bermakna buat kami. Mujurlah jurugambar saya ketika itu, Mohd Izari Rosli yang saya panggil Ayie itu sudah pernah bekerja dengan beliau. Jadi tahu cara kerja beliau.

Seorang teman wartawan, sempat berpesan.

Kak Netty, Datuk Dr Sheikh Muszaphar ini jenis tak suka lambat-lambat. Semuanya mahu dilakukan serba cepat.”

Ternyata ingatan itu benar-benar mengganggu fikiran saya. Sebelum berangkat bermacam-macam doa saya bacakan moga berlembutlah sedikit Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang kacak ini dengan urusan saya hari itu.

Tugasan Bersama Datuk Dr Sheikh Muszaphar Lancar

Benarlah seperti apa yang dikata. Segalanya perlu berjalan pantas.

Syukur Ayie pandai mengambil posisi. Lancar sahaja bedikan kameranya hari itu. Lebih memudahkan kerja, saya mendapat khidmat penyelaras gaya, Art Director Shaida Ahmad a.k.a Shade.

dr-sheikh-muszaphar
Boleh pula saya sedondon dengan Datuk Dr Sheikh Muszaphar pada hari itu.

Alhamdulillah… alhamdulillah, saya ucapkan berkali-kali dalam hati. Tugasan saya selesai.

Cuma sedikit sayang kerana pakaian kanak-kanak yang dijahit khas oleh Kak Dalina dari Jellykids tak dapat dipakai oleh anak-anak Datuk. Harap kak Dalina masih sudi bekerjasama dengan saya lagi.

Baca : Red carpet wedding Datuk Lee Chong Wei

Menimba Ilmu Di Zaman Serba Canggih

Entri malam ini serba ringkas. Sesuai dengan mood anak-anak yang sudah masuk sekolah dan rutin saya yang sudahpun masuk kelas online pada sebelah malam. Menimba ilmu di zaman serba canggih ini tidak lagi sesukar dulu.

Cuma saya tak nafikan, sedikit sebanyak jadual dengan anak-anak sedikit terganggu. Barangkali inilah harga yang perlu saya bayar.

Syukur alhamdulillah, saya ada ‘seseorang’ yang cukup menyokong minat saya ini. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik buatnya agar dia dapat terus melindungi kami sekeluarga. Amin. Terfeeling pula pagi-pagi buta ini.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!