Jangan tak tahu ya, rupanya ada tiga jenama sotong dalam tin halal di pasaran. Setiap harga sotong dalam tin berbeza ikut jenama.
Selama ini ingat jenama Rex saja. Itulah pun yang viralnya. Sebenarnya, ada 3 jenama di pasaran dengan tanda halal. Cuma buat masa ini saya pernah masak dan makan sotong tin dari jenama Rex saja.
Bila buat pembacaan, ada bermacam brand sotong tin ini rupanya. Jom semak berapa harga sotong dalam tin untuk setiap jenama ini.
Harga Sotong Dalam Tin Di Pasaran
Kenapa nak tahu jenama sotong dalam ini? Penting ke? Haha.. sebagai orang dapur kenalah ambil tahu serba sedikit. Nak-nak semua sedia maklum makanan dalam tin bukan lagi sejenis makanan marhaen macam dulu-dulu.
Jadi, saya kongsikan juga harga sotong dalam tin ikut jenama masing-masing. Semoga info ini membolehkan anda membuat bajet pembelian barangan dapur dengan bijak.
Jenama Sotong Dalam Tin Rex
Semua orang sedia maklumlah kan, jenama sotong tin Rex ini tentulah yang paling popular. Malah, kalau tengok perkongsian di media sosial seperti tiktok memang ramai yang mencuba pelbagai jenis masakan dari sotong Rex ini.
Yang biasa nampak di rak pasaraya tentunya sotong dalam tin yang berwarna oren. Sebenarnya ada 4 jenis sotong dalam tin di bawah jenama Rex ini.
- Harga sotong dalam tin Rex berperasa kicap soya (170 gram) – antara harga RM7 ke RM9
- Rex sotong dalam kicap soya (425 gram) – antara harga RM14 ke RM17
Baca juga : 6 resepi ikan sardin ekonomi
Sotong Dalam Kicap Jenama Sayang
Pertama kali saya tahu adanya sotong tin jenama Sayang ini. Saya tak pernah beli lagi. Cuma mencari infonya di kedai online Lazada saja.
- Harga sotong dalam kicap Sayang (145 gram) – RM5.34 (lazada)
- Harga sotong dalam tin Sayang (400 gram) – RM10.88 (lazada)
Yeo’s Kari Sotong
Jenama Yeo’s ini menawarkan sotong kari yang ditinkan. Yang mana, kalau nak masak boleh saja panaskan. Nak rasa kelainan bolehlah tambahkan rempah masakan yang lain.
Jenama ini tak begitu dikenali, tetapi ianya wujud ya.
- Harga kari sotong Yeo’s (145 gram) – RM5.95 (lazada)
- Yeos sotong kicap (145 gram) – RM5.60 (shopee)
Cuma, untuk jenama sotong dalam tin Yeos ini saya amat jarang terlihatnya berada di rak pasaraya. Mungkin kalau anda nak membeli kenalah buat belian secara online.
Ikutkan ada lagi beberapa jenama, tetapi yang saya kongsikan ini ada tanda halal JAKIM. Tidaklah berasa was-was untuk mencubanya.
Selain sotong dalam tin, sardin dalam tin pun antara makanan lejen yang menjadi kegemaran ramai. Faham, harganya tidak lagi semurah dulu.
Jadi setiap kali nak masak sardin tin, saya beli saja sardin tin dalam sos tomato dari jenama Lotus. Harga sardin Lotus pun masih dikira berbaloi dalam RM5 lebih saja.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
sotong skrg menjadi makanan kayangan skrg. sekali-sekala buleh la beli n makan..
Kalau teringin betul sanggup cari. Kalau belum sampai seru tu kita abai je Abang Kie. Tak menahan harga dia.