Tentulah resepi ikan sardin ini antara menu masakan paling mudah disediakan. Bermacam resepi masak ikan sardin boleh dicuba.
Baik ikan sardin tin mahupun ikan sardin segar. Keduanya jenis ‘ikan rakyat’ yang jadi kegemaran seisi rumah. Sekarang, harganya tidaklah murah, tapi masih berbaloi dibeli berbanding ikan ‘kayangan’ lain.
Antaranya, masak sardin tin simple, sambal sardin cili kering, resepi ikan sardin segar masak kicap malah resepi ikan sardin masak lemak cili api.
6 Cara Masak Resepi Ikan Sardin Boleh Dicuba
Ikan sardin segar ini masak apa pun sedap. Buat masak kicap, masak lemak, goreng begitu saja sedap amat dah. Sardin tin pun sama. Jangan tak tahu, sardin tin ini buat masak lemak cili api atau buat sardin masak kari pun sedap.
Resepi Ikan Sardin Segar Masak Kicap
Durasi memasak : 45 minit
Bahan masak sardin
- 5 ekor ikan sardin basah saiz besar – belah dua
- 3 biji kentang – potong wedges dan goreng.
- 3 biji bawang kecil – hiris
- 2 ulas bawang putih – hiris
- 1 tangkai cili besar – hiris
- 1 inci halia – hiris
- Sedikit rempah 3 sekawan – kayu manis, bunga lawang dan daun pelaga
- Kicap manis kipas udang
- Sos tiram
- Sedikit serbuk lada putih (kalau guna biji tumbuklah halus)
Cara Memasak Ikan Sardin Masak Kicap
- Tumis bahan hiris dengan rempah 3 sekawan sampai naik bau.
- Masukkan kicap dan sos tiram secukupnya. Tambahkan air ikut kepekatan yang diinginkan.
- Masukkan kentang dan ikan. (Jika nak tambah hirisan bawang besar pun boleh)
- Taburkan serbuk lada putih. Perasakan dengan garam, gula dan perasa (optional) secukupnya.
Resepi Ikan Sardin Tin Masak Lemak Cili Api
Durasi memasak : 30 minit
Bahan-bahan sardin masak lemak cili api
- 1 tin ikan sardin tin – asingkan kuahnya. Jenama ikut citarasa, saya guna King Cup
- 1 inci kunyit hidup – tumbuk halus
- Segenggam cili padi – tumbuk halus
- 1 santan kotak kecil Kara
- 1 batang serai – diketuk
- 1 keping asam keping
- 2 biji kentang – potong wedges
- 2 biji tomato ceri – belah dua
Cara Buat Resepi Ikan Sardin Masak Lemak Cili Api
- Satukan bahan tumbuk dalam periuk. Masukkan serai, kentang dan air secukupnya untuk merebus kentang hingga empuk.
- Bila kentang dah empuk, masukkan ikan sardin tin sahaja, asam keping, tomato dan santan pekat.
- Perasakan dengan garam dan perasa (optional)
- Bila dah menggelegak, kuah dah pekat. Boleh matikan api.
Ikan Sardin Masak Sambal Tumis
Durasi memasak : 30 minit
Bahan-bahan
- 1 tin sardin saiz besar – ikannya bolehlah digoreng dahulu
- 3 biji bawang merah kecil – dikisar
- 1 mangkuk kecil cili kisar
- Sedikit air asam jawa
- 1 biji bawang besar – dihiris
Cara masak sambal tumis sardin
- Tumis bawang kisar sampai naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak dan cili masak sepenuhnya.
- Masa ini bolehlah tambahkan gula sedikit untuk bagi hilang bau maung cili kering.
- Bila cili dah masak, masukkan air asam jawa (ikut citarasa) dan sos sardin tin tadi. Kacau sekata dan masukkan ikan sardin tin yang siap digoreng tadi. Masukkan juga bawang merah hiris.
- Perasakan dengan garam dan perasa (optional)
Info masakan : Sambal tumis sardin ini memang simple saja. Sedap dijadikan pencicah lempeng, roti atau cekodok. Tak guna bawang putih pun. Cuma penggunaan bawang merah saja.
Untuk lain-lain resepi masak sardin simple yang sedap lagi ekonomi boleh juga rujuk di sini :
- Cara buat sardin telur pecah ala Khairul Amin
- Resepi sambal sardin King Cup cili kering tersedap
- cara masak sardin tin simple mudah 3 bahan
Ikan Sardin Masak Asam Rebus
Durasi memasak : 30 minit
Bahan untuk direbus
- 3 ekor ikan sardin segar – belah dua
- 1 asam keping
- Garam, perasa
Bahan untuk hiasan
- 1 sudu besar asam jawa
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 biji bawang merah – dihiris
- 1 biji tomato – potong dadu
- 5 tangkai cili padi – dihiris
Cara buat ikan sardin segar rebus ais asam
- Rebus kesemua bahan rebus sampai ikan sardin masak.
- Asingkan air rebusan. Bila dah suam gaulkan dengan bahan hiasan. Masukkan ikan sardin rebus. Taburkan daun kesum hiris atas ikan.
- Siap.
Resepi Ikan Sardin Goreng Asam Jawa
Durasi memasak : 20 minit
Bahan-bahan
- 3 ekor ikan sardin basah – siang dan basuh bersih
- Asam jawa
- Garam
Cara Buat Ikan Sardin Goreng Lumur Asam Jawa
Cara masak ikan sardin goreng asam jawa : ikan yang siap dibersihkan tadi lumurkan dengan asam jawa dan taburkan garam secukupnya. Kemudian goreng garing.
Cara Buat Ikan Sardin Sendiri
Sebenarnya, selain membeli ikan sardin tin anda juga boleh buat sendiri resepi ikan sardin di rumah. Cara terbaik untuk buat sardin homemade ini adalah dengan menggunakan periuk pressure cooker.
Jika tiada pun, masih boleh juga membuatnya dengan periuk rice cooker. Cuma anda perlukan masa yang panjang berjam-jam untuk mendapatkan tulang ikan sardin yang benar-benar lembut.
Bahan masakan untuk membuat ikan sardin homemade ini; ikan sardin segar dibuang kepala dan ekor, tomato segar, bawang merah, bawang putih, puri tomati, sos tomato, air, garam dan gula secukupnya. Kesemua bahan ini dimasukkan dalam periuk tekanan dan dimasak selama 1 jam. Perlu lebihkan masa sehingga 30 minit jika tulang ikan belum lembut sepenuhnya.
Kemudian, resepi ikan sardin buatan sendiri ini bolehlah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara dan disimpan dalam peti sejuk. Boleh juga jika mahu disejukbekukan dalam freezer.
Dan boleh bertahan lebih sebulan tanpa bahan pengawet jika disimpan dalam peti beku.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Personal fav saya adalah yang masak lemak cili api 😀
Feveret sangat sardin ni lagi2 bila time perut lapooo
Ok boleh cuba resepi sardin yg lain. Biasa msk sambal tumis je
Wah terbaik! Kumpul 6 resipi sardin. memang sesuai sangat nak masak masa sahur nanti.
I’m sardin fan, thanks for sharing this recipe with 6 ways to enjoy sardin, saved it for my tasting enjoyment. Cheers Siennylovesdrawing
resipi ikan sardin tin masak lemak cili api tu biasa buat. memang sedap. anak² pun suka. nanti boleh masak menu lain pulak. tq share kak net
Sila-sila.. mau laju je habis tu nanti.
Suka masak letak tomato banyak2 .. selain tu suka buat sandwich sardin juga. Tapi mmg sardin ni byk resepi best2 boleh diolah kan.
Haa.. sandwich pun sedap kan. Yum yum..
Rupanya boleh buat banyak resepi sardin ya. Biasa buat yang simple tu je.
Tulah.. macam-macam boleh buat dia.
wow..menarik masak cili api tu..skarang sardin dah join team T20.. ehhee.. zaman kenak2 dulu rasa sardin ni la paling best kalau ayah yang masakkan