sambal belacan tumbuk

Sambal Belacan Tumbuk Lesung 3 Bahan Memang Awesome

Simple je sambal belacan tumbuk lesung batu resepi arwah mak Perak saya ini. Sambal belacan lesung batu ini sedap, padu rasa dia.

Cara simpan lesung batu pun kena tau juga. Cuma, waktu pertama kali saya makan. Rasa dia sama macam sambal belacan kampung arwah nenek saya pernah buat. Nampaknya memang klasik lah sambal belacan tumbuk simple ini.

Tapikan nak dapatkan rasa yang betul-betul macam air tangan orang lama itu tak mudah ya. Seingat saya, sekali saya berjaya. Selepas itu memang kena cuba sampai jadi sambal belacan simple ni.

Resepi Sambal Belacan Tumbuk Lesung Padu

Bahan-bahan

  • Belacan – saiznya sebesar ibu jari
  • Cili padi hijau – segenggam
  • Limau nipis – sedikit
  • Garam, gula
  • Lesung batu untuk menumbuk

Cara Buat Sambal Belacan Tumbuk

  1. Bakar belacan sebesar ibu jari tu sampai dia naik bau wangi dia.
  2. Tumbuk cili padi dan belacan sampai lembut sebati. Masukkan gula dan garam untuk beri rasa secukupnya pada sambal belacan batu lesung tu.
  3. Tumbuk dalam lesung tau. Baru rasa original orang-orang lama tu menjadi.
  4. Kemudian, perahlah limau. Gaul sekata.
sambal belacan tumbuk

Info masakan

Resepi sambal belacan tumbuk mudah buat arwah mak saya ini sebenarnya lebih sedap kalau tanpa limau. Akan lebih berlemak pedas-pedas gitu.

Resepi Sambal Belacan Simple Kaw Punya

Bahan-bahan

  • Belacan bakar – sebesar ibu jari
  • Segenggam cili merah besar
  • 1 biji limau kasturi – buang biji
  • 1/2 helai daun limau purut – buang batang tengah dia
  • Gula dan garam

Cara Buat Resepi Sambal Belacan Simple

  1. Masukkan semua bahan di atas. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  2. Kisar semua sekali bahan di atas dalam blender sampai halus.
  3. Sedia untuk dinikmati.

Sambal Petai Belalang / Jawa

Bahan-bahan

  • Belacan bakar – sebesar ibu jari
  • Segenggam cili merah besar – dibakar
  • Sedikit limau kasturi
  • Beberapa tangkai petai belalang – kupas ambil isinya
  • Garam dan gula

Cara Sediakan Sambal Belacan Batu Lesung Petai Belalang

  1. Tumbuk cili yang siap dibakar dengan belacan bakar sampai lumat.
  2. Perasakan secukupnya. Masukkan petai belalang dan perahkan jus limau atasnya.
  3. Gaul sekata. Sedia untuk dinikmati
sambal belacan tumbuk

Saya juga kongsikan cara buat sambal belacan blender di blog ini.

Rahsia Sambal Belacan Kampung Sedap Ada Pada Belacan

Sambal belacan tumbuk akan jadi sedap apabila menggunakan belacan yang sedap hasil pembuatannya. Belacan itu sendiri sangat memainkan peranan.

Kalau dapat belacan yang tak sedap, dan berbau tengik memang boleh failed sambal belacan kita tu.

belacan ali
Kredit foto : shopee

Macam mak saya dia akan guna Belacan Ali kalau nak buat sambal. Produk belacan Ali ini cuma dibungkus dalam suratkhabar saja.

Tetapi sedap kan main.

Kalau dekat area Meru ini memang senanglah nak jumpa. Mana tidaknya, makcik dan pakcik saya yang buat pun iya.

Sukatan jus limau pun memainkan peranan juga sebab kalau terlebih boleh menyebabkan jadi masam terlebih pun iya.

Satu lagi rahsia dia adalah tumbuk sambal belacan dengan menggunakan lesung batu. Dekat rumah saya ini ada lesung batu lejen hadiah daripada mak.

Baca juga :

Read More

Tags:

2 Comments

  1. Myzan January 29, 2023
    • nettyahhiyer January 31, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!