Ayam goreng Zizan Razak menjadi fenomena trending di media sosial. Apabila selebriti Zizan Razak berkongsi video makan ayam goreng McD dengan caranya yang tersendiri.
Kreativiti Zizan menikmati ayam McD dengan sos K-Manis dan Pedas McD, itu menawan hati netizen di Malaysia. Sehingga menjadi inisiatif penciptaan ‘Ayam Goreng McD K-Hack Cara Zizan Razak’. Berpakat-pakatlah penggemar ayam goreng mencari menu baru ini.
Nak-nak dengan rasanya yang unik, gabungan sos pedas manis Korea dari restoran makanan segera McDonald. Boleh katakan, trend K-Hack yang dibawakan McDonald’s ni bukan sekadar hidangan makanan semata, malah melambangkan kreativiti dan daya imaginasi Zizan mencipta makanan fusion menyatukan selera satu Malaysia.
Cara Makan Ayam Goreng McD Cara Zizan Yang Viral
Video tiktok makan ayam goreng spicy McD begitu viral sehingga mencatat lebih sejuta tontonan. Antara cara makan ayam pedas McD itu adalah:
- Ambil ayam goreng dari bekasnya.
- Tuangkan sos K-Manis dan Pedas McD di atas ayam pedas spicy.

Mana Nak Cari Ayam Goreng Zizan Razak
Mengundang betul video makan ayam goreng Korea Zizan ni. Sampai anak saya Zarif hari-hari minta belikan. Nak tak nak, kenalah bawa anak-anak ke restoran makanan segera terdekat.
Nak tahu lagi, kenalah singgah ke restoran McDonald berhampiran.
Kalau dekat area Meru Klang ini, McDonald ada di beberapa tempat. Antaranya McDonald’s Klang Sentral, McDonald’s Setia City Mall dan Setia Taipan.
Selalunya saya pergi di McDonald’s Setia Taipan (Setia Alam DT). Kalau orang tak ramai, syok buat lepak.
Anda juga boleh dapatkan ayam K-Hack Zizan ini di mana-mana restoran McDonald’s yang berdekatan dengan rumah anda. Kenalah cepat ya. Sebab kalau dah viral tu faham-faham sajalah.
Baca juga : Ayam bakar dalam oven
Senarai Menu Dan Harga Ayam Goreng McD Zizan
Berikut adalah senarai menu dan harga ayam K-Hack cara Zizan Razak yang dijual di restoran McDonald’s
Jumlah Ayam | Nama Menu Ayam Goreng McD | Harga Dari |
2 ketul | Ayam Goreng McD Spicy dengan sos K-Manis & Pedas | RM17.22 |
2 ketul | Ayam Goreng McD Regular dengan Sos K-Manis & Pedas | RM17.22 |
2 ketul | Mixed dengan Sos K-Manis & Pedas | RM17.22 |
3 ketul | Spicy dengan Sos K-Manis & Pedas | RM20.61 |
3 ketul | Regular dengan Sos K-Manis & Pedas | RM20.61 |
3 ketul | Mixed dengan Sos K-Manis & Pedas | RM20.61 |
1 ketul | Nasi Lemak McD + Ayam Goreng dengan Sos K-Manis & Pedas | RM18.49 |
2 ketul | Nasi Lemak McD + Ayam Goreng dengan Sos K-Manis & Pedas | RM21.32 |
Disclaimer :
- Dalam senarai menu McD ini menawarkan hidangan A la Carte, set Regular dan set Large.
- Harga setiap menu hidangan ini berbeza mengikut platform jualan.
Menu terbaru McD ini juga menawarkan burger-K Manis dan Pedas yang membawakan citarasa Korea dalam hidangan western anda.
Ada dua pilihan burger yang boleh anda cuba iaitu ayam dan daging. Terdapat juga menu McNuggets bersama sos.

Harga Ayam Goreng McD Terkini 2023
Harga Ayam McD Zizan tiada lagi dalam senarai promosi. Bagaimanapun harga ayam goreng McD terkini 2023 boleh anda rujuk di bawah ini.
Harga Ayam McD Spicy
- 1 ketul – dari RM8.40
- 2 ketul – dari RM14.62
- 3 ketul – dari RM18.40
Harga Ayam McD 3x Spicy
- 1 ketul – dari RM8.40
- 2 ketul – dari RM14.62
- 2 ketul – dari RM14.62 (mixed/boleh campur)
- 3 ketul – dari RM18.40
- 3 ketul – dari RM18.40 (mixed/boleh campur)
- 5 ketul – dari RM33.02
- 10 ketul – dari RM60.38
Harga Ayam Goreng McD
- 5 ketul – dari RM33.02
- 10 ketul – RM60.38
Harga Ayam McD Waktu Crazy Hour
Membolehkan anda buat penjimatan hingga 40%. Crazy Hour McD bermula dari jam 3pm-6pm dan 9pm-12am. Hanya melalui pembelian online (Mcdelivery) yang menggunakan McDonald’s app Malaysia.
Ayam Goreng McD
- 5 ketul – dari RM18.86
Baca juga : https://www.ombakbergigi.com/2022/02/11-koleksi-resepi-masakan-ayam-simple.html
Adakah Ayam Goreng Zizan K-Hack pedas?
Kepedasan ayam goreng ini boleh disesuaikan dengan citarasa anda. Pedas yang boleh dinikmati. Nak lagi kick boleh lebihkan sos, akan ada rasa gochujang.
Bolehkah ayam goreng K-Hack ini boleh dibawa pulang dan makan di rumah?
Tentulah boleh. Sebab McDonald’s pun ada menawarkan delivery pada anda yang tak mahu keluar rumah tu.
Adakah makan ayam K-Hack ini, rasanya macam makan ayam goreng McD?
Ayam goreng McD masih mengekalkan citarasa aslinya. Apabila menambahkan sos K-Manis dan Pedas, anda akan menikmati rasa Korea yang mencetuskan citarasa fusion di mulut anda.