Mencari hotel penginapan di Temerloh sebenarnya tidaklah susah. Kerana banyak saja laman web hotel Temerloh murah tersedia.
Cuma rajin dengan tidak saja mahu melayarinya. Atau lebih senang terus saja booking di hotel murah yang ingin diduduki di Temerloh untuk semalam dua.
Ikut pengalaman sendiri, jarang sekali membuat tempahan online. Sebaliknya terus saja ke hotel sekitar Temerloh dan terus menempah.
Senarai 5 Hotel Temerloh Murah Untuk Bermalam
Ada penginapan hotel Temerloh murah yang saya kongsikan ini pernah saya tinggal bermalam. Dan ada yang tidak. Semoga menjadi panduan untuk sesiapa yang berhajat nak ke Temerloh tu ya.
Baik nak ke pasar sehari Temerloh atau ke lokasi tempat makan ikan patin tempoyak yang bersepah dan sedap di Temerloh. Antaranya; Restoran Go Bang Maju mahupun Raja Kancil Patin Temerloh dekat tepi sungai.
Lagi-lagi bila dalam kepala itu dah set benda wajib beli bila jejak pasar sehari Temerloh.
Hotel OYO Green Park
Dua kali jugalah saya menginap di sini. Harga bilik hotel untuk satu malamnya tak sampai RM180. Masa mencari ini tidaklah menggunakan booking.com lebih pada terjah dot com je. Hahaha..
Kalau tempah di booking mau dapat harga lebih murah lagi.
Dan dua kali itulah ada bilik hotel tersedia. Cuma kalau waktu cuti sekolah ke atau cuti-cuti Malaysia tu, janganlah main terjah. Takut takde bilik pulak.
Situ kan kawasan hotspot. Dekat pun dekat dengan Kubang Gajah Waterpark.
Paling syok kat sini, kawasan parkingnya yang lapang dan luas. Kira kalau balik malam-malam pun masih ada parking dan tak pening nak cari tempat letak kereta kat mana.
Lokasi : No. 1 Jalan Terkukur, Off Jalan Merbah, Temerloh Town, 28000 Temerloh, Malaysia.
Hotel Jelai Temerloh
Bila lalu town Temerloh tu, memang boleh perasan kewujudan Hotel Jelai ini. Rupanya antara hotel yang menawarkan harga bilik yang murah juga.
Hotel ini pun terletak di bandar Temerloh. Kalau nak jalan-jalan Temerloh tu kira, masih berbaloi lagilah duduk sini. Harga untuk bilik famili pun tak sampai RM150 (harga ini tertakluk ikut tarikh anda menginap ya)
Dan ada juga disediakan breakfast untuk tetamu. Next mungkin boleh cuba menginap sini pula kalau singgah menginap di Temerloh.
Lokasi : C29-C30, Jalan Tengku Ismail, 28000 Temerloh, 28000 Temerloh, Malaysia
Merrinton Hotel Temerloh
Hotel ini mendapat penilaian yang baik di kalangan pengunjungnya. Juga terletak di bandar Temerloh dan sekitarnya dikelilingi dengan lokasi kedai makan yang mudah jumpa.
Jadi, kalau lapar memalam hari tu senanglah nak mencari kedai makan.
Kalau dikira dari Bandar Pusat Jengka, jaraknya lebih kurang 39km. Mana yang menginap di Temerloh tu bolehlah mencuba duduk di sini. Tercatat juga antara hotel yang bersih dan kemas.
Lokasi : Jalan Dagang 1 Dynaton Bukit Angin, 28000 Temerloh, Malaysia
U Design Hotel Temerloh
Di U Design Hotel anda boleh memilih 13 pilihan bilik dengan harga bawah RM150. Harga bilik semalam mengikut pilihan anda, sama ada superior twin, twin room atau superior double dan selebihnya.
Setiap bilik ada pilihan sama ada maksimum untuk seorang, dua atau tiga orang.
Hotel murah di Temerloh ini juga terletak di tengah bandar dengan lokasi ideal untuk anda bermalam. Dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin dan interior yang menarik.
Lokasi : No. 337 1st Floor, Jalan Tengku Ismail, 28000 Temerloh, Pahang
Hotel Nur Termerloh PLT
Antara hotel yang murah di Temerloh. Harga untuk double room atau twins room RM93 semalam. Tersedia dengan menu sarapan pagi.
Menarikkan. Saya tak pernah lagi stay sini. Nampaknya next time kena cuba juga hotel bajet ini.
Lagi best sebab lokasinya strategik di Bandar Temerloh yang juga terkenal dengan nama Bandar Ikan Patin. Kalau nak ke pasar pagi Temerloh ke, Kubang Gajah Waterpark atau Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah.. memang dekat dah tu.
Lokasi : Jalan Dato Ngau Ken Lok, Temerloh Town, Temerloh, Malaysia, 28000

Kenapa Stay 1 Malam Di Hotel Green Park Temerloh
Dua kali menginap di Hotel Green Park Temerloh. Antara hotel Temerloh murah yang boleh diperolehi di bandar Temerloh ini.
Sebenarnya nak mencari hotel bajet dekat Temerloh ini bukannya mudah pada awalnya. Lagi-lagi untuk yang kali pertama mahu bermalam di bandar Ikan Patin ini.
Kalau di Kuantan tu, mudahlah nak cari hotel sebab memang banyak yang tersedia untuk mak ayah yang bercuti dengan anak-anak di sana.
Hotel Temerloh ini agak sukar untuk mencari hotel 5 bintang. Walaupun tidak berbintang-bintang, hotel murah di Temerloh ini tetap memberikan servis terbaik kepada penginapnya.
Antara sebab saya duduk di Hotel Green Park ini mudah untuk mendapatkan bilik walaupun terpaksa walk-in saja. Ditambah dengan ruang parking yang luas.
Dan kalau dapat bilik yang tinggi pun masih ada kemudahan lif untuk mengangkat bagasi.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Wah… lain kali jengjalan Termeloh nak try book kat hotel yang netty kongsikan. Thank you yaa
Sama-sama.. kena singgah juga makan ikan patin temerloh..