cara-buat-jeruk-maman

Mudahnya Cara Buat Jeruk Maman Berdaun 5

Cara buat jeruk maman I Sebenarnya mudah saja nak buat jeruk maman berdaun lima ini. Tak perlukan kemahiran yang tinggi mana pun.

Siapa-siapa pun boleh buat. Ikut pengalaman saya waktu mencuba kali pertama, cuma ikut bahan-bahan dan step yang diberikan. Alhamdulillah menjadi.

Kali pertama buat tu, rasa jeruk daun maman homemade memang sedap betul.

Sebab itu bila berpeluang ke pasar pagi pekan sehari Temerloh sebaik dapat rentas negeri, saya terus beli maman sampai dua ikat besar.

Balik rumah terus ‘persiang’ dan menjeruk. Prosesnya tak lama mana pun. Batang yang keras itu saya tak ambil. Tapi batang lembut pada daun tu, saya potong kecil. Sedap juga dimakan, bila dah jadi jeruk daun maman.

Cara Buat Jeruk Maman Berdaun Lima

Masa diperlukan : 20 minit saja
Teknik : tak perlu masak-masak pun

Bahan-bahan Resepi Jeruk Maman

  • 2 ikat Daun maman – bersihkan dari batangnya. Cuci bersih bawah air paip, sebab maman ni ditanam di tempat berpasir.
  • Setengah genggam Garam kasar
  • Sesenduk Nasi
  • Segenggam Cili padi
  • Sebotol besar Air mineral – setiap kali menjeruk waima buat kimchi, memang saya akan gunakan air mineral

Cara Membuat Jeruk Maman Sedap

  1. Masukkan daun maman yang dah dipotong bersih tu dalam bekas.
  2. Kemudian, masukkan cili padi, garam dan nasi.
  3. Tuanglah air mineral.
  4. Simpan di tempat yang kering.
  5. Biarkan dalam dua tiga hari dah menjadi nanti.

Tip : Sebaiknya, bekas nak isi daun maman tu biarlah sesuai. Bagi ada ruang untuk daun maman tu nanti bertindak balas dengan bahan-bahan lain tu. Untuk dia menjadi jeruk.

Prosesnya lebih kurang saja macam membuat kimchi halal Korea. Cuma menjeruk maman ini lebih ringkas lagi cara membuatnya.

Baca juga : https://nettyahhiyer.com/jeruk-kulit-nangka

cara-buat-jeruk-maman
Jeruk maman sedap juga dimakan dengan ikan goreng dan hirisan bawang merah. Rendang maman atas ni saya beli online dari adik peniaga di Negeri Sembilan.

Baca : Paling senang buat kimchi daun kucai, olahan resepi Maangchi

Maman Berdaun Lima Lebih Sedap Dari Maman Pasir

Sayuran maman berdaun lima ini glamour bukan saja di Pahang. Daun maman Negeri Sembilan pun ada maman jenis berdaun lima ini.

Orang Negeri Sembilan gemar masak rendang maman. Sedapnya, rasa dia. Saya pernah beli dan makan. Terkenang-kenang sampai hari ini.

Bau daun maman ini saya suka betul. Tapi anak saya tak suka, katanya macam bau tayar kereta. Hahaha..

Baru ini, saya buatkan masak lemak maman dengan daging. Ya Ampun, dia punya sedap. Dan masakan lemak itu pun lain dari yang lain resepinya.

Ada satu lagi maman pasir. Di rumah abah, banyak tumbuh rumput maman pasir ini. Maman pasir ini berdaun tiga saja. Pokoknya lebih kecil.

Jangan risau ya, maman pasir boleh makan.

Saya pernah juga menjeruk maman pasir ini. Sayangnya, saya tak dapat nak habiskan. Kerana, bau rumput maman pasir masih menebal.

jeruk maman

Cara Makan Jeruk Maman

Maman jeruk ini boleh dimakan begitu saja, ataupun dicampurkan dengan ikan goreng. Terbaru saya mencuba makan jeruk daun maman ini dengan ikan sardin rebus.

Makan Jeruk Maman Dengan Ikan Sardin Rebus Dan Jeruk Sawi Cina

Ikan sardin perlu direbus dengan asam keping. Saya guna dalam 3 ekor ikan sardin dan beberapa keping asam keping. Kalau nak masam lebihkan asam.

Rebus sehingga ikan masak.

Sayur maman yang siap dijerukkan tadi masukkan dalam mangkuk. Saya hiriskan juga jeruk sawi yang saya buat sendiri.

Campurkan keduanya. Akhir sekali masukkan ikan sardin yang siap direbus tadi. Bolehlah potongkan bawang merah besar dan cili padi.

Gaul semua sekali sampai mesra. Masukkan juga air maman sebagai penyedap rasa. Siap.

jeruk maman

Masukkan Maman Jeruk Dalam Gulai Lemak

Satu lagi cara untuk menikmati jeruk sayuran ini adalah dengan mencampurkannya di dalam gulai lemak Negeri Sembilan.

Memandangkan ianya sudahpun berasa masam, tak perlulah menambahkan asam keping di dalam gulai lemak. Cukup dengan membangkitkan rasa masam melalui jeruk sayuran maman itu.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Tags:

3 Comments

  1. Eswati azni November 25, 2021
  2. ZAIDALIFAH HUSSIN January 30, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!