Restoran Smoked Kingdom milik Ustaz Don Daniyal, juga dikenali Smoked Kingdom By Don Daniyal meraikan ulang tahun ke-3 bersama pelanggan setia. Sekali gus memperkenalkan menu terbaru ‘Kepak Ayam Ranggi Atau Manis.
Istimewanya kali ini, pelanggan setia restoran yang terkenal dengan hidangan Youyu Melted Steak ini menerima jemputan secara peribadi daripada pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sendiri.
Pelanggan setia ini merupakan mereka yang paling hadir ke cawangan Smoked Kingdom iaitu di 118 SkyDining, Wangsa Maju, Vista Alam, Shah Alam dan Ayer 8, Putrajaya.
Sejarah Perniagaan Restoran Smoked Kingdom
Dalam pada meraikan pelanggan di hari ulang tahun ketiga Smoked Kingdom, Ustaz Don sempat berkongsi perjalanan perniagaan restoran makanannya yang penuh dengan warna warni.
Semasa ucapannya di majlis ulang tahun bertempat di Vista Alam Smoked Kingdom, Shah Alam. Beliau melahirkan rasa bersyukur setelah mempunyai 3 cawangan dalam masa 3 tahun. Walaupun memulakan perniagaan di era pandemik.
Bermula dari cawangan pertama di tepi Tasik Putrajaya, kemudian di tengah kesibukan bandar Shah Alam dan terbaru di puncang bangunan Wangsa 118 dengan pemandangan memukau.

Menu Baru Kepak Ayam Di Smoked Kingdom Milik Ustaz Don Daniyal
Ketiga-tiga restoran ini mempunyai lebih daripada 80 jenis pilihan makanan dan minuman. Smoked Kingdom telah mendapat tempat istimewa di hati penggemar makanan.
Menu istimewa yang terkenal tentunya Youyu Melted Steak. Iaitu daging berkualiti tinggi yang lembut dan seakan cair di mulut.
Ada juga menu alternatif berpatutan bagi penggemar daging Wagyu.
Baca juga : Kedai makan nasi ambeng ngences Kabin Kuning Sandora

Tahun 2023 ini, Ustaz Don Daniyal memperkenalkan menu terbaru iaitu ‘Kepak Ayam Ranggi atau Manis. Siri menu edisi terhad ini boleh didapati dengan 4 rasa iaitu
- Oppa Spices
- Fiery Perry
- Hunny Lemon
- Cheezy Sensation.
Harga menu baru untuk setiap set kepak ayam ini, RM17.90.
Satu set Chicken Wings dengan perisa baru ini mengandungi 6 ketul ayam yang boleh dimakan seramai 2 ke 3 orang. Tentunya menu baru ini bakal menggegarkan jiwa seluruh pelanggan restoran bbq terkenal milik Ustaz Don.
“Sebagai penggemar kepak ayam dan pemilik restoran ini, saya amat gembira dengan menu yang terhasil ini. Menu terbaru ini juga adalah bagi membawa sedikit kelainan untuk ulang tahun ke-3 Smoked Kingdom dan diharapkan dapat menambat hati pelanggan-pelanggan baru dan sedia ada,” kata Ustaz Don.
Antara menu lain yang ada di restoran ini adalah sajian Azian, Dessert, pasta, burgers malah appetizer. Tentunya makanan di sini 100% barbeque halal yang enak dinikmati bersama keluarga.
Anda juga boleh menikmati Japanese Youtu Steak, Smoked Duck Carbonara, Smoked Duck Masak Lemak dengan harga yang berpatutan dan mesra poket.

Sekitar Majlis Ulang Tahun Ke-3 Restoran Ustaz Don
Dalam pada menghargai kesetiaan pelanggan di majlis ulang tahun restoran miliknya, Ustaz Don turut memberikan hadiah penghargaan eksklusif.
Tetamu yang hadir ke majlis sambutan ulang tahun restoran akan menerima goodies berupa Cawan Mug Eksklusif dari Smoked Kingdom.
Pelanggan setia juga dihiburkan dengan persempahan nyanyian dari ‘Live Buskers Performance’ dengan lagu-lagu santai yang memeriahkan majlis.
Bukan itu saja, cabutan bertuah kepada tetamu yang hadir juga menjadi penyeri majlis sekaligus memberikan rasa bahagia pelanggan.
Baca juga : Cafe Markisa

Review Menu Baru Smoked Kingdom
Kali ini, saya berpeluang berada di majlis ulangtahun Smoked Kingdom ini. Dapat pula bawa en Yem, haa.. terus rasa macam dating berdua.
Bila datang restoran ustaz Don ini kan apa lagi kalau tak merasai sendiri makanan enak di sini. Antara yang sempat saya rasa Buttermilk Chicken. Katanya ini pun antara killer menu mereka.
Sungguh, memang sedap ya.
Dan dua menu kepak ayam yang saya suka tentunya, Cheezy Sensation dan Fiery Perry. Nak bawa anak-anak makan pun sesuai untuk mereka menikmatinya nanti.
Budak-budakkan suka menu-menu berasaskan keju ini. Pulaknya cheese tu melimpah menyaluti ayam. Haa.. memang susahlah budak-budak nak reject kan.
sedapnyer menu kat situ. untung lah dapat bergambar dengan ustaz don.