Rahsia cinta Hamid Gurkha dan Isteri | ’Picanto Ex merahku meluncur laju membelah Lebuhraya Klang-Shah Alam. Menyusuri jalan raya yang tidak begitu sesak di pagi hari Rabu agak menyelesakan.
Terutama buat pemandu yang masih lagi menampal pelekat P macam aku ini.
Perjalanan diteruskan sampai ke Taman Sri Andalas, Klang keretaku membelok dan melaju ke Taman Perumahan yang awalnya aku sangka namanya Sri Damai.
Mujur ada abang Malek, perunding pelaburan yang saya kenali itu.
Kata abang Malek, di Taman Sri Andalas hanya ada Jalan Sri Damak bukan Sri Damai. Memang betullah telahannya itu.
Sampai Juga Di Rumah Pak Hamid Gurkha
Elok saja aku memberhentikan kereta di hadapan rumah bernombor XX (tak boleh dedahkan ya demi keselesaan tuan tanah) aku nampak Pak Hamid.
Tekun sekali membaca suratkhabar di pondok kayu dekat depan rumahnya.
Pak Hamid Gurkha ni pelawak terkenal sezaman dengan Allahyarham Jamali Shadat, A R Badul, Allahyarham Datuk Yahya Sulong.
Selepas bertanya khabar dan memaklumkan tujuan kedatangan, isteri Pak Hamid, Makcik Timah keluar menyapa kami.
‘Garang juga makcik Timah ni, seram siot!’
Hati aku terdetik. Aku cepat-cepat berdoa pada Ilahi mohon dipermudahkan segala urusan.
Gali Rahsia Cinta Pak Hamid Gurkha Dan Isteri
Ternyata pasangan suami-isteri ini tidak seperti yang aku fikirkan.
Mereka cukup baik hati.
Siap bagi sarapan nasi lemak dan kuih yang sedap untuk aku.
Tak lama lepas itu, cucu Pak Hamid balik. Lagilah meriah dibuatnya. Mereka pun cukup seronok berposing bagai. Tak sabar nak masuk majalah katanya.
Rahsia-rahsia cinta Pak Hamid dan Makcik Timah berjaya sudah dikorek, digali. Nanti mudahlah aku menaipnya bila balik ke pejabat.
nettyahhiyer.com
(Cerita Pak Hamid ini dipaparkan dalam majalah Mingguan Wanita keluaran 1348, cover Tini dan anak dalam ruangan Cinta Orang Popular).
Baca : Debar menemuramah wartawan veteran Dato’ Jamelah A Bakar
Istimewanya Taman Herba Pak Hamid Gurkha
Memandangkan hari itu tak ada ‘fotografer’.
Akulah yang mengambil setiap gambar-gambar pada hari itu.
Apa lagi, terderalah seketika Pak Hamid dengan Makcik Timah.
Mula-mula aku suruh bergambar berdua di pondok kayu. Lepas itu hidang menghidang. Tak cukup lagi aku suruh Pak Hamid ke taman mini dekat rumahnya.
Berposing segaya dua di situ.
Alhamdulillah, Pak Hamid sporting.
Seronok tak terkata.
Bila aku nak melangkah balik. Pak Hamid cerita lagi. Tak jadi aku melangkah, masuk semula ke rumah dua tingkat yang telahpun diubahsuai itu.
Mujur datang seorang, bolehlah berlama-lama di sini. Kali ini Pak Hamid cerita tentang tanaman herba pokok cerek-cerek yang ada di taman mininya.
Kata Makcik Timah, lepas Pak Hamid menyapu sampah.
Bukan sahaja di depan rumah. Malah menyapu daun-daun di sepanjang jalan rumah jiran-jirannya.
Pak Hamid akan petik biji cerek-cerek lalu menjemurnya.
Biji cerek-cerek yang dah kering akan Pak Hamid ketuk perlahan-lahan biar sampai terpecah kulit dari isinya. Isinya itulah nanti yang akan dikumpulkan dan dimakan pada waktu malam.
Bijinya pahit, jadi kena makan dengan buah pisang atau telan terus dengan air kosong. Jangan cuba-cuba hendak mengunyahnya gitu-gitu.
Sebiji sahaja sudah pahit ya amat.
Baca : Tanah Aina Farrah Soraya kaya sumber oksigen
Dapat Hadiah Biji Cerek-Cerek
Makannya pula bukan sebiji dua, tapi dekat 10 biji. Barulah mujarab untuk penyakit kencing manis atau darah tinggi.
Dan… yang paling bestnya, sebelum balik Pak Hamid sempat bekalkan sebekas biji cerek-cerek untuk diberikan kepada ibuku yang dikasihi. (Sebabnya Mak Cik Sulbiah itu pun ada darah tinggi…ngeee).
Dekat dua jam bertamu di rumah Pak Hamid.
Tibalah masanya untuk aku mengundur diri.
Sebelum melangkah pulang, Pak Hamid siap-siap bagi direction kat aku. Minta aku ikut jalan yang dia bagi betul-betul.
Sebelum pergi ke rumah Pak Hamid, geng MW sudah berpesan-pesan, ‘Net jangan lupa bergambar dengan Hamid Gurkha,”
Nah!
Aku betul-betul ambil gambar dengan Pak Hamid.
Sejarah tu!
(sebenarnya banyak juga orang-orang besar yang ditemui. Tapi ntah kenapa tak tergerak hati plak nak bergambar bersama…huhuhu, sayang jugakan)
‘mungkin nak jumpa banyak kali lagilah tu‘ – aku cuba tenteramkan hati yang tak berapa pandai nak mengambil peluang ni.
Disclaimer : Catatan ini bertarikh 11 May 2011
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis