Galeri Telefon Penuh Gambar, SEDIH! Sudahnya Kena Format

Galeri Telefon Penuh Gambar, SEDIH! Sudahnya Kena Format

Kerana galeri telefon saya penuh dengan gambar dan video, akhirnya telefon tak dapat nak on. Malah terpaksa tunggu seharian untuk betulkan semula.

Lagi sedih, semua gambar dalam tu akhirnya terpaksa direlakan hilang semua. Ya, telefon tu terpaksa di format semula.

Sebab hampir setiap hari saya memang akan save gambar atau apa saja info untuk content digital. Bila dah download tu, bernanti-nanti pula nak delete nya.

Lama-lama penuh galeri telefon itu. icloud pun dah tak boleh nak tampung. Eh! ke telefon saya tak bersambung dengan icloud. Hahaha.. tak taulah tang ini.

Sebab, semua teknikal-teknikal ni minta en Yem yang tengokkkan.

Satu hari tu, bateri phone tinggal dua ke 1 percent. Kita pun cucuklah nak charge. Selalunya, iphone ni kalau kita charge tak lama dia akan on screen tu macam biasa.

Penuh Sangat Galeri Telefon Gamaknya..

Tapi kali ini, lepas on screen tiba-tiba dia tulis tak boleh nak buka whatsApp sebab dah penuh sangat phone tu dengan macam-macam.

Dia suruh tutup mana apps yang tak pakai dan sebagainya.

Saya pun buatlah, tapi masih juga tak boleh. Tak lama, tiba-tiba dia terpadam. Dan terus telefon tak boleh nak on. Tanyakan pada en Yem. Minta dia tengok-tengokkan.

Dia siap je mengecat, dia pun amik telefon tu. Dan nak malam tu en Yem bagi tau. Tak boleh nak buat apa melainkan kena format balik.

Kalau format gambar ke video dalam ni semua hilang.”

galeri-telefon

Aduh! Nampak gayanya kenalah redha. Dan malam itu akhirnya telefon daapt juga dibuka. Macam yang en Yem bagitau, memang hilang habislah semua gambar dan video dalam tu.

Kenangan-kenangan time sebelum PKP pertama dulu ‘gone with the wind’. Yilek!

Nak marah pun tak boleh sebab salah diri sendiri kan. Jadinya, selepas ini kena beringat lah. Kena pastikan galeri telefon tu tak boleh penuh gambar.

Baca sini : ‘Rajin suamiku di dapur’ Ini pun tips bahagia dengan pasangan

Mujur Ada En Yem Ku

Bersyukur sebab ada en Yem aka pakar IT kat rumah sendiri. Kalau tak ada dia gamaknya kena charge berapa ratuslah tu nak bagi phone tu elok balik. Alhamdulillah.

En Yem yang saya kenal ini dia tak pernah pun masuk U ke mana-mana school nak belajar benda-benda teknikal komputer ni. Tapi minat dan keinginan dia besar.

Dia belajar sendiri je. Mungkin tu pun antara sebab ku jatuh cintah! Dan sekarang, benda-benda tu dalam tak sedar turun kat Zarif.

Ayah dia pun tak tunjuk sangat. Cuma Zarif suka hack ntah pape. Dekat rumah ini, phone dialah yang selalu jadi mangsa off wifi kalau nakal, malas, lemah gemalai bila mak suruh buat apa-apa.

Cuma untungnya, Zarif ini dia akan cerita apa dia buat. hahaha.. Apa lagi, maknya pun bagitaulah kat en Yem. Dan akhirnya dia kantoi juga untuk sekian kali.

Begitulah. Saya dan Zarif berdamai tiada. Hahaha..

Kesimpulannya di sini. Ku memang tak arif bab hapdet gajet ke hapa. Tahu pakai je. Rasanya ramai kot orang perempuan yang macam ni kan.

Sekian cerita sedih di musim PKP 3.0. Nangis!

Baca juga :
- 'Rajin suamiku di dapur' Ini pun tips bahagia dengan pasangan
- Rutin kental mak, rupanya melatih anak sifat kepimpinan
- Headphone bluetooth murah bawah RM50, mudah anakku ber’google meet’
- Duit gaji berilah mak ayah, InsyaAllah rezeki mencurah

2 Comments

  1. azni May 27, 2021
    • nettyahhiyer May 27, 2021

Leave a Reply

error: Content is protected !!