anak-demam

Seminggu Anak Demam Tidak Kebah

Anak demam tidak kebah | Sudah dua hari hujan turun membasahi bumi Meru. Syukur Alhamdulillah, rintik air sejernih kristal itu melurutkan seketika debu-debu kotoran yang dibawa bersama oleh angin dari ribut Taufan Filipina.

Meninggalkan kesan batuk, selsema dan sakit tekak yang berpanjangan kepada mereka yang kurang daya ‘tepis’ penyakit dalam tubuh. Pastinya, anak-anak kecil, orang-orang tua dan penghidap asma paling kronik sekali.

Anak kecil saya, Qaseh Zahirah sudah seminggu demam tidak kebah, begitu juga Zarif Ziyad, bunga-bunga asma sudah memberi tanda mahu bermula. Mujurlah MCS Maixara yang masih bersisa ada dalam peti ais saya.

Dapatlah dia bertahan sedikit. Saya pun mula mengambil makanan tambahan vitamin C dan minum cuka madu untuk mengurangkan sakit tekak yang semakin terasa peritnya.

Anak Demam Seminggu Lamanya

Mirza baru selesai diserang demam dua minggu sebelumnya. Tinggal abah dan emak yang masih lagi batuk-batuk dan demam. Adik-adik saya semua telah diuji dengan demam yang mengasyikkan.

Mengapa asyik? Demam-baring di katil-insaf dengan kekhilafan diri. Bukankah itu satu nikmat yang mengasyikkan.

(Sebabnya, saya terperasan adik bongsu saya, Azwan up-date status fb yang lebih kurang begini maksudnya ‘insafi diri semasa demam’)

anak-demam

Entahlah mengapa, setiap kali anak demam saya ajar Mirza ucap ‘Alhamdulillah’ dan amalkan membaca doa makan. Saya sendiri tak begitu pasti keberkesanannya.

Cuma pada fikiran saya yang dangkal, zikir ‘Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam‘ itu mampu menguatkan hati-hati yang sedang sakit dan derita. Ia adalah zikir kekuatan yang cukup hebat kuasanya.

Baca : Patutlah demam on off selepas suntik vaksin

Kaitan Doa Makan Dengan Anak Demam

Apa kaitannya doa makan dengan anak demam? Sebab nak makan ubatkah? Atau saya memang poyo dalam hal yang bukan-bukan sebegini.

Seperti anda sedia maklum, pada hemat saya yang tak berapa luas ini, demam itu bukankah dari serpihan api neraka yang Allah tempekkan sedikit pada hambaNya.

Di penghujung doa makan membawa maksud “Dan jauhilah kami dari azab api neraka“.

Semoga dengan doa itu, Allah mengurangkan sedikit kepanasan tubuh dalam badan anak-anak saya. Dan menyembuhkan penyakit anak demam.

Sesungguhnya taufan Filipina ini benar-benar menguji kekuatan hati.

Dan malam ini sambil menjaga Zarif yang sekali lagi diserang demam, saya masih berkesempatan memasukkan entri baru di sini.

Kasihan anakku sayang. Bersyukur kerana ada en suami yang sudi tidur-tidur ayam menjaga Zarif.

anak-demam
Kredit foto : Andrea Piacquadio via Pexels

Cara Rawat Demam Anak, Bagi Kebah

Bila anak demam yang panas, petua dari mak mentua saya ini kadangkala saya guna :

  • Lumurkan satu badan anak dengan air asam jawa.
  • Boleh juga buatkan air rendaman bunga raya.
  • Sentiasa pastikan suhu tak tinggi. Kalau tinggi, bagi minum air banyak dan pantau suhu dengan basahkan badannya.
  • Bacakan doa makan. Kadangkala menjadi juga.

Bertemu Hanis Zalikha

Mingguan Wanita keluaran akan datang, akan memuatkan kisah blogger dan artis terkenal tanahair. Siapa lagi kalau bukan Hanis Zalikha.

Sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat mahu menemuramahnya.

Cuma peluang untuk mengambilnya sebagai artis muka depan masih belum ada. Saya hanya menanti jawapan ‘yess!’ dari editor.

Bila saya nampak namanya termasuk dalam senarai, cepat-cepat saya ambil kesempatan itu.

Anak muda ini bukan sahaja bijak berbicara malah tahu serba serbi tentang kecantikan peribadi. Dia tahu bagaimana mahu menjadikan pakaian yang dipakainya kelihatan cantik dan elegan.

Cukup bijak beraksi di hadapan kamera, sampaikan jurugambar saya, Remy berat hati mahu hentikan bedikan flash. 

anak-demam

Barangkali juga saya kagum dengan ibunya, Puan Nani Rostam sampaikan saya pun jadi teringin bertemu anaknya.

Seakan mahu tahu apakah yang membuatkan si tinggi lampai wajah seakan pelakon K-Pop ini begitu digilai ramai. 

Benar, Hanis bukan blogger biasa-biasa. Dia berilmu dan berbakat dalam bidangnya. Juga seorang yang pandai melukis. Eh, terlebih puji pula. Cukup-cukup dulu.

Takut ada yang meluat pula nanti.

Mahu tahu apa cerita Hanis, dapatkan Mingguan Wanita edisi pertengahan Disember ini ya.

Ada cerita rahsia tentang pendakiannya menawan Gunung Kinabalu yang belum diketahui ramai.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!