cara-buat-simpanan-emas

7 Cara Buat Simpanan Emas, Best Mula Dengan 1 Gram

Cara buat simpanan emas ini mula saya praktikkan tahun 2015. Masa itu nak kata berduit pun tak juga. Boleh kata, gaji bulanan saya pun cukup-cukup makan.

Entah kenapa, bila dah mula membeli dan belajar cara simpan emas fizikal. Dia jadi susah nak berhenti (ketika itu).

Betullah orang kata, dari pengalaman simpan emas Public Gold ini boleh jadi ‘ketagih’ dibuatnya. Kuat betul tarikan magnet simpanan emas ini kan.

Jenis Simpanan Emas

Apa yang saya faham dan praktikkan pada masa itu, simpanan emas ini ada dua; barang kemas dan jenis gold bar.

  • Emas ini pula ada 24K (emas 999), 22K (emas 916), 18K (emas 750). Emas 999 ini biasanya jenis gold bar.
  • Dan tak sesuai dijadikan barang kemas sebab sifatnya yang mudah patah (tak mudah dibentuk).
  • Kalau barang kemas itu tentulah emas 916 atau 750. Ada juga emas 875 (emas 21K), saya jumpa dari pengalaman kumpul emas sendiri.

Saya beli gelang emas 916 (dari Ar-Rahnu Bank Rakyat) tapi bila letak di Ar-Rahnu yang lain nilainya jatuh jadi emas 875.

Hairan juga, tapi tidaklah saya gigih mencari sebabnya. Saya redha saja emas simpanan itu dinilaikan sebegitu.

Dari tahun 2015 hingga kali terakhir membeli emas, tahun 2018. Begini antara tip kumpul emas yang saya lakukan.

Ini sekadar perkongsian pengalaman simpan emas Public Gold. Dan emas lain-lainnya. Mana yang baik boleh ikut.

Sekiranya ada cara buat simpanan emas yang dikongsikan ini tidak kena dengan jiwa, sila abaikan saja.

cara-buat-simpanan-emas
Kredit foto : Pexels by Duygu Kamar

7 Cara Buat Simpanan Emas Sikit Tapi Konsisten

Alhamdulillah, walaupun ada tahun-tahun yang saya tak lagi membeli emas. Simpanan emas yang tersimpan, masih boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang.

Dan lain-lain hal yang berbangkit dalam keluarga. Dalam pasa mengumpul tu, boleh pasang niat zakat emas.

Beli Emas Dengan Ejen Public Gold Yang Sah

Masa itu, rakan sekerja merangkap bos berhenti kerja dan menukar kerjaya menjadi dealer Public Gold yang sah.

Saya pun bermula dan sedar kepentingan simpan emas selepas mendengar penerangan dan pemahaman daripada beliau.

Mula-mula tu, beli 1 gram saja. Masa itu harganya dalam RM175 segram. Manakala, harga emas 916 pun baru RM150 segram.

Dari belian pertama itu, saya mula memasang tekad untuk simpan emas 1 gram sebulan. Alhamdulillah, dalam tahun itu, saya dapat melaksanakan misi itu.

Rupanya, bila mula membeli gram emas gold bar jenis LBMA ini, dia punya seronok jadi beronok-ronok. Masa itu belajarlah.. Google juga segala jenis-jenis emas yang lain.

Cari lagi tip cara simpan emas 999 iaitu gold bar.

Walaupun ketika duit gaji kecil, tetap simpan, kumpul duit gaji itu untuk beli dan simpan emas gold bar 10 gram baik LBMA atau non LBMA. Bila beli seketul gitu, harganya jadi lebih murah.

Bolehlah dapat dalam RM1500 saja.

Kalau nak tahu, dia punya seronok membeli emas ini, dapat diskaun seringgit pun rasa dah untung betul. Hahaha..

Saya juga buka web Public Gold untuk tahu harga semasa emas dan cara beli emas di PGMall. Boleh juga tahu harga gold bar 1 gram terkini malah boleh tahu cara beli emas 999.

Kenapa Tak Buat Simpanan Emas Akaun GAP Public Gold

Setiap orang ada pendapatnya masing-masing. Ada orang selesa buat belian emas dengan akaun GAP ini. Kira macam tempat simpan emas jugalah.

Ianya simpanan tetap Public Gold untuk belian emas.

Antaranya dapat beli emas dengan harga diskaun yang diberikan oleh syarikat PG. Jadi, dapatlah dia kumpulkan gram dengan lebih sedikit.

Bagi saya pula, emas itu tetap kena ada depan mata. Pegang emas, bayar cash. Sebab itu, saya lebih selesa membeli dengan cara fizikal dapat fizikal.

Dengan kata mudahnya saya suka cara simpan gold bar sendiri. Begitulah.

Baca juga : Pengalaman walk-in jual gold bar di cawangan Public Gold, dapat cash

cara-buat-simpanan-emas

Cara Simpan Emas Dengan Join Grup Emas Di Facebook

Seingat saya, tahun 2015 itu, saya aktif memburu emas di grup Jom Emas, Jom Emas 2 (ni ingat-ingat lupa). Bermulalah misi mencari dan kumpul emas selain Public Gold.

Tentunya, emas PAMP Suisse antara yang menarik minat saya ketika itu. Sebab cert yang cantik dan design emas yang unik.

Misalnya, Lady fortuna, Rose dan Veriscan. Kiranya tengah in lah emas dari oversea ini.

Cuma bila membeli emas di grup emas ini, kena extra hati-hati. Macam-macam kes jadi masa itu. Sontot emaslah paling glamour sekali.

Saya ini cumalah pemerhati jauh saja. Nak beli sampai bergram-gram kilo tu jauh sekali.

Dapat baca dan tambah ilmu pun dah cukup bagus.

Beli Emas Secara Online Gandakan Simpanan Emas

Bila join grup begini, mudah nak mencari pembeli yang trusted. Mana yang saya yakin, saya beli secara online.

Walaupun emas sebenarnya tidak boleh dipos, tapi ramai sebenarnya yang buat begitu.

Percaya atau tidak, saya pernah berurusan membuat jual beli emas lebih 80K secara online. Tapi ini bukanlah untuk kegunaan diri sendiri.

Kaya amat tuh.

Alhamdulillah.. Allah permudahkan.

Cara lain, bila dah kenal pasti trusted seller di grup, saya buat belian secara COD pula. Belian COD lebih selamat saya kira.

Sebab dapat pegang terus emas. Kadangkala, seller beri diskaun seringgit dua.

Ini antara trusted seller emas online mahupun COD, Facebook Abi Dzar.

Bukan semata simpan emas jenis gold bar. Daripada tak tahu, tiba-tiba jadi pandai buat belian barang kemas second hand pula.

Kebetulan direzekikan berjumpa grup telegram dan trusted seller.

Tidak kisahlah emas second atau apa. Matlamat saya adalah menambah gram emas di tangan.

Sekarang ini, kalau hendak membeli di grup sebegini saya kena fikir banyak kali. Bukan tidak percaya, tapi lebih berhati-hati.

Terlalu banyak kes scammer melibatkan belian online sekarang ini. Jadi, saya sudah stop membeli di grup-grup.

Guna Cara Simpan Emas Di Ar-Rahnu

Ini pun antara cara simpan emas yang pernah saya buat. Waktu itu, saya masih lagi bekerja di pejabat. Bayangan saya masa itu tak mahu terikat dengan pembelian secara hutang.

Jadi, saya letak emas di Ar-Rahnu.

Dapat duit, saya beli barang secara cash.

Jika meletakkan 20 gram emas, saya buatkan dua surat.

  • 10 gram untuk surat pertama,
  • dan 10 gram untuk surat kedua.

Bermakna, jika mahu tebus kembali, tidak terbeban. Boleh tebus surat pertama dahulu. Tukar dahulu surat kedua.

Selepas duit upah cukup, tebus pula emas pada surat kedua.

Ikut pengalaman orang lain, yang menyimpan di Ar-Rahnu dan tukar surat. Tebus bila harga tinggi, itu dapat membantu kurangkan upah simpan. Perlu diingat, setiap kali tukar surat, upah akan berubah ikut harga emas semasa. (bergantung juga pada sistem urusniaga di setiap Ar-Rahnu)

Sebab itulah, menyimpan emas di Ar-Rahnu cuma saya buat sekali dua saja. Itupun semasa masih bekerja di pejabat.

Kaedah ini saya tidak kira sebagai tips simpan emas. Lebih kepada membuat pinjaman.

Agak berisiko jika tiada pendapatan yang stabil, dan meletakkan emas di Ar-Rahnu. Ini kerana, upah simpan masih lagi berjalan setiap bulan.

Bimbang tidak tertebus kembali.

cara-buat-simpanan-emas
Kredit foto : Pexels by Esra Afsar

Tolak Emas Di Kedai, Tambah Gram Emas Di Tangan

Emak kawan saya ini orang Kelantan. Cara membeli dan gandakan emas di tangan memang tak pernah saya fikirkan sebelum ini.

Kongsinya, katakan gelang emas emaknya dalam 10 gram. Dan dia mahu menukar gelang yang lebih berat.

Emaknya akan menukar ketika harga emas naik. Dengan ini emas di tangan dapat dijual dengan harga yang tinggi.

Dengan duit jualan dan tambah sedikit duit yang ada, emaknya berjaya menambah gram emas barang kemas sedia ada. Lama-kelamaan, dari 10 gram boleh bertambah ke ratus gram.

Menarikkan cara nak simpan emas begini. Cuma, kena pandai cari kedai, dan buat kira-kira sendiri. Untuk tolak upah dan sebagainya.

Tetap kena juga ada sedikit ilmu tentangnya.

Kalau semberono buat kiraan sendiri, memanglah gram bertambah. Tapi tak sedar, terpaksa pula membayar kos upah yang tinggi.

Cara membeli emas di kedai ini, saya memang belum mahir langsung.

Sebab itu, sampai sekarang saya tak pernah lagi jejak kedai emas. Hahaha.. sedihkan!

Guna Cara Simpan Emas Di Bank

Sekarang ini pun dah banyak bank-bank yang menawarkan simpanan emas di bank mereka. Antaranya Maybank Islamic Gold Account-1.

Boleh buat permohonan terus secara online di platform Maybank anda sendiri.

Jika sejenis susah nak simpan duit, cubalah buat simpanan emas gold setiap bulan. Mana tahu membantu di saat anda kesusahan.

Jual Balik Emas Fizikal Dalam Simpanan

Menjual semula emas fizikal di tangan ada bermacam cara yang boleh anda praktikkan. Sama ada menjualnya kembali kepada syarikat pengeluar, menjual semula kepada collector emas atau menjualnya kepada orang perseorangan.

Saya ada kongsikan cara jual emas 999 di entri cara jual balik emas public gold (fizikal) ini.

Semoga membantu anda untuk mencairkan emas dan menukarnya menjadi duit.

Baca juga :

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Tags:

23 Comments

  1. abam kie August 25, 2021
  2. MAMA REEN August 25, 2021
  3. azni August 25, 2021
  4. Maizan August 25, 2021
  5. Shamiera Osment August 27, 2021
  6. Min Shamsuddin February 16, 2022
    • nettyahhiyer February 16, 2022
  7. ziana eunos February 16, 2022
    • nettyahhiyer February 16, 2022
  8. mommylizz February 16, 2022
    • nettyahhiyer February 16, 2022
  9. Eswati Azni Jaafar February 16, 2022
    • nettyahhiyer February 16, 2022
  10. Bonde Zaidalifah February 16, 2022
    • nettyahhiyer February 16, 2022
  11. Mija February 16, 2022
  12. MrsPip February 17, 2022
  13. Atul Hamid February 17, 2022
  14. ombakbergigi February 17, 2022
  15. Nina February 17, 2022
    • nettyahhiyer February 17, 2022
  16. Maria Firdz February 17, 2022
  17. Shamiera Osment February 17, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!