money games di mortgage calculator

Cara Main Money Games Di Mortgage Calculator Secara Percuma (Free 2024)

Begini cara main Money Games di Mortgage Calculator. Permainan game online yang boleh dimain di desktop secara percuma tanpa download.

Tentu saja games untuk kanak-kanak Money Games ini membawakan objektif permainan kewangan dan pengiraan wang yang berfaedah.

Sebenarnya ini bukan kali pertama saya bantu Qaseh bermain permainan kewangan secara online ini. Tentunya setiap games untuk anak yang diperkenalkan ada kebaikannya.

Salah satunya, permainan online ini membantu Qaseh mencongak dan buat pengiraan dengan cepat.

Sebelum itu, saya minta Qaseh pilih money games for kids yang berkenan di hatinya.

Lama juga Qaseh hendak memilih, sebab bukan satu dua permainan Money Games di Mortgage Calculator ini.

Ada bermacam-macam ya. Bak tagline Money Games ini sendiri iaitu Play Free Online Entrepreneur, Business & Money Management Video Games for kids.

Haa.. jelaskan memang untuk melahirkan idea keusahawanan, perniagaan dan pengurusan kewangan dekat budak sekolah rendah.

Apa Itu Money Games Di Mortgage Calculator

Macam yang saya kongsikan itulah. Ianya permainan video online untuk anak-anak, main dekat desktop saja. Kalau ada iPad, boleh juga main di iPad.

Lagi feel kot.

Permainan online Money Games interaktif ini menawarkan, antaranya :

  • Money Games
  • Real Estate Games
  • Food Business Simulation Games
  • Business Simulation Games
  • Software Development Games
  • Office Politics Game
  • Dan lain-lain permainan online yang menyeronokkan.

Dalam banyak-banyak permainan video game Money Games dekat Mortgage Calculator inikan, ada satu yang betul-betul menarik minat Qaseh.

money games di mortgage calculator

Pertama : sebab senang betul nak main, disamping boleh membuat pengiraan asas secara congak dan cepat.

Baca juga : Makan-makan di kebun dalam suasana renyai hujan

Begini Cara Main Money Game Di Mortgage Calculator ‘Supermarket Numbers’

money games di mortgage calculator
  • Mula-mula kliklah dekat game Supermarket Numbers itu ya.
  • Matlamatnya adalah untuk mendapat mata paling tinggi tau.
  • Kemudian tekan play.
money games di mortgage calculator
  • Perhatikan nombor pada perkataan ’Goal’. Berapa angka yang tertera. Contohnya angka : 6
  • Bermakna, anak perlu mendapatkan jumlah angka 6 daripada blok nombor-nombor yang ada dalam kotak skrin yang bergerak-gerak tu.
  • Untuk dapatkan angka 6 itu, boleh pilih sama ada nak tekan nombor 3 plus 3 atau 4 plus 2. Ikutlah berapa pun pilihan anak, yang penting dapat jawapan 6.
  • Ada juga blok ‘bomb’. Kalau klik tu, boleh menghapuskan blok-blok yang lain.
  • Rujuk shopping cart kat sebelah kanan tu. Bila anak berjaya jawab, troli membeli belah tu akan bergerak ke kanan.
  • Jawablah mengikut ketetapan waktu yang diberikan.
  • Bila meter shopping cart tu dah penuh 100% bermakna anak boleh pergi ke level seterusnya.
money games di mortgage calculator
  • Tekanlah next level pula.
  • Dan selesaikan pengiraan yang dipaparkan dekat ‘Goal’.
  • Mainlah sampai level paling teratas. Sehingga habis peringkat ke-10.

Baca juga : Hari pertama persekolahan anak sulung

Info Tambahan Untuk Permainan Money Games Supermarket Numbers

  • Blok-blok yang jatuh di skrin bukan sekadar memberikan angka semata-mata. Malah, ada juga blok yang disertakan dengan tanda tolak. Anak-anak boleh membuat kiraan tepat semasa blok-blok ini jatuh di skrin.
  • Semakin tinggi level permainan Supermarket Numbers ini, akan ada juga blok tambahan yang memberikan fungsi penolakan, pendaraban dan pembahagian.

Haa.. sebegitu mudah sajakan nak latih anak mahir matematik ini. Tentunya tak perlu nak marah-marah, bagi je main game online Money Games ini.

money games di mortgage calculator

Games yang kongsikan ini basic dan sesuai untuk anak sekolah rendah macam Qaseh umur 10 tahun tu.

Saya tunjukkan contoh satu persatu itu agar memudahkan mak-mak nak ajar anak dan pantau masa bermain.

Maklumlah, kadang-kadang mak pun boleh lost bila depan game-game online ni.. hahaha.

Semoga apa yang saya kongsi itu mudahlah untuk anak-anak lain faham.

Ada lagi sebenarnya permainan lain yang boleh anak-anak pilih di Money Games Mortgage Calculator Org ini. Antaranya;

  • Magnificent Tower,
  • Tower Boom,
  • Construct A Bridge,
  • Bomb The Bridge.

Kan main nama game-game ni kan.

Ianya sekadar nama saja, namun permainannya bermanfaat untuk uji minda anak-anak bermain Money Games berkaitan kira-kira.

Baca juga : Anak sulung suka bertanya

Cuti Sekolah Masa Untuk Anak Bermain Game Online

Memandangkan sekarang ini cuti sekolah, tidaklah saya menetapkan masa yang ketat untuk Qaseh bermain game online ini.

Cuma bila tiba waktu dia perlu tolong ibu kemas rumah, sapu sampah atau bersolat. Kenalah Qaseh berhenti dan selesaikan urusan itu.

Syukurlah sebab Qaseh mudah untuk dibentuk sebenarnya.

Semoga bermanfaat ya.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

2 Comments

  1. Myzan December 24, 2022
    • nettyahhiyer December 24, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!