bercuti-dengan-tenang

3 Cara Bawa Anak Bercuti Dengan Tenang

Nak bawa anak bercuti dengan tenang biarlah ikut bajet mak ayah. Kadangkala percutian tenang yang diharapkan boleh bertukar stress.

Baik stress emosi mahupun peruntukan wang percutian. Bimbang, kesan menempuhi percutian memenatkan ini. Masing-masing akan give up nak pergi bercuti bersama-sama lagi dan lagi.

Sebab itulah pentingnya, merancang untuk menyediakan pengalaman bercuti dengan tenang bersama anak-anak dan keluarga.

Bayangkan musim cuti sekolah yang hampir bermula ini. Disebabkan pengalaman meletihkan itu, tiada seorang pun berkeinginan nak ke tempat percutian. Walhal, penting tau bawa anak bercuti ini sebenarnya.

Ia meninggalkan memori indah dalam diri anak-anak bila besar nanti.

Pernah Berdepan Percutian Yang Stress

Kami sendiri pernah melalui situasi jalan-jalan yang tidak menyeronokkan. Padahal pergi tempak gempak lagi viral di kalangan pelancong. Mana lagi kalau bukan Cameron Highlands.

Tapi disebabkan pengalaman menempuh jammed yang panjang. Buatkan anak-anak tak mahu jejak ke sana lagi.

Masing-masing give up bila ibu sebut nak bercuti ke Cameron Higlands. Geleng kepala anak-anak, sebab waktu pertama kali bawa mereka ke sana. Ibu salah timing, tiada perancangan dan main redah.

Sudahnya terpaksa menghadap kesesakan lalu lintas. Hanya nak sampai lagi 100 meter pun ambil masa dekat sejam. Sudahnya, sekejap sajalah dapat menikmati makan-makan sedap di Cameron.

Selebihnya lebih pada bergaduh, mengeluh penat dalam kereta.. hahaha.

Jadi untuk mencapai impian percutian tenang dengan anak-anak, ibu perlu buat guideline agar masing-masing happy. Termasuklah kebahagiaan diri sendiri. Gituh!

bercuti-dengan-tenang

Begini Planning Bercuti Dengan Tenang Bersama Anak-anak

Mulakan dari packing baju. Bila anak-anak dah besar ini mudahlah sedikit. Tak perlu dah mak sediakan sebab anak-anak boleh siapkan sendiri.

Pesan siap-siap, tak payah bawa baju banyak-banyak. Bawa ngam-ngam je, kalau tak cukup kita cari dekat tempat percutian karang. Baju pun jenis t-shirt saja. Tak payah pening nak gosok.

Bonus kalau penginapan sediakan mesin basuh. Boleh basuh dekat sana. Atau yang biasa kitaorang buat, pergi ke dobi layan diri dan cuci je dekat situ.

Seronok tau bila buat gini. Anak-anak pun belajar membasuh di kedai dobi layan diri sama.

Memanglah seronok kat kau Netty oii. Sebab bukan saya yang basuh pun, budak-budak ni dengan ayahnya yang buat juga nanti.

Hahaha.. mak dia planning je lebih.

Penting Pilih Lokasi Percutian Kegemaran

Cuti-cuti kami anak beranak ini bukanlah jenis percutian yang mewah-mewah oversea atau heaven-heaven gitu. Jadi, lokasi yang dipilih tentunya masih dalam bajet. Paling penting, kami dan anak-anak setuju nak ke sana.

Macam saya ini entah kenapalah suka sangat bercuti di Kuantan. Asal ada rezeki pasti ke sana. Sampai budak-budak ini pun dah tahu mana tempat nak jejak kalau gi sana.

Sebelum pergi tu pilihlah tempat penginapan. Kami pernah duduk di guest house bajet, De Rhu Beach Resort Kuantan, Grand Darul Makmur, Timurbay dan insyaAllah akan datang Swiss Belhotel Kuantan.

Ada yang ada kolam dan ada yang tidak. Dan ada yang dekat dengan pantai, ada yang dekat town. Semua penginapan ini memberi kenangan dalam ingatan anak-anak.

Baca : Rely aplikasi kelas online terbaik

Buat Senarai Perjalanan Agar Dapat Bercuti Dengan Tenang

Antara cara lain yang saya buat adalah siapkan senarai aktiviti yang boleh kami sekeluarga lakukan. Selalunya sebelum pergi itu dah google siap-siap lokasi menarik di tempat percutian.

Lepas tu buatlah catatan sikit-sikit.

Tidaklah nanti lost bila dah sampai lokasi. Macam nak ke Kuantan tu, saya dah google siap-siap tempat menarik untuk dilawati di Kuantan.

Kadang tu tak dapat pun selesaikan perjalanan ke semua lokasi.

Ikut situasi jugalah nak memenuhi setiap keperluan iternari itu. Disebabkan pilih nak tenang-tenangkan. Jadi, chill sajalah kalau tak dapat jejak pun. Next time boleh datang lagi.

Aktiviti yang betul-betul berbaloi pun penting juga untuk dapat bercuti dengan tenang dengan anak-anak ini. Ikut keperluan anak-anak. Apa minat mereka. Kalau suka mandi kolam, lebihkanlah yang itu.

Macam anak-anak saya ini dah besar masing-masing, jadi priority nya dah berubah. Berbanding macam masa mereka kecil dulu.

Ini antara contoh jalan-jalan Kuantan yang kami buat bila jejak ke sana.

Hari Pertama

  • Makan tengahari di MABIQ, Kuantan. (sebab sampai mesti tengahari kan. Ni memang destinasi wajiblah)
  • Check-in hotel
  • Mandi kolam di hotel (nikmati dulu suasana di hotel)
  • Makan malam di tempat dihajatkan.

Hari Kedua

  • Tengok Wayang (Macam kelakar kan, tapi memang inilah gaya kitaorang. Asal bercuti, kebetulan ada movie best. Jadi, inilah masanya belanja anak-anak tengok wayang)
  • Redah lokasi jalan-jalan – selalunya ke mall tengok barang-barang gajet ke apa. Sebab hari-hari biasa sekarang ni memang payah nak bawa budak-budak ni berjalan sama-sama )
  • Gi Pantai Teluk Cempedak. Rasa tak jejak Kuantan je kalau gi sana tak gi TC.. hahaha.
  • Shopping beli ikan bilis kat BESERAH (ni pun wajib untuk saya jejak)

Macam anda, bolehlah plan iternari ikut percutian masing-masing. Aktiviti makan-makan dan shopping itu memang wajib ada ya.

bercuti-dengan-tenang

Tentukan Bajet Harian Sepanjang Bercuti

Walaupun sekadar jalan-jalan dalam negeri, penting untuk saya siapkan juga bajet. Ada orang boleh je beli apa yang dia nak bila bercuti kan. Macam saya ini kan dah tak lagi bekerja macam sebelumnya.

Jadi, bab kewangan itu tidaklah boleh berjoli katak macam dulu.

Nak bagi bercuti dengan tenang tu, biarlah ada kira-kiranya. Alhamdulillah, kadang itu ada balance dan boleh simpan untuk next cuti-cuti Malaysia gitu.

Nak mudah siapkan sampul untuk :

  • makan pada hari pertama, kedua, ketiga,
  • beli cenderahati,
  • leisure ( ini kot nak kena bayar tiket atau apa-apa), duit minyak dan tol, bajet anak setiap sorang.
  • bajet untuk setiap anak
  • minyak dan tol

Sampul bajet anak setiap sorang ini penting bagi budak-budak ini. Sebab diaorang tahu waktu jalan-jalan inilah boleh dapat barang idaman ikut bajet mak beri.

Selalunya, saya setkan saja RM50 untuk setiap anak.

Ikutlah diorang nak beli cenderahati apa ketika di sana. Cukup ke tidak, itulah saja bajetnya. Memang saya takkan tambah kalau barang terlebih harga. Hahaha..

Handle Anak Meragam Waktu Bercuti

Anak meragam ini memang akan jadi dalam mana-mana perjalanan sekalipun. Nak-nak yang ada anak kecil. Eh! Saya yang ada anak besar ini pun masih terpaksa hadap. Hahaha..

Kalau dah anak meragam sokmo, mana nak dapat bercuti dengan tenang ye tak?

Tipnya, mak kena bertenang dulu. Baru boleh tenangkan anak-anak meragam waktu bercuti. Dalam masa sama, perlu kerjasama suami isteri juga.

nettyahhiyer.com

Kena sama-sama handle lagi-lagi kalau ada yang kuat sentaplah.. tak boleh tengok benda best, semua nak beli. Habis!

Kena terang betul-betul dengan anak. Atau paling berjaya, alihkan perhatian mereka dengan benda lain yang best. Buat promise, minta anak berkelakuan baik dan akan dapat reward sekian-sekian.

Pastikan reward yang kita offer itu mudah nak ditunaikan. Biar realistik kata orang.

InsyaAllah, menjadi jugalah cara begini.

Setakat ini dululah sharing saya ya. Kalau ada yang boleh beri idea tambahan, sudikan komen di blog saya ini. Amat-amatlah dihargai.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:,

Leave a Reply

error: Content is protected !!