Hari pertama persekolahan anak sulung, Mirza. Dia masuk ke sekolah Tadika Al Fudhail di Meru, Klang. Kiranya dekat dengan rumah.
Mirza belum pernah di dedahkan langsung dengan mana-mana sistem persekolahan formal mahupun tak formal.
Sebelum ini dia duduk dengan nenek dan bebas melakukan apa-apa sahaja di rumah nenek (tengok TV seharian pun nenek tak marah…hehehe). Jadi bila umur Mirza masuk 5 tahun, tergeraklah hati aku nak menyekolahkan dia.
Sedangkan dulu aku janji dengan mak minta tolong jaga setakat umur 3 tahun je. Sekali terlajak daaa. Maklumlah rasa cam best je mak jaga anak aku tuh.
Beberapa hari sebelum Mirza melangkah ke sekolah, aku dah ingatkan, beri gambaran serba sedikit perkara yang dia akan alami masa di sekolah nanti.
Pesanan Untuk Anak Hari Pertama Persekolahan
Antaranya, tak boleh menangis pada hari pertama persekolahan, akan kena tinggal dan duduk situ sampai setengah hari serta ada cikgu yang akan menjaganya. Alhamdulillah, hari pertama persekolahan Mirza tak menangis dan boleh terus naik ke kelas tanpa banyak soal.
Aku pula yang sepanjang hari terlalu risaukan dia. Sebabnya;
- Mirza budak yang pemalu sangat-sangat. Dia sanggup berlapar dari beritahu lapar dekat cikgunya (tapi kalau dengan kitaorang dialah hero).
- Mirza pada kacamata aku masih tak pandai lagi hendak berdikari dan bersosial.
- Aku risau Mirza kena buli dengan kawan-kawan dia…sebab aku nampak ada sorang budak tuh besar betul badannya…uwaaa…maknya pula yang berlebih-lebihan.
- Dalam ramai-ramai itu, cikgu nampak tak Mirza nanti. Terbiarkah anak aku nanti.
Macam-macam perasaan bersarang dalam kepala otak aku pada hari pertama persekolahan Mirza.. jumpa gak dengan kawan sekolah Menengah yang sekarang dah jadi cikgu.
Dia kata sekolah anak aku nih bagus dan budak cepat membaca. Ok…mungkin untuk budak yang sebelum ini dah kenal huruf ya kot…tapi Mirza masuk dengan zero. Salah aku gak yang ajar dia ala-ala kadar je sebelum ni.. alasan aku tak nak bagi dia stress sangat..biar dia main puas-puas dulu.
Hadap Jem Di Sekolah
Hari ini hari pertama sekolah, so transport balik tak disediakan lagi. Tepat jam satu aku kena ambil dia. Aku keluar rumah dalam 12.40 tengahari, sekali jam teruk dekat depan Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai dan Sekolah Menengah Meru.
Mana taknya hari itu first day sekolah…aduh..jem sana-sini.
Aku sampai di tadika Mirza agak lewat dalam 1.05 gitu… dalam bilik itu tinggal 3 orang pelajar yang tengah berdiri, Mirza salah seorang darinya. Tapi dekat luar tu ramailah budak-budak lain yang tengah rehat (untuk meneruskan sesi belah petang).
Masuk kereta Mirza tanya kenapa aku lewat sangat. Ala Mirza, 5 minit je..tapi mungkin bagi dia lewat dah kot..memandangkan pagi tadi tak sempat nak berposing-posing so waktu balik itu sempat snap sekeping dua gambar dia depan school.
Belah malam sebelum tidur, aku tanya dia macam mana sekolah.
Anak Sulung Seronok Ke Sekolah
Seronok bila Mirza kata yang dia seronok dan nak ke sekolah lagi…mungkin dia dapat benda baru agaknya. Tapi dia belum ada kawan lagi.
Paling aku suka bila dia tanya “Ibu, kenapa kepala abang berpusing-pusing.”
Kelakar ayat itu..tapi aku faham, dia sebenarnya asyik mengimbas pengalaman baru persekolahannya pada satu hari itu. Jawapan aku agak ganas skit. Aku kata sebelum ini otak dia beku, sekarang dah cairlah tu…hm…cam tak patut je kan?
Zarif pula seronok bukan main bila abang masuk sekolah. Dia pun nak ikut sama, dia jugalah yang terlebih excited minta dibelikan beg. Akhirnya Zarif yang dapat beg sekolah baru.
Mirza redha je dengan beg ayah. Waktu di school aku risau Zarif buat perangai. Maklumlah Zarif ini terlebih bijak dan kreatif. Risau gak kalau-kalau dia panjat-panjat atau berlari-lari. Mujurlah dia baik-baik saja hari itu.
Anak Kedua Merayu Nak Masuk Sekolah
Tapi bila abang dah masuk, dia pula yang merayu-rayu nak masuk dalam kelas. Macam mana nak pujuk Zarif ni. Sebelum dia menangis lagi dahsyat, aku pun bawa dia ke kereta.
Terpaksalah mencipta alasan bagi Zarif setuju ke kereta. Itupun sepanjang perjalanan balik dia asyik tanya bila dia boleh sekolah.
Aku kata Zarif masih pakai pampers so tak leh sekolah. Bila pakcik-pakcik dia tanya. Itulah jawapannya…so sweet!
Perjalanan Mirza dan Zarif masih panjang, tapi bila anak dah masuk sekolah aku rasa kehidupan aku berubah skit. Emosi aku macam tak berapa nak ok. Terasa sayu semacam. Kenapa agaknya ya?
Sampai hari ini aku masih tercari-cari lagi jawapan kepada emosi aku yang tak berapa nak betul itu.
Semoga Allah memelihara anak-anakku dan en Yem. (Akan datang kita cerita macam mana en Yem bersabar dengan situasi bila anak masuk sekolah ya!)
Disclaimer : Catatan ini bertarikh 3 Januari 2011
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
salam net,
Anak semakin membesar memang begitu. Kena dilepaskan seiring dengan usianya walaupun hati kita sayu..
thanks kak fadhilah..kata2 akak ni akan saya jadikan pedoman..
Salam, boleh saya tahu, okay ke tak ye sekolah ni selama anak puan di sekolah tersebut? Saya bercadang untuk hantar anak saya ke sekolah alfudhail.
Alhamdulillah, sekolahnya bagus. Waktu zaman saya itu disediakan transport untuk hantar anak balik. Ustazah sendiri yang hantar. Cuma sekarang ini saya tak pasti lah pula. Anak saya sekarang pun sudah 17 tahun.