Sejak dua menjak bersekolah ini anak sulung saya suka bertanya. Mirza suka betul bertanyakan soalan, ‘Ibu, hari ini abang cuti ke?
Mirza ini anak pertama saya. Selagi saya belum menjawab, selagi itulah dia akan tanyakan soalan yang sama.
Asal je saya balik dari kerja dia akan terus bertanya, sampailah jam 6.30 pagi esoknya dia akan bertanya lagi.
Sebelum ini saya tak kisah sangat dengan soalan-soalannya itu. Lama kelamaan saya terfikir, kenapalah anak saya ini asyik tanyakan soalan yang sama?
Dia tak seronok ke belajar di sekolah itu? Dia tak ada kawankah? Pernah juga anak sulung saya ini bercerita dekat saya yang dia tidak suka dengan seorang kawannya kerana kawannya itu nakal sangat.
Pertanyaan Anak Sulung
Tapi kenapa pula bila saya tanya siapa kawan-kawannya di sekolah, nama pelajar nakal itulah juga yang disebutnya?
Tanda tanya dan pelbagai tanda tanya terus bermain dekat minda aku yang amat terhad ini. Apa yang saya boleh buat cuma bertanyakan pada guru-gurunya.
Kata gurunya anak sulung saya ini kurang bercakap tapi tak menimbulkan masalah ketika belajar. Bab kurang bercakap itu mungkin diwarisi dari kami berdua (nak salahkan Mirza pun tak boleh sangat…hehehe).
Pesan saya pada gurunya agar ditengok-tengokkan anak sulung saya itu.
Setiap kali bangun pagi Mirza akan menangis dan terus menangis sebab tak mahu ke sekolah. Tapi bila dah sampai ke sekolah, tak pula dia menangis.
Cuma saya sedih setiap kali lambai dia dekat pintu pagar itu. Agaknya dia seronok tak? Ada kawan tak? Kena bulikah dia? Disayangi gurukah dia? Hanya doa mengiringi setiap perjalanan Mirza pada hari itu.
Semoga dia memperoleh segala kebaikan yang ada di sekolah itu. Amin.
Baca : syukur itu nikmat yang perlu diinsafi
Bertanya Soalan Yang Sama
Mirza juga gemar sangat tanya soalan, ‘Ibu, hari ini pakai baju sukan ke?’ Baju sukan cuma dipakai pada hari Jumaat sebabnya hari itu semua pelajar akan berhimpun.
Pernah sekali saya terlupa, saya pakaikan dia baju sekolah biasa. Barangkali sampai hari ini dia akan tanya soalan yang sama, takut pisang berbuah dua kali…hehehe.
Semalam sengaja saya bawa Zarif ikut sekali masuk ke sekolah Mirza. Manalah tahu Zarif seronok hendak belajar. Saya tanya Zarif nak sekolah, sekali dia jawab, “Zarif nak main kuda“.
“Sudah!” Parah macam ini kalau suruh Zarif sekolah.
Nanti dia bukannya nak masuk kelas, tapi sibuk bermain kuda dan taman yang ada di luar sekolah ini. Huhuhuhu…untuk Zarif, anak kedua ini ibu perlu ada persiapan mental yang betul-betul maksimum.
Disclaimer : Catatan ini bertarikh 2 Mac 2011
Baca juga : Nama anak lelaki