Mencari cincin emas yang cantik dan elegan penting bukan sekadar lambang status. Malah, meninggalkan momen-momen penting dalam diri anda.
Sama ada sebagai tanda merisik, cincin hantaran mahupun hadiah ulang tahun perkahwinan untuk isteri tercinta. Penting untuk memilih design cincin emas 916 terkini yang menjadi dambaan wanita.
Jadi, dikongsikan senarai 4 kedai emas ternama di Malaysia yang boleh dijadikan rujukan untuk melengkapkan impian indah anda itu. Boleh semak outlet kedai emas ternama di bawah ini.
3 Sebab Cincin Emas Begitu Menarik Di Mata Wanita
Baik wanita muda mahu berusia, ramai yang terpikat dengan kilauan emas. Itulahlah keindahan yang melambangkan simbol keabadian.
Selain itu ada kelebihan kenapa orang perempuan ini masih relevan memakai barang kemas seperti cincin mahupun gelang emas.
Sebahagian Daripada Adat Dan Tradisi
Diperlukan sewaktu upacara pertunangan, pernikahan mahupun acara adat yang lainnya. Ianya bukan sekadar perhiasan. Malah lebih daripada itu yang memberi makna pada budaya sesuatu kaum. \\Baik di Malaysia, nusantara mahupun negara Barat. Cincin dalam salutan emas bertahta permata tetap menjadi dambaan wanita.

Serlahkan Keanggunan Wanita
Sedar atau tidak, emas itu sendiri adalah perhiasan yang mahal dan berharga untuk wanita. Baik di majlis formal seperti kenduri kendara, kala itulah emas digayakan. Bagi menyerlahkan pesona si pemakai. Nak-nak cincin emas 916 dengan design terkini yang ada di tangan.
Pelaburan Jangka Panjang
Harga emas antara yang stabil di dalam dunia pelaburan. Malah, dari satu waktu ke satu waktu nilainya meningkat. Menjadikan permata ini antara pilihan terbaik untuk dijadikan simpanan kecemasan di kalangan mak-mak.
4 Kedai Emas Terkenal Di Malaysia
Disenaraikan 4 kedai emas terkenal lagi popular yang menawarkan koleksi cincin emas cantik lagi berkualiti tinggi. Ini antara senarainya.
Habib Jewels
Dalam industri perhiasan di Malaysia, nama Habib Jewels tak perlu diperkenalkan lagi. Terkenal dengan koleksi cincin emas 916/22K, cincin emas 750/18K, emas 375/9K, berlian, cincin lelaki dan cincin mutiara. Miliki ciri design emas Habib yang tersendiri lagi menawan.
Cincin Habib Jewel tersedia untuk wanita dan lelaki. Juga terkenal dengan cincin Oro Italia 916 gabungan emas dan cincin emas putih. Malah, ada juga cincin berlian yang menawan rekaannya.
Saiz cincin yang boleh dipilih bermula dari saiz 9 ke bawah sehingga saiz 20 ke atas.

Poh Kong
Kedai emas Poh Kong ini sudah cukup terkenal di negara ini. Poh Kong ini sudah lama menjadi salah satu destinasi utama untuk cincin emas di Malaysia.
Dengan pelbagai pilihan rekaan cincin klasik dan moden. Koleksi cincinnya ada yang dari emas 916, emas kuning 750, emas putih 750 dan cincin berlian dan permata. Poh Kong juga memperkenalkan koleksi barangan kemas di bawah jenama Anggun, Auspicious, Dfirst, Disney, Happy Love, Miss Petite, Poh Kong dan Tranz.
Boleh didapati dengan design cincin emas simple hingga elegan. Malah, menawarkan pilihan sesuai selera dan bajet pelanggannya.

Tomei Gold & Jewellery
Tomei juga antara kedai emas terpercaya di Malaysia. Kualiti dan keaslian cincin emas dari Tomei agak sukar ditandingi. Memiliki pelbagai design yang elegan dan cantik.
Cincin Tomei yang paling mahal dijual dengan harga RM25,928.
Di bawah jenama ini terdapat 3 jenis rekaan emas diukir pada cincin keluaran mereka. Iaitu Rose Gold Rings, White Gold Rings dan Yellow Gold Rings. Rose Gold Ring ini ada yang dari emas 750 (18K) dan juga emas 585 (14K).

Emas Anuar – Jewellery for Minimalist Lifestyle
Emas Anuar mengukir namanya dalam dunia perhiasan dengan pesona kemewahan, keindahan dan menjadi destinasi barang kemas pilihan wanita.
Dalam koleksi cincinnya, Emas Anuar menyediakan emas 916 dan emas 750 dengan gabungan batuan permata yang tersendiri.
Jualannya yang menawarkan harga patut menjadikan kedai yang popular malah viral dalam pembelian emas di kalangan wanita.
Baca juga : Pengalaman walk-in jual gold bar di cawangan Public Gold, dapat cash
Tips Memilih Cincin Emas yang Betul
Memilih cincin emas yang sempurna dapat menjadi pengalaman yang menyenangkan. Namun, ada beberapa hal yang perlu Anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan:
Gaya Peribadi
Pertimbangkan gaya pperibadi Anda. Apakah Anda menyukai desain klasik, moden, atau mungkin yang lebih unik? Adakah ketika ini anda memilih cincin emas 1 gram atau cincin emas 2 gram.
Memahami gaya, akan membantu anda memilih cincin emas yang sesuai.
Jenis Emas
Emas tersedia dalam berbagai jenis, seperti emas putih, kuning, dan rose. Ketahui perbezaan di antara jenis-jenis emas ini dan pilih yang paling sesuai dengan preferensi anda.
Terdapat juga emas 999 dibuat cincin. Namun, emas sebegini tidak sesuai untuk dijadikan barang kemas kerana sifatnya yang rapuh dan mudah kemek.
Bentuk dan Ukuran
Pilih bentuk dan ukuran cincin yang selesa dan sesuai dengan jari anda. Bentuk cincin perlu disesuaikan dengan keselesaan anda kala memakainya sehari-hari.
Batu Permata
Jika Anda menginginkan jenis yang lebih berkilau, pertimbangkan cincin emas dengan batu permata. Pilih batu yang anda sukai, seperti berlian, sapphire, atau zamrud.
Boleh lihat cincin emas terkini malah terbaru di laman kedai emas yang ada di pasaran. Sesekali ikut trend pun menarik juga.
Baca juga : Jenis gelang emas
Cara Ukur Saiz Cincin Di Jari Anda
Begini dikongsikan cara untuk anda mengukur saiz cincin di jari perempuan mahupun lelaki.
Langkah 1: Sediakan Benang atau Reben
Potong sepotong benang atau reben nipis dengan kepanjangan yang cukup untuk melilit jari yang akan anda ukur.
Langkah 2: Lilit Jari Anda
Letakkan benang atau reben dekat bahagian jari yang ingin anda ukur. Pastikan benang atau kertas tadi ngam-ngam di jari. Tak terlalu ketat atau terlalu longgar.
Langkah 3: Tandakan Titik Pertemuan
Di tempat benang atau reben bertemu, buatlah tanda yang jelas dengan menggunakan pensel atau pen. Inilah tanda panjang benang yang melilit jari anda.
Langkah 4: Ukur Panjang Lilitan Jari
Letakkan benang atau reban tadi di tempat yang rata. Ukur dengan pembaris jumlah keseluruhannya, gunakan bacaan milimeter.
Langkah 5: Dapatkan Ukuran Yang Tepat
Untuk mengetahui ukuran cincin yang sesuai, anda perlu membaca ukuran lilit tadi dalam bacaan milimeter ke ukuran standard cincin.
Nanti bila sampai kedai emas, boleh maklumkan pada pekedai ukurannya. Ada standard bacaan untuk ukuran cincin ini.
Baca juga : https://surihack.com/cara-cuci-barang-kemas/
Tips Tambahan
- Pastikan jari anda dalam keadaan normal ketika mengukur. Kalau tangan tengah bengkak ke tak payahlah ukur lagi.
- Buat ukuran secara berulang untuk mendapatkan bacaan yang tepat.
- Kalau masih ragu-ragu, pergilah ke kedai emas berhampiran lokasi anda dan minta bantuan daripada yang pakar dalam kedai emas itu.