Amalan simpan duit RM5 mahupun RM20 ini saya baru mula tahun ini. Sebelumnya ada juga menabung duit, cuma style menyimpan orang bukan ada-ada ini lain sedikit.
Bila masa terdesak atau sesak, memang terpaksalah tarik dari tabungan. Ikutkan kata pakar, itulah cara menabung duit yang bahaya.
Realitinya, pakar tak beri kami makan. Jadi, saya ikut cara menabung dengan gaji kecil yang paling saya selesa. Tanpa memaksa diri malah tidak mendatangkan stress semata-mata nak ikut cara simpan duit.
Cara Menabung Duit Melalui Video Raya ‘Mak Simpan’
Punyalah suka menyimpan. Sampai saya terjebaklah berlakon iklan raya ‘Mak Simpan Duit Raya’ di Mingguan Wanita ni. Hahaha..
8 Cara Simpan Duit Berkesan Ikut Pengalaman Sendiri
Cara Simpan Duit Gaji ‘Asal Jumpa, Cepat-cepat Simpan RM5’
Apapun kena ingat!
Nak bagi berkesan cara simpan duit ini, kenalah ada semangat yang kuat. Hati yang kental sama. Jadi, ini yang saya lakukan tahun ini. Dan ada juga tips simpan duit yang sudah saya praktikkan lama.
Sebab kalau tak cepat-cepat alihkan dari pandangan, sure akan terguna punya. Contohnya, dalam beg kan ada bahagian berzip kan.
Jadi, keluarkan duit RM20 atau duit RM5 dari dompet dan masukkan dalam zip. Lupakan. Nanti bila dah sampai rumah, baru keluarkan dan asingkan.
Ni tips menabung RM5 paling mudah lekatlah kat diri sendiri.
Tenang-tenang Saja Amalkan Cara Nak Simpan Duit RM20
Satu lagi, kena ada rasa seronoknya nak simpan not warna kuning dengan hijau tu. Tapi jangan obseslah ya. Buat tenang-tenang saja.
Alhamdulillah, dalam tempoh beberapa bulan saya dah mula konsisten buat menyimpan guna tip simpan duit RM5 dan RM20 ini.
Hasilnya bolehlah kan.. sebab buat tenang-tenang saja. Sambil-sambil orang kata. Dengan duit simpanan itulah juga saya dapat beli periuk nasi tefal yang saya idamkan lama tu.
Lepas tu, kita teruskan sajalah prosesnya. Dalam keadaan sekarang yang tak menentu ni, kadang bila sesak saya tertarik juga sedikit. Huhu..
Saya fikir, ‘takpe Netty. Tak dapat simpan note RM5 atau RM20 tu. InsyaAllah ada nanti rezeki lain, mungkin not ungu? Sapa tau kan. Hahaha.’. Ni ayat sedapkan hati sendiri.
Cara Menyimpan Duit Dalam Tabung Haji, Amanah Saham
Sebelum ini saya simpan saja dalam bank tu. Mengenangkan mudahnya duit nak dikeluarkan. Semudah menekan nombor di mesin ATM atau tergores time beli barang atau terklik waktu buat belian online.
Jadi, saya ambil langkah selamatkan diri dari keborosan sendiri. Maka, buatlah simpanan di tabung haji, untuk diri sendiri dan anak-anak.
Cuma selepas tidak masuk pejabat, saya berhenti menggunakan cara menabung duit sebegini.
Sehinggalah, tahun ini juga tergerak hati mahu menyemak TH Tijahari yang boleh dibuat secara online. Untuk mendaftar saya pergi ke Tabung Haji di bangunan Anggerik Mall, Shah Alam dan update akaun di sana.
Selepas itu, akaun saya dan anak-anak (di bawah penama saya) sudah terupdate dan boleh diurus secara online.
Kenapa saya ke TH Shah Alam untuk daftar : Kerana sebelum ini saya pernah hubungi pegawai. Jika saya mahu buat secara online, katanya perlu berikan bukti penyata telefon untuk 3 bulan. Telefon saya ini atas nama suami. Maka, susahlah nak teruskan.
Selesai mendaftar, saya updatekan TH di bank sendiri. Yang ini boleh buat terus di mesin ATM. Ikut saja arahan yang mesin ATM berikan. Kalau saya yang tak tech-savvy ni pun boleh, anda tentu boleh.
Buat Simpanan Tabung Amanah Secara Online Saja
Simpan duit di Amanah Saham pun sekarang lebih mudah. Boleh buat ASB secara dalam talian. Daftarkan secara online saja. Boleh cari infonya di Google. Saya dulu pun buat macam itu.
Bila semua sudah online, nak menyimpan ikut jumlah mana kita mampu buat saja dalam talian. Jika ada duit lebih, bolehlah beli amanah saham secara online.
Walaupun bila duduk rumah ini gajinya tidak semacam waktu bekerja di pejabat saya tetap disiplinkan diri menyimpan sekurang-kurangnya 20% daripada gaji.
Konsisten juga praktik cara simpan duit gaji RM1000 sebulan.
Dan cara simpan duit gaji di kedua-dua tabungan ini saya kira selamat untuk diri saya sendiri. Sebabnya, saya tak tahu macam mana cara nak keluarkan dengan mudah secara online. Hahaha.. (Biarlah begitu, buat masa ini saya tak nak belajar dulu.)
Kiranya ia selamat di situ. Jadi, kalau nak tabungan anda selamat. Simpanlah di tempat yang anda susah keluarkan. Hahaha..
Simpanan Emas Gold Bar Bila Ada Duit Lebih
Cabaran menyimpan cara ini saya dah praktikkan lama. Cuma selepas bekerja di rumah, memang saya dah tak apply cara ini.
Saya mula terjebak mempelajari cara buat simpanan emas gold bar ni waktu masih bekerja di pejabat. Masa itu ada geng kutu emas. Seronoklah dapat buat simpanan emas waktu itu.
Waktu itu, sambil-sambil bekerja buat juga kerja-kerja part time. Duit sampingan itulah yang ditukarkan menjadi emas.
Menyimpan emas ini, bila dah mula, nak berhenti memang susah. Punya gigih waktu itu, siap masuk grup Jom Emas 2 dan macam-macam grup facebook mahupun telegram emas sebab nak memburu emas kononnya.
Cuma kenalah berhati-hati dan berwaspada sentiasa. Kerana scammer memang tetap wujud dan ada di mana-mana.
Syarat utama, nak menyimpan emas gold bar ini pada saya, kena rajin buat bacaan tambah ilmu. Dan ekstra hati-hati!
Sebelum ini saya pernah tanya Ustaz Khairul Anuar Basri, boss KAB Gold tu, apa saya nak buat dengan gold bar yang saya ada. Waktu itu, tergerak hati nak leburkan jadi duit.
Ustaz kata boleh bawa ke Public Gold dan jual di sana. Tapi sebaiknya simpan. Bila ustaz dah kata gitu, tak jadilah nak usik dia. Biarlah dia dok kat sana diam-diam.
Simpan emas ini untuk long term investment. Hasilnya bukan setahun dua, bertahun juga. Tapikan, selepas bertahun inilah antara cara saving duit gaji terbaik.
Bila nak guna emas tu, bila-bila boleh jual balik emas public gold fizikal yang ada kat tangan. Ada saya kongsi caranya di blog.
Baca juga : 5 cara simpan emas pergi haji dan umrah
Simpan Duit Melalui EPF, Pelaburan Jangka Panjang
Ada satu lagi cara menyimpan untuk jangka masa panjang. Syarat kejayaannya, kena pastikan kita ada ejen yang sentiasa keep in touch dengan kita (ni paling penting!)
Alhamdulillah, saya berjumpa dengan ejen yang baik.
Pelaburan boleh dibuat melalui potongan EPF. Masa saya buat dulu, ada yang beri amaran dekat saya. Sebab itu duit simpanan masa tua. Seram juga ya!
Tapi tiada pelaburan yang tidak berisiko kan. Dan pernah saya nak berhenti. Masa itu sebab macam tak nampak untungnya ke mana. Ejen saya ini pandai pula memujuk.
Tak jadilah nak berhenti.. kiki.
Selepas itu, saya betul-betul lupa yang saya pernah ada pelaburan melalui EPF ini. Lupa langsung. Sampailah ada kawan tanya berminat tak nak join.
Masa itulah teringat balik. Memang oldskool betul saya ni. Sajalah wasap ejen. Rupanya ejen saya masih terus jalankan pelaburan saya dengan baik. Alhamdulillah.
Ada juga pelaburan yang tidak menjadi. Juga disebabkan ejen saya berhenti dan selepas beberapa tahun baru saya tahu. Tapi tidaklah saya menyalahkan ejen itu. Sebab dia mungkin ada sebabnya yang tersendiri.
Dan bila saya hubungi ejen dan syarikat pelaburan itu, akaun sudah diserah urus secara rasmi kepada ejen yang lain. Alhamdulillah, syarikat itu pun dah keluarkan surat rasmi tentangnya. Cuma saya lah yang masih belum hubungi ejen baru itu lagi.
Simpan Duit Anak-anak Dalam Sampul Duit Raya
Ini cara oldskool tapi sangat berkesan untuk memberi galakan dan keseronokan menyimpan. Bukan saja pada anak-anak, tapi diri sendiri.
Begini saya praktikkan cara simpan duit guna sampul.
Dulu asal dapat duit dari atuk, nenek atau sesiapa, anak kedua saya, Zarif tak mahunya serah dekat saya. Dia kata nanti ibu buat beli tudung.
Sebabnya dulu saya pernah tipu dia. Saya kata beli tudung baru guna duit dia. Padan muka sendiri kan.
Selepas dipujuk dan pujuk lagi, akhirnya anak-anak rela bagi pada ibu untuk simpan duit dalam sampul. Setiap anak-anak ada sampul sendiri.
Kalau tetiba masing-masing nak beli barang ‘kehendak’ untuk diri sendiri. Ibu kata guna duit sampul. Selamat mak dia tak yah keluar duit. Hahaha..
Duit sampul juga adalah duit jalan-jalan anak-anak. Bila masa ada hari nak pergi bercuti ke mana-mana ibu akan tetapkan RM50 untuk membolehkan mereka beli barang idaman masa bercuti.
Masa itulah anak-anak rasa seronok sangat. Sebab nak dapatkan barang idaman dari dompet mak dia ada masa tertentu saja. Itu pun 10 tahun belum tentu ada.
Kena tunggu tarikh matang orang kata.
Alhamdulillah, cara menyimpan duit gaji kecil ini pun antara yang sukses juga untuk kami.
Tip Ekstra! Cara Simpan Duit RM5 : Tabungan Syiling Pun Berkesan
Setiap tabungan yang saya kongsikan di atas, ini pun cara menabung duit dengan cepat. Tidaklah pernah saya tetapkan jumlahnya berapa dan berapa. Kerana macam saya beritahu sebelum ini.. saya tak nak stresskan diri sendiri.
Kalau cuma ada seringgit, pun saya simpan. Kalau cuma ada syiling, tetap saya masukkan dalam tabung syiling. Oh! Lupa nak cerita tabungan syiling ini kan.
Saya pernah jumpa penyimpan syiling ini sampai penuh satu tempayan besar. Bila dikira-kira dekat RM3000 jumlahnya. Dahsyat betul.
Bawah ini tabung duit syiling saya. Sempoi je cara saya buat tabung duit sendiri ini. Guna bekas kuih raya.
Daripada jual kat recycle saya tukar jadi bekas tabung. Ini pun cara menabung dengan mudah yang masih relevan.
Sejujurnya nak bagi diri sendiri sukses dengan cabaran simpan duit RM5 sampailah macam-macam cara kumpul duit di atas, sememangnya memerlukan disiplin dan keazaman yang tinggi.
- Saya juga ajar diri sendiri untuk membezakan yang mana kehendak, yang mana satu keperluan.
- Jika tiba-tiba teringin sesuatu, kena tanya balik diri sendiri. Kalau beli ni berbaloi tak. Kalau tak ada ni aku jadi susah tak? Bila dah ada jawapan baru buat tindakan simpan duit.
Begitulah serba sedikit cara menabung gaji kecil macam saya ini. Menabunglah walau sedikit.
Memang kekadang tu rasa gatal je nak membeli. Lagi-lagi pembelian online mudah dan tersedia depan mata.
Cara Menabung Gaji Kecil
Tip yang saya kongsikan ini adalah bagaimana cara simpan duit gaji dari zaman bekerja tetap sampailah sekarang bekerja secara kontrak.
Dekat empat tahun juga, saya berhenti dan meneruskan kerja di rumah. Waktu itu belum lagi PKP, tapi saya dah PKP sendiri.
Bila tak lagi bekerja tetap, tentulah gajinya tidak seperti waktu masih bergelar pekerja di kantor. Magiknya, walaupun kecil segala keperluan, Alhamdulillah mencukupi.
Sebenarnya sebelum ambil keputusan berhenti itu, saya dah mulakan langkah cepat-cepat lunaskan segala hutang piutang.
Walau sekuat mana pun mencuba, hutang rumah tetap tak dapat diselesaikan. Nak tak nak kenalah juga bayar tiap bulan.
Bila ada moratorium, dapatlah bernafas sedikit.
Dan masa ini, saya dah mula amalkan membeli tanpa hutang. Bila tidak berhutang, insyaAllah.. banyak benda jadi lapang.
Macam saya terangkan sebelum ini, bila tahu beza keperluan dan kehendak dicampur dengan membeli tanpa berhutang, diri tidak terbeban dengan kebimbangan untuk melunaskan wang yang tertangguh bayar.
Apa pun, ujian lain tetap ada. Kerana, dalam bab wang ringgit makin dibicarakan makin panjang pula cabarannya.
Wah, saya juga penyimpan duit hijau tu. Tapi bila sekarang asyik guna auto debit atau QR code susah nak tebalkan jumlah simpanan duit hijau tu.
Bagus ni diversified saving .. camni
Dulu2 selalu simpan sjk WFH mmg ke laut dah
saya pun suka simpan dan tarik.. sedih betul.. tapi kali ni dah terus disiplinkan diri potong sesiap deposit dr gaji ke th.. nanti nak try la yang tijahari tu..
Ada byak cara nak menabung. Macam sy sendiri dah biasa amalkan menabung dari kecil lagi. Asal ada syiling saja terus simpan.. kadang duit tu juga bikin beli air..
Masa student pula sy simpan duit belanja RM5.. Duit tu lah sy simpan di ASB.. Bila ada kerja partime pula sy menyimpan di KWSP & ASB.. Simpanan tak byak tetapi Alhamdulillah sentiasa ada ketika perlu..
Lagi 1 yg sy amalkan, iaitu SEDEKAH. SubhanAllah.. Bila kita bersedekah rezeki tak putus-putus..
Nak try la
Terbaik
Terima kasih.
Marina simpan duit syiling. Purse berat, so keluarkan duit syiling tu simpan. Duit syiling tu kira2 dah boleh tukar tayar kete 2 biji
Banyak cara
nak dengan tak nak jer
walaupun seringgit
Bagus cara Net ni. Ada pelbagai cara. Kita try cara yg kita selesa dan paraktikal dgn hidup.
Kak pip simpan di ASB, Unit Trust, dan savings akaun kedua. So biasanya bila ada income dari mana2 job, biarpun sikit2 , kak pip agih2 kan ke semua akaun simpanan.
Betul sangat, sikit2 lama2 jadi bukit. Bukan senang nak menyimpan dengan pendapatan yg tak menentu dgn upah freelance ni, tapi kena ada daya usaha kalau nak menyimpan.
Bagus cara ni. Simpan sikit-sikit.
Cara ada macam2 ikut mana kita selesa
Ada banyak cara menabung kan kak.. sy pula menabung duit syiling dan duit RM5 juga.. selalu asingkan.. Selain tu duit dari gaji blog terus masuk ASB & KWSP guna online banking.. Walaupun betul2 perlu duit sy cuma guna tabungan syiling dan RM5 saja.. as long konsisten menyimpan di ASB & KWSP.. Apapun menabung sgat penting.. jangan lupa juga utk sedekah..
Tahniah sebab Berjaya menabung dan beli gold bar, sy pun teringin nak mengumpul gold bar nih
saya pernah cuba, tapi tak lama nanti nak cuba buat balik simpan si hijau ni
Saya simpan syiling je selalu. Tapi seronok juga beli sekali adik nak tukar duit banyak juga dapat.
Saya suka statement ni “Realitinya, pakar tak beri kami makan” tapi menabung tetap penting untuk kepenting hidup diri, keluarga dan masa depan anak-anak.
Satu lagi tips atau cara menabung adalah dengan membuka akaun SSPN, kita dapat menabung dan mendapat perlindungan takaful yang dijamin oleh kerajaan. 🙂