Maggi ketam ini menjadi menu kegemaran ramai. Hidangan ini popular baik di restoran dekat Kelantan mahupun Klang, Selangor. Kali ini saya cuba masak resepi maggi kari ketam padu power di rumah sendiri.
Rasanya segar lagi padu bila digandingkan dengan bebola daging Ramly. Tambah pula dengan kiub lembu. Hah! boleh bayang tak betapa power tak power resepi maggi ketam saya ini.
Saya masak maggi kari ketam ini menggunakan mi segera Numee Gardenia. Kebetulan dapat harga murah dekat pasaraya Segi Meru ini. Maka, terjadilah resipi maggi special dengan ketam. Nak kata ada sentuhan cina nya pun tak tahulah ni. Cubalah semak saya kongsi bahan-bahan dan cara membuat mi maggi ketam ini.
Resepi Maggi Ketam Numee Gardenia Simple Sedap
Durasi memasak : 20 minit
Bahan-bahannya
- 4 pek mi segera Numee Gardenia
- 2 ekor ketam bunga (guna ketam apa pun boleh) – bersihkan, belah dua, cuci dan tos
- 5 bebola daging Ramly
- 1 kiub lembu
- 1/2 bawang besar – dihiris
- 1/4 bawang holland – dihiris
- 4 ulas bawang putih – diketuk dan hiris
- Serbuk lada sulah
- Daun sup secukupnya
Cara Masak Maggi Ketam
- Panaskan air dalam periuk sampai mendidih.
- Sementara tu, boleh tumis bawang merah, bawang putih dan bawang holland yang dah dihiris. Jadikan, sebagai bawang goreng. Angkat bila dah garing. Taburkan dengan sedikit serbuk lada sulah di atas bawang. Gaul-gaul manja.
- Sebaik air rebusan dalam periuk sudah menggelegak. Masukkan kiub lembu. Biarkan sebati.
- Bolehlah masukkan bebola Ramly.
- Kemudian, masukkan ketam yang dah ditos dan perencah maggi kari Numee dalam periuk tadi. Bagi ketam dan bebola mereneh dalam sup tu.
- Bila dah menggelegak, masukkan pula mee segera Numee seketul demi seketul. Tak perlu dipecahkan mi maggi tu ya.
- Dalam dua minit macam tu bolehlah tutup api.
- Taburkan bawang goreng yang digoreng tadi dan daun sup.
- Sedia untuk dinikmati.
Tip masakan
- Resepi maggi isi ketam ini saya tak tumis sebab nak dapatkan rasa manis ketam tu meresapi kuah dari perencah mi segera dan sebati bersama bahan-bahan lain.
- Daun sup boleh juga digantikan dengan daun ketumbar.
- Jika suka, boleh tambah jus limau nipis dan sos ikan. Akan dapat rasa maggi thai nanti.
Gardenia NuMee Mi Segera Perisa Kari Jenama Malaysia
Berdasarkan info Gardenia Bakeries, mee segera NuMee keluaran Gardenia ini merupakan jenama Malaysia dan produk Muslim tempatan. Ada tiga perasa mi segera di bawah jenama ini. Iaitu NuMee Mi Segera Perisa Kari, NuMee Mi Segera perisa Ayam dan NuMee Mi Segera Goreng.
- Mee segera NuMee perisa kari : berat 76gram, harga RM4.80
- NuMee Mi Segera Perisa Ayam : berat 75gram, harga RM4.80
- Mi segera goreng NuMee : berat 82gram, harga RM5.00
Daripada pengalaman menikmati perisa kali untuk kali kedua ini, saya akuinya rasanya sesedap maggi kari yang popular di pasaran itu.
Resepi Maggi Sedap Rugi Tak Cuba
Selain maggi sup begini, saya juga pernah kongsikan beberapa resepi maggi sedap yang lain. Antaranya,
- Sedapnya maggi kari chili oil viral versi sup
- maggi goreng mamak resepi ala Sheila Rusly
lagi sedap n bersih jika buat sendiri. rata2 harga maggi ketam di kelate ni hampir rm20 yg paling murah… jika buat sendiri boleh makan sepuas hati….
Uii.. boleh tahan juga harga maggi ketam di Kelantan. Bila buat sendiri ini syoknya boleh makan ramai-ramai.