kelas seo website

Best Masuk Kelas SEO 2023 Jadi Blogger Tip Top

Awal tahun 2023 gigihkan diri masuk kelas SEO berbayar untuk mantapkan ilmu SEO. Usaha naikkan website nettyahhiyerdotcom ini.

Sejak menetapkan azam tahun baru 2023 yang satu ini. Iaitu mahu jadi blogger sepenuh masa, walau duduk rumah padat sungguh jadualnya.

Kerana saya tahu akan datang ilmu SEO ini tentu ianya berguna untuk memberi manfaat pada orang lain.

Cara Untuk Jadi Blogger Tip Top 2023

Ada masa saya menulis memang untuk fokus pada penulisan SEO. MasyaAllah memang ambil masa yang teramat panjang untuk menyudahkannya.

Tapi kan.. kenapa makin belajar dalam kelas SEO makin banyak yang tak tahu ni.. hahaha.

Itulah dia kan. Nak tak nak memang kena juga menulis artikel SEO dengan sebaiknya.

Permulaan untuk menjadi blogger tip top yang ada ilmu SEO pun kenalah tahu caranya macam mana kan. Join kelas SEO itulah antara caranya.

Jadi awal Januari 2023 ini kita perlu atur strategi memantapkan blog kendalian sendiri ini.

kelas seo

Masuk Kelas SEO Dengan Geng Blogger Sepenuh Masa

Bukan tak boleh belajar di Google atau melalui pembacaan. Tetapi berguru itu tetaplah lebih baik lagi.

Jadi, bertemankan en Yem. Saya belajar SEO dengan cikgu Hazwan di rumah Kak Azni, blogger modernmumthingy.

Fahamkan apa kehendak Google dengan algorithm baru dia tu ‘sistem carian panduan Google Helpful Content’

Yang mana, disebabkan perubahan algorithm Google Helpful Content dan spam filter. Serta update google lain yang kerap itulah membuatkan content saya hilang dari radar.

Jadi, nak pulihkan balik memang kena cari cikgu. Bantu untuk fokus semula.

kelas seo
Kredit foto : Pexels by Jess Bailey Designs

Tetapkan Strategi Mantapkan SEO

Penting ni. Tidaklah main belasah buat je kan. Sebab kekadang kita rasa dah best sangat kita menulis di website atau blog sendiri kan.

Sekali takde pun orang baca kau.

Hahaha.. kelako pun iya nih. Sebab macamana orang nak baca. Tak jumpa pun artikel kita kat google.

SEO tu sendiri maksudnya macamana nak letakkan artikel kita kat enjin pencari Google dalam kedudukan yang baik.

Yang mana orang mudah jumpa konten kita tu.

Baca juga : Cara pindah duit tabung haji ke Maybank

Jadi, kenalah buat strategi carian keyword, jumlah carian keyword dan seumpamanya.

Kemudian buat pula strategi menaikkan trafik blog. Pun ada caranya juga.

Kena tahulah kekuatan blog sendiri di mana.

Buat Jadual Menulis Ikut Format SEO Di Website

Sebab dah azam jadi full time blogger kan.. maka kenalah menulis dengan mesra SEO hari-hari. Rupanya dengan menulis hari-hari ini beri manfaat trafik pada website kita ini.

Tip ini berguna untuk menaikkan trafik blog juga.

Kekadang tu terbabas jua kalau kebusyan. Tapi nanti gantikan balik menulis entri dengan hari lain. Entri pun kena ikut apa kategori yang ada dalam blog kita ini. Biarlah bersusun.

Kalau boleh, tulis dalam buku atau buatkan jadual dalam excel. Tapi saya guna cara oldschool je. Tulis nota dalam buku.

Walaupun saya tak pasti kemenjadiannya. Tetap saya usahakan jugalah.

Serius! Tak mudah ya nak jadi blogger sepenuh masa ini.

Kalau masih ada kerja tu, lebih baik teruskan saja. Kalau setakat gado gado manja dengan boss atau rakan sekerja. Tak usahlah berhenti kerja lagi. Melainkan tekad sudah bulat.

Sebab hakikat kerja online depan PC nak membangunkan blog sendiri tersangatlah perlu berendam dengan air mata. Hahaha..

Begitulah nasihatnya.

kelas seo
Kredit foto : Pexels by Cottonbro Studio

InsyaAllah, Tak Rugi Masuk Kelas SEO

Kena betul-betul kental jiwa raga. Ilmu SEO tersangatlah luas dan teknikal sedikit. Lagilah sekarang sudah ada chatgpt. Nak fight pulak dengan content yang dihasilkan dari situ.

Argh! Mencabar teknologi baru nih.

Saya pun tak bebetul belek lagi. Tapi sememangnya best dan berguna amat untuk blogger baru macam saya ni.

Alhamdulillah.. selepas masuk kelas SEO ada banyak perubahan pada trafik blog saya yang jatuh merudum hari itu.

Pageview blog ini untuk Januari 2023 sudah mencecah 10k PV. Itulah matlamat saya hari tu.

Alhamdulillah.

Walaupun itu angka untuk sebulan. Tetaplah ia satu signal yang baik untuk permulaan tahun 2023 ini.

Semangat menulis selepas ikuti kelas blogger belajar SEO ini.

Kepada anda yang membaca perkongsian saya ini sampai habis. Terima kasih sangat-sangat saya ucapkan. Terima kasih sekali lagi sebab terus setia dan support saya.

Walaupun sekadar membaca, saya dah teramat menghargainya.

Semangat untuk hasilkan konten bermanfaat untuk kawan-kawan blogger mahupun pembaca.

Read More

Tags:

16 Comments

  1. SR January 27, 2023
    • nettyahhiyer January 27, 2023
  2. MAMA REEN January 27, 2023
  3. Nita January 27, 2023
    • nettyahhiyer January 27, 2023
  4. wawa azwa January 27, 2023
  5. azni January 27, 2023
  6. Myzan January 27, 2023
  7. hazwan January 31, 2023
    • nettyahhiyer February 1, 2023
  8. Sii Nurul March 18, 2023
    • nettyahhiyer March 21, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!