Perkongsian blog Travelog Wartawan menjana wang ini adalah posting dari blog lama saya di blogspot. Ada info yang masih bermanfaat untuk diri sendiri. Kerana idea-ideanya masih ada yang relevan.
Saya ini nama sahaja wartawan, tapi bila sampai ke soal mahu berkongsi jualan dengan sesiapa. Mula jadi kaku dan ‘kasihan’ dengan diri sendiri. Jika saya imbas cerita lama, sangatlah kelakarnya waktu itu.
Pernah juga berkali-kali suami saya memberi galakan dalam paksaan. Agar saya menggunakan sahaja kelebihan yang saya miliki.
Sungguh saya tak nampak pun apa kelebihan itu melainkan menemuramah ‘individu’. Dan jadikan cerita untuk memenuhkan ruangan putih di majalah.
Hampir setiap masa juga saya ‘dibasuh’ dengan suami sendiri. Mujurlah saya ini jenis ‘cakaplah apa pun, selagi belum nak mula, saya takkan gerak’.
Terkesan Inspirasi Usahawan Hebat
Betapa degilnya saya waktu itu. Sampailah satu ketika saya mula kenal tentang dunia perniagaan melalui usahawan-usahawan hebat.
Yang mana, mereka saya temuramah dalam kolum ‘wanita dan niaga’. Sungguh, setiap kali pulang dari menemuramah mereka. Aura positif itu cukup hebat sekali.
Tapi cuma aura semata-matalah. Tak ada pun gerakan mahu mencuba-cuba belajar berjualan. Dan setiap kali itulah, saya suka memerhati cara-cara orang bisnes ini. Bagaimana mereka boleh menjadi sebegitu hebat.
Bagaimana mereka boleh mengumpul jutaan ringgit dengan mudah (dari cara mereka ceritalah nampak macam mudah. Bila dah terjun dalam dunia ini baru tahu langit tinggi ke rendah).
Ilmu dan pengalaman itu. Saya kumpul, serap dan belum lagi hadam habis. Cuma terserap sahaja yang lebihnya.
Travelog Wartawan Menjana Wang
Kemudian, saya kembali aktif berblogging. Dalam masa sebulan lebih,. Saya usahakan ‘update’ entri 44 hari.
Waktu itu, entrinya sudah mula fokus dan gaya penulisan juga sudah berbeza. Tak lagi ‘hanki-pengki’ seperti sebelumnya.
Bila saya mula fokus menulis. Saya juga sedang melatih minda saya untuk mencari apakah sebenarnya fokus blog saya ini.
Saya pernah berangan-angan suatu hari nanti blog Travelog Wartawan ini boleh menjadi sehebat Mingguan Wanita.
Eceh! Itu berangan tahap tak ingat namanya. Sebab waktu itu, saya masih lagi menjadi penulis di majalah kesayangan ramai.
Lalu, saya terus tekun berusaha. Menjadikan blog ini seakan hub untuk semua produk jualan yang saya cuba-cuba berjinak menjual.
Saya tak pernah menjangkakan yang blog ini. (maksud saya waktu itu di blogspot) Boleh menjadi satu medan sampingan menambah pendapatan untuk saya.
Ada yang kata boleh jana wang dengan Nuffnang.
Betul memang boleh jadikan blog Travelog Wartawan jana wang tapi hendak tunggu selama mana. Wang dari Nuffnang tidak turun bergolek kepada anda.
Boleh juga mencuba dengan Adsense, tapi ada syaratnya yang perlu dipenuni.
Mahu dapat wang yang ‘lebat’ blog perlu ada jumlah pengunjung yang ramai.
Rezeki Allah Luas
Jadi, Nuffnang itu ibarat, jika ada. Adalah. Namun, di blog Travelog Wartawan (ini di blogspot saya) juga saya pasakkan blog cheeza’s cheese, jualan ebook dan kelas ABDR (ketika itu).
Rupanya hari ini, saya faham. Bahawa blog juga boleh menjual. Inilah kuasa blog, menukar pembaca menjadi pelanggan.
Bagaimana jika tiada produk? Kenapa mahu pening kepala. Allah beri kita tulang empat kerat. Jadi sentiasa belajar untuk melihat masalah sebagai peluang.
Jika anda dapat memahami hal itu. InsyaAllah rezeki Allah bertebaran di muka bumi ini.
Namun, saya percaya, setiap sesuatu itu adalah gerakan daripada Dia. Dialah yang menggerakkan hati para pembaca blog ini.
Untuk mereka menghubungi. Dan sebagai makhluknya kita kena percaya dengan konsep rezeki dariNya.
Cuma apabila adanya blog capaian pembeli lebih luas. Ditambah pula dengan adanya fanpage mahupun instagram yang membantu pemasaran.
Blog Juga Boleh Menjana Wang
Alhamdulillah. Saya juga pernah dapat berkongsi kebaikan cheeza’s dengan pelanggan yang baru membuka perniagaan grill di Bandar Bukit Raja. Saya doakan semoga perniagaannya berkembang dengan baik.
Ada juga pelanggan cheeza’s cheese saya yang mahu berjualan kentang di karnival.
Saya berkongsi dengannya cheeza’s cheese ini amat sesuai untuk kentang dan produk seumpamanya. Enaknya hampir menyamai cheezy wedges KFC.
Tapi ada juga yang tidak sesuai. Adik saya, Azwan Ah Hiyer berniaga burger. Saya berikan padanya supaya cheeza’s menjadi sos sampingan untuk produk burgernya.
Kata adik, ia tak sesuai untuk daging burger. Rasanya kurang enak. Baiklah, saya akur. Dalam berniaga ini perlu ada ‘try n error’ dan terus belajar.
Di blog cheezameru.blogspot.com saya cuma fokuskan pada jualan produk serbuk cheese. Di blog soho cuma fokuskan pada promosi iklan usahawan yang mahu turut serta dalam pemasaran blog ini.
Samalah halnya dengan blog kelasasasblogdanpenulisan.com yang telah saya fokuskan dengan penerangan kelas. Untuk jualan produk Nour Ain, saya fokuskan saja di fanpage.
Travelog Wartawan Dan Anganan Miliki Ebook
Saya kira ini juga salah satu cara untuk meletakkan jenama ‘Netty Ah Hiyer‘ di internet. Sayangnya dalam banyak-banyak perkara yang telah saya cuba ini.
Ada satu lagi impian yang belum saya tunaikan. Saya mahu menghasilkan Ebook.
Mahu berangan menulis buku seperti jauh lagi. Walhal banyak sungguh kenangan dan perkongsian menarik yang boleh diterjemahkan.
Agar menjadi kata-kata tentang dunia penerbitan yang saya ceburi. Agaknya, entah ada entah tidak yang mahu membacanya.
Tapi selagi belum cuba tak siapa yang tahukan. Jadi, dengan kekuatan ‘spiritual’ yang kadang stabil kadang tidak ini.
Saya mahu usahakan satu ebook yang telahpun saya sampaikan proposalnya pada Puan Masayu Ahmad. Semoga, dalam tempoh terdekat ini saya dapat menyudahkannya.
Sungguh saya tak sangka, rupanya tak mustahil untuk blog Travelog Wartawan menjana wang. Malah saya juga boleh merancang untuk menghasilkan Ebook.
Itulah istimewanya ABDR yang sudah saya kenali sejak tiga tahun yang lalu. Bagaimana menghasilkan Ebook menerusi kegiatan berblogging ini. Insyaallah dari semasa ke semasa saya update ya.
Semoga perkongsian tentang bagaimana akhirnya Travelog Wartawan ini. Dapat menjana wang dapat memberi manfaat dan idea untuk pembaca menerokai pemasaran menerusi blog.
Disclaimer : Catatan ini bertarikh 6 April 2015
- Like : Fanpage Netty Ah Hiyer Tulis
- Follow : Instagram Netty Ah Hiyer