tahun-baru-2023

Selamat Tahun Baru 2023 ‘Sudah Jadi Blogger Sepenuh Masa’

Alhamdulillah, lagi sejam lebih akan memasuki tahun baru 2023. Tak terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2023 kepada pembaca blog saya.

Walaupun saya tahu berapa kerat sajalah yang bacanya pun. Tapi tak mengapalah. Manalah tahu ada yang lalu lalang dan termasuk dalam website saya ini kan.

Maka, inilah kali pertama saya menulis perkongsian Tahun Baru di blog saya ini. Dalam masa yang saya sudah pun bergelar suri rumah sepenuhnya.

Dengan kata lainnya, tiada pekerjaan tetap. Tiada pendapatan bulanan pun iya.

Aduh..aduh. Berdebar seram kan bunyinya. Nak-nak masuk tahun 2023 ini orang kata segalanya serba mencabar. Baik dari kos hidup yang semakin tinggi, harga barang yang tak mungkinnya turun.

Eh macam-macam lah.

Namun, saya percaya dengan setiap rezeki yang tuhan tetapkan itu tidak pernah salah alamat.

Baca juga : azam tahun baru 2024 focus kuasai SEO blog

tahun baru

Tahun Baru 2023, Azam Jadi Blogger Sepenuh Masa

Bila mana menjadi suri rumah ini, majikan saya bukan lagi bos di syarikat besar. Tetapi majikan saya adalah Allah. Dialah yang memberikan segala macam bentuk rezeki kepada saya.

Normallah ada ketikanya diuji dengan rasa sakit, sedih, pedih luka. Nama pun manusia kan. Hmm.. panjang pula gebangnya ya. Sebenarnya nak berkongsi cerita akan azam tahun 2023 ini sebenarnya.

Memandangkan dah tak jadi siapa-siapa kan.

Maka, saya mahu menjadikan blog ini sebagai punca pendapatan saya. Semoga tuhan restu lah niat saya ini. Nak berniaga dah tak berapa pandai sebenarnya.

Tapikan, blog ini pun semacam satu perniagaan juga. Cuma macamana kita nak bawa dia itu yang perlu difikirkan. Kalau bukan kita yang buat siapa lagi kan.

Baca juga : Genap 2 tahun, pertama kali dapat duit dari google adsense

tahun baru

cuti sekolah 2022 Sudah Berakhir

Esok Hari Ahad akan masuk tahun baru. Bermakna, Isnin nanti akan ada cuti ganti untuk mereka yang bekerja. Dan sekolah pun akan buka pada hari Selasa untuk negeri Selangor.

Haa.. dah kena get ready pula anak-anak nak masuk sekolah.

Bermakna cuti sekolah 2022 sudah pun berakhir.

tahun-baru-2023

Tapi, esok sudah ada perancangan untuk saya bermain selut di sawah bendang di Tanjong Karang. Nanti saya kongsikan keseronokan (minta-minta seronok.. amin) dengan kawan-kawan.

Ini betul-betul perkongsian yang saya sendiri tak tahu arah ke mana. Hahaha.. melainkan untuk mendoakan semoga anda semua dimurahkan rezeki di tahun baru 2023 nanti.

Dan Allah permudahkan kita semua melalui kehidupan di muka bumi ini yang penuh mencabar.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

6 Comments

  1. SR January 1, 2023
    • nettyahhiyer January 3, 2023
  2. Sii Nurul January 1, 2023
    • nettyahhiyer January 3, 2023
  3. Mama Reen January 1, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!