kasut-running

Mencari Kasut Running Di Decathlon Shah Alam Seksyen 14

Misi mencari kasut running di Decathlon Shah Alam terjadi tanpa sengaja. Pertama kali jejak kedai sukan Decatlon Malaysia itu pun iya.

Seronok rupanya. Mana tidaknya, dalam satu bangunan besar dua tingkat itu ada segmen-segmen peralatan sukan tertentu.

Anak-anak pun teruja bila masuk Decatlon outlet yang ada macam-macam peralatan sukan pelbagai jenis ini.

Asalnya en Yem nak mencarikan kasut running nak buat jogging untuk anak keduanya, si Zarif itu. Berhari-hari merayu. Siap rajin teramat ke masjid, walaupun di Subuh sepie.

Terbuka hati plus ada rezeki juga akhirnya ayah. Dapatlah carikan kasut sukan running untuk anak seketul dia tu.

Sebab mencari Decathlon dekat dengan rumah dan besar, maka en Yem bawalah kitaorang ke cawangan Decathlon Shah Alam.

Misi Cari Kasut Running Anak Lelaki

Untuk beginner yang first time jejak Decathlon macam saya ini, tentulah teruja dia lain macam kan. Hahaha..

Sampai-sampai je pintu masuk, kitaorang terus ke bahagian memancing. Dekat situ ada bermacam jenis peralatan outdoor untuk memancing dan camping-camping gitu.

Tertarik dengan torchlight yang boleh lekat kat kepala.

Tiba-tiba teringat abah dengan adik saya, Anja. Deme dua suka pakai benda alah tu bila keluar gi kebun memalam. Jadi, abah dah ada benda tu. Cari hadiah lain nanti untuk abah.

Ada juga kasut boot getah yang cantik. Sesuai sangat dipakai time banjir melanda rumah. (minta dijauhkan.. cukuplah sekali merasa).

kasut-running

Kasut Running Murah Terbaik Untuk Larian Sukan

Terus lajak berjalan ke bahagian kasut running. Bukan sekadar kasut running. Ada macam-macam jenis kasut sukan untuk anak lelaki dan perempuan. Malah kasut sukan saiz dewasa wanita dan lelaki pun ada.

Kasut hiking, sandal hiking pun ada juga. Eh! terujalah kome.

Okay, netty! Fokus.. fokus.. nak cari kasut running murah terbaik untuk anakkan.

Dan disebabkan rambang mata, dengan Zarif-zarif pun sama terambang mata. Hahaha..

Baca : Selesanya kasut Lucca Vudor, mewah bila dipakai

Akhirnya jumpa juga bahagian kasut running murah dengan harga terbaik. Maksudnya, tidaklah luar dari bajet ayahnya. Anggaran bawah RM200 ke bawah.

Paling best kasut running dekat Decatlon Malaysia ini, barangnya berkualiti dan murah.

Baju-baju dia pun masih reasonable harga dia kalau nak dirembat seketul dua.

Tapi hari itu, saya tidak shopping pun. Fokus saja beli barang Zarif.. sekali tersangkut juga beg jalan-jalan Qaseh.

kasut-running

Menarik Di Decathlon Shah Alam

Selesai meronda di tingkat bawah, naik pula di tingkat dua. Wah! Lagi teruja sebab ada macam-macam bahagian peralatan sukan. Antara yang saya ingat; boxing, badminton, rugby, memanah, berbasikal, kasut beroda.

Maksudnya jika anda mencari peralatan sukan untuk permainan sukan saya nyatakan itu.. ada dijual di sana.

Beg luggage dekat tingkat dua tu saya masukkan dalam senarai wishlist. Ada rezeki bolehlah beli. Sebab yang ada kat rumah ni, rodanya sudah retak sebahagiannya.

Baca : Rentas negeri, jalan-jalan di Pekan Sehari Temerloh

Sayangnya hari itu Mirza tak ikut. Jika tidak, bolehlah dia membeli dumbbell Decathlon ini.

Ada macam-macam design yang cantik-cantik.

Kata Zarif, “untuk mak.. mak kena beli treadmill workout ni.” Hahaha.. tergelak besar saya dibuatnya. Lagi tergelak syahdu bila saya tengok harga treadmill tu. Kah!

Dekat tingkat dua ini, luasnya samalah macam tingkat satu.

Kita boleh ralit bila ada di satu-satu bahagian peralatan sukan itu sebenarnya. Seronok dia macam masuk kedai Toys R Us.

Nak tahu apa lagi yang dijual dekat Decathlon Malaysia ini boleh rujuk dekat laman web Decathlon Malaysia. Ada lebih 60 jenis sukan dan 5000 produk berkaitan yang boleh dicari.

kasut-running

Daftar Jadi Member Decathlon

Sebab ini pertama kali kan.. jadi masa nak bayar tu macam ‘blur’ sekejap. Walaupun ada kaunter pembayaran, tapi yang que tu panjang.

Ada beberapa kaunter bayar sendiri dengan pembayaran debit.

Tapi macam was-was nak guna. Akhirnya dengan bantuan adik sale, berjaya juga guna. Mudah saja. Letakkan semua barang yang dibeli dalam box yang disediakan; kasut running dengan beg Qaseh tulah.

Akan keluar jumlah pembelian, dan buat bayaran tru debit kad kita.

kasut-running

Sebelum balik itu, en Yem sempat mendaftar menjadi ahli membership decathlon. Guna kad pengenalan saja.

Dapatlah beg comel biru Decathlon tu.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

2 Comments

  1. abam kie December 23, 2022
    • nettyahhiyer December 24, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!